Mata Anak Buta Akibat Terlebih Makan Kentang, Sosej & Makanan Ringan Sejak Sekolah Rendah!

Tahukah anda kesihatan mata juga boleh terjejas jika mengambil makanan yang diproses terlalu banyak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, ada satu berita yang mengejutkan apabila seorang remaja yang selalu ambil makanan proses mengalami mata buta meskipun kesihatannya tidak menunjukkan tanda yang jelas. Namun, menurut doktor dia mengalami kekurangan gizi.

Remaja lelaki itu berjumpa dengan seorang doktor panel keluarganya dan mengadu yang dia kerap berasa letih.

Menurut doktor yang merawat, dia mengetahui pesakitnya itu suka mengambil makanan proses meskipun kesihatannya dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, setelah melakukan beberapa ujian kesihatan, doktor mendapati dia mempunyai anemia dan tahap Vitamin B12 yang rendah.

Penglihatan mula pudar dan menyebabkan mata buta

Ketika usianya 15 tahun, pendengaran dan penglihatannya mula menghilang. Imbasan MRI menunjukkan beliau mempunyai masalah struktur telinga dan mata.

Bukan itu saja, penglihatan matanya juga mulai merosot semasa umurnya 17 tahun dan doktor mendapati dia mengalami kerosakan saraf optik dan penglihatannya juga 20/200 yang bermaksud mata buta dari sudut kesihatan.

Bahkan, ujian yang dilalui juga mendedahkan tubuhnya kekurangan nutrien seperti B12, tembaga, selenium dan Vitamin D yang menyebabkan tulangnya lemah.

Mengaku sering kali ambil makanan proses

Setelah doktor bertanya tentang rutin harian dan pemakanannya, budak itu mengakui dia makan terlalu banyak kentang goreng, ham, makanan ringan, sosej dan roti putih sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Bagi membantu pulihkan tahap kesihatannya, doktor memberinya supplemen tambahan dan membawa kesnya kepada perkhidmatan kesihatan mental untuk merawat masalah gangguan pemakanan yang dialami itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, penglihatannya semakin teruk meskipun BMI tubuhnya dalam keadaan normal. Menurut Dr Denize Atan dari Bristol Eye Hospital, pemakanan tidak hanya bergantung kepada berapa banyak yang anda makan, tapi apa yang anda makan setiap hari.

Ya, budak lelaki ini mempunyai kalori yang cukup mengikut ketinggian dan berat badannya. Namun, dia telah menyekat pengambilan makanan sihat tapi terlebih mengambil makanan proses yang mempunyai kurang nilai nutrisi.

Apakah maksud masalah gangguan pemakanan?

Gangguan pemakanan adalah tabiat makanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan psikologi seseorang individu. Contohnya seperti Anorexia Nervosa, Bulimia Nervosa dan masalah keseronokan menikmati makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan gangguan pemakanan

Berikut adalah beberapa kesan terhadap gangguan pemakanan ini: 

  • Kehilangan otot, lemak tubuh dan mineral pada tulang.
  • Kehilangan mineral utama dan vitamin
  • Mengalami perubahan ke tahap akil baligh
  • Sering mengalami konflik keluarga
  • Tiada keyakinan diri
  • Gangguan mental seperti takut dan kemurungan
  • Pertumbuhan lewat dan terbantut
  • Tulang mudah reput atau osteoporosis
  • Berisiko tinggi mendapat penyakit yang boleh membawa maut
  • Peningkatan risiko sudut buta

Cara menangani

Jika anda mengalami salah satu tanda seperti di atas maka anda perlu tahu cara menanganinya seterusnya dapatkan rawatan dengan doktor dalam kadar segera. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

The Malaysian Paediatric Association

  1. Berbincang dengan keluarga, sahabat dan jumpa doktor untuk dapatkan nasihat.
  2. Seterusnya doktor dan pakar kesihatan yang lain akan membantu merawat pesakit.
  3. Terapi akan dijalankan secara individu supaya dapat melakukan pemulihan pengambilan makanan pesakit.
  4. Anggota fisioterapi dan pemulihan juga akan membantu dalam proses rawatan terhadap pesakit.
  5. Jika gangguan pemakanan yang dialami pesakit adalah dalam paras berbahaya dan teruk maka mereka akan dirawat di hospital dalam jangka masa tertentu.

Justeru, ibu ayah perlu sentiasa mengawasi pengambilan makanan harian anak-anak. Sekiranya mereka sudah terbiasa dengan makanan ringan dan tidak berkhasiat, tabiat ini akan melekat sehinggalah meningkat usia dewasa.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Ambil pengajaran ke atas tragedi yang berlaku terhadap remaja di atas.

Anda berkuasa untuk menentukan setiap makanan masuk ke dalam mulut anak-anak. Jika sekarang banyak stok makanan tidak sihat di dalam peti atau meja makan, ubah perlahan-lahan untuk ke arah kehidupan lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbanyakkan buah-buahan dan sayuran kerana ia amat penting bagi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan serta mengelakkan sebarang penyakit bahaya. Segalanya bermula dari didikan ibu ayah, jadi sentiasalah berusaha memberikan yang terbaik buat keluarga tersayang.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

 

Sumber: Newsweek

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Selain Lobak Merah, Ini 10 Jenis Makanan Untuk Mata Yang Sihat Ikut Saranan Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan