12 tahun dahulu, wanita ini terpaksa mengguris hati ibunya bila buat keputusan untuk masuk Islam. Tetapi kini, keluarganya sudah menerimanya dengan hati terbuka, malah merestui keputusannya.
Memang bukan mudah, tetapi wanita ini bersyukur diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Malah dia yang rapat dengan ibunya atau lebih biasa kita panggil dalam masyarakat sebagai ‘anak mak’ terpaksa mengingkari ibunya ketika mahu memeluk Islam.
Ternyata, manis itu di hujungnya apabila kita satu keluarga sudah menerima keputusannya malah dia kini sudah membuka sebuah tadika, iaitu Tadika Islam Minda Cerah, sebuah tadika Islam Mandarin bagi melatih khalifah kecil dalam bahasa Mandarin supaya suatu hari nanti mereka dapat berdakwah dalam bahasa Mandarin.
Masuk Islam & terpaksa guris hati ibu, wanita ini kini bahagia
Berkongsi ceritanya dengan mingguan wanita, Nur Amira Ann Lee Abdullah mengakui memang bukan mudah. Katanya, selama hidup dia tidak pernah mengingkari perintah atau arahan ibunya tetapi ketika masuk Islam dia terpaksa melukakan hati ibunya.
Belajar dengan mereka yang arif
Dia mengambil keputusan untuk mendalami Islam dengan belajar daripada mereka yang arif mengenainya dan menyertai kursus di Pusat Islam.
Ibarat sudah mengantuk disorongkan bantal, dia diajak mengikuti kursus yang dianjurkan Pusat Islam dan mengikuti kursus untuk saudara baru selama lima hari.
Pada awalnya memang dia agak skeptikal untuk menyertai kursus berkenaan kerana masih belum bergelar Islam, namun ternyata selepas tiga hari menjalani kursus berkenaan dia mula jatuh cinta Islam kerana sepanjang kursus berkenaan dia banyak bertanya dan mencari jawapan mengenai kesangsiannya terhadap Islam.
Katanya, segala kesangsiannya dan kekeliruannya terjawab malah sanggup menambah cuti untuk mengikuti kursus berkenaan. Pada asalnya dia hanya ambil cuti tiga hari tetapi menyambung cuti kerana mahu mengikuti kursus berkenaan atas rasa ingin tahu dan seronok dengan ilmu yang baru diperolehi.
Masuk Islam lepas seminggu ikuti kursus
Selepas seminggu mengikuti kursus berkenaan iaitu pada 18 November 2009 iaitu pada usianya 22 tahun. Dia akhirnya ambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah dan masuk Islam. Katanya memang terlalu cepat, tetapi dia takut jika ketika itu dia tidak masuk Islam dan berlengah lagi, bagaimana pula nasibnya.
7 peranan terhadap golongan mualaf
Menurut tzkrh.com, ada tujuh peranan boleh dilakukan kepada mualaf. Beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk membantu mereka termasuklah:
#1. Memberikan zakat kepada golongan mualaf
Setiap ahli masyarakat boleh mengambil tindakan anisiatif dalam membantu golongan mualaf dengan mengutamakan pemberian zakat harta benda dan zakat fitrah.
Selain itu, mereka juga boleh dibantu dengan pelbagai pertolongan kewangan lain untuk mengukuhkan ekonomi mereka. Ini kerana faktor kemiskinan kadangkala menyebabkan ada dalam kalangan mualaf berputus asa dan menyalahkan agama sebagai puncanya.
#2. Bimbingan pendidikan, pengetahuan tentang Islam
Terdapat ramai dalam golongan mualaf tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang agama Islam, terutamanya bagi golongan Mualaf yang awal memeluk Islam.
Mereka sangat mengharapkan ada bimbingan kepada mereka agar lebih mudah untuk memahami dan menghayati agama Islam dalam kehidupan mereka.
Jadi, sebaiknya sediakanlah kelas atau kursus bimbingan Islam atau fardhu ain di surau atau masjid untuk golongan ini.
#3. Perkahwinan campur
Perkahwinan campur yang dimaksudkan adalah perkahwinan antara golongan mualaf dengan penganut Islam yang asal. Ini bagi membawa seseorang mualaf itu untuk lebih mudah dan cepat mendalami Islam malah dapat memastikannya tidak kembali lagi kepada agamanya yang asal.
#4. Menyediakan badan khas untuk rujukan
Hal ini sangat penting bagi golongan mualaf yang ternyata tidak mengetahui banyak hal tentang Islam.
Badan rujukan ini sangat diperlukan untuk menjadi tempat rujukan mereka mengenai Islam selain sebagai tempat mengadu serta meminta pertolongan sementara mereka dapat berdikari sendiri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Senarai Nama Bayi Dalam Islam Yang Memberi Maksud Baik-Baik
Baca juga: Apa Pandangan Islam Tentang Vaksin Pada Kanak-Kanak dan Hukumnya?
Baca juga: Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?