Masalah Tapak Kaki Rata Pada Anak, Ini Cara Untuk Mengenal Pasti & Betulkannya!

Tapak kaki anak yang rata mungkin menandakan masalah sekiranya tidak mempunyai lengkungan di bahagian dalam walaupun si manja sudah memasuki usia 9 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kanak-kanak di bawah 3 tahun mempunyai masalah tapak kaki rata, ini sebenarnya normal kerana kaki mereka biasanya akan memperbetulkan diri secara semula jadi. Perkembangan lengkung pada kaki anak hanya akan mencapai tahap maksimum apabila mereka berusia 9 tahun.

Namun, sekiranya anak masih tidak menunjukkan lengkungan di bahagian dalam tapak kaki pada usia ini, maka ibu bapa akan perlu mengambil langkah-langkah untuk memperbetulkannya.   

Baca juga: Kita Patut Biarkan Anak Berkaki Ayam Sekerap Mungkin (Terima Kasih, Sains)!

Jenis masalah tapak kaki rata pada anak kecil

Jika masalah tapak kaki rata anak tidak dibetulkan dan dibiarkan begitu saja, ia boleh menyebabkan kesakitan malah kecacatan kaki. 

Terdapat 3 jenis masalah telapak kaki rata pada anak, iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Masalah telapak kaki rata fleksibel: Dikenali sebagai masalah tapak kaki rata hypermobile. Tapak kaki rata jenis ini biasanya berlaku pada kedua-dua belah kaki, tidak menyebabkan kecacatan atau kesakitan dan tidak memerlukan rawatan.  
  • Tarsal coalition atau masalah tapak kaki rata yang tegar: Bukan keadaan kaki yang normal. Keadaan ini berlaku apabila kedua-dua tulang tarsus kaki yang sepatutnya terpisah, didapati bersambung bersama. Masalah tapak kaki rata tegar adalah tanda masalah tulang yang boleh memberi kesan kepada kedua-dua kaki.  
  • Masalah telapak kaki rata Achilles pendek: Keadaan jarang memberi kesan dimana kanak-kanak itu mempunyai kaki rata yang fleksibel dan tendon Achilles yang pendek. Tapak kaki rata jenis ini biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki dan dalam kes teruk boleh mengakibatkan kecacatan dan kesakitan.  

Pada kebanyakkan masanya keadaan ini tidak menyebabkan kesakitan. Anak hanya akan menghadapi masalah atau mengalami kesakitan apabila melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti berlari atau berjalan.

Anak mungkin rasa sakit pada tapak kaki, di sekitar pergelangan kaki dan kadang-kadang di sekeliling kaki. 

Punca anak mengalami masalah tapak kaki rata

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anatomi kaki kita terbentuk dari jaringan saraf, tisu, otot dan tulang yang kompleks. Jika salah satu bahagian tidak berfungsi dengan betul, ini boleh menimbulkan masalah kaki. 

Apabila mendiagnosis masalah ini, doktor akan melakukan analisis penuh struktur badan anak terlebih dahulu. Ini kerana masalah kaki rata boleh berpunca dari isu dasar lain seperti berikut: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Distrofi otot
  • Palsi serebral
  • Artritis kanak-kanak
  • Gangguan sistem saraf 
  • Masalah tisu penghubung 
  • Anatomi tidak normal
  • Ketuk lutut 
  • Berat badan berlebihan
  • Jenis kasut
  • Otot kaki intrinsik

Cara rawatan telapak kaki rata pada kanak-kanak

Sebaik saja masalah tapak kaki rata didiagnosis, doktor akan menentukan sama ada anak perlu rawatan dengan pembedahan ataupun tidak.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rawatan tunggal: Jika anak ada kaki rata yang fleksibel tetapi tidak mengalami sebarang kesakitan, maka anak tidak akan memerlukan sebarang rawatan. Anak boleh memakai kasut biasa dan ibu bapa tidak perlu rasa bimbang. Sekiranya kaki anak sakit dan dia tidak dapat berjalan dengan senang, dia mungkin akan diberi kasut berlengkung. Ataupun ibu bapa boleh letakkan lengkung buatan ke dalam kasut anak. 
  • Rawatan tendon achilles: Kalau anak mempunyai masalah telapak kaki rata yang fleksibel dan tendon achilles pendek, doktor mungkin akan cuba meregangkan ligamen dalam kaki. Cara rawatan ini agak sukar jika anak ada telapak kaki yang betul-betul rata. Jika anak mempunyai lengkungan yang sedikit, senang sikit kerja doktor apabila memutar kaki anak ke dalam untuk meregangkan tendonnya.      
  • Rawatan pembedahan: Dalam kes yang jarang berlaku, masalah tapak kaki rata perlu dirawat dengan pembedahan. Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya tahap kesakitan sangat teruk dan hanya boleh dilakukan ke atas kanak-kanak berusia lebih dari 8 tahun dengan tendon achilles yang pendek. Semasa pembedahan, tendon akan diregangkan dan kecacatan kaki diperbetulkan. Doktor juga akan memasukkan graf tulang ke tengah-tengah kaki. 

Oleh itu ibu bapa tidak perlu terlalu membimbang jika anak mempunyai telapak kaki yang rata kecuali keadaan itu mengakibatkan kesakitan atau kecacatan yang teruk. 

Ramai kanak-kanak dengan keadaan ini masih hidup seperti biasa tanpa sebarang masalah. Pantau dulu keadaan kaki anak dan bawa anak berjumpa doktor sekiranya kegiatan harian anak terjejas.

Untuk pengesahan dan maklumat lanjut bincanglah bersama doktor pakar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: seattlechildrenshospital , nhs.uk

Baca juga: Apakah Itu Masalah Kaki Pengkar Atau Kaki Bengkok Ke Dalam? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio