Formula 20/20/20 Elak Mata Anak Rosak Akibat Gajet! Cuba Buat Pada Anak Usia 2 Tahun Ke Atas

Jika si kecil sukar untuk berenggang dengan gajet anda perlu risau iaitu kemungkinan mata rosak akibat terlalu banyak menumpu kepada gajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika si kecil sukar untuk berenggang dengan gajet anda perkara yang perlu anda risaukan iaitu kemungkinan mata rosak akibat terlalu banyak menumpu kepada gajet.

Jangan pandang remeh ya hal ini kerana sudah banyak kejadian mata kanak-kanak rosak akibat berlebihan menggunakan gajet. Ini bukan saja memberi kesan kepada perkembangan fizikal anak malah otaknya juga.

Memang tidak dapat dinafikan, gajet dan anak-anak kini sangat berkait rapat, tidak boleh juga terlalu mengekang mereka kerana kanak-kanak zaman kini juga perlu tahu menggunakan gajet. Cuma kita sebagai yang lebih dewasa wajib memantau anak-anak ini agar tidak memudaratkan mata dan kesihatan mereka.

Mata rosak akibat gajet, ibu ayah perlu selamatkan anak

Walaupun sudah banyak dikongsikan mengenai bahaya gajet ini pada mata anak, dan pelbagai langkah perlu diambil bagi mengekangnya, ada juga lagi ibb ayah yang mungkin terlepas pandang.

Mungkin sebab belum terjadi pada diri dan anak sendiri, ia dipandang ringan tetapi takkan lah mahu tunggu sampai terjadi pada anak sendiri baru nak menyesalkan?

Ini dikongsikan Dr Ahmad Luqman Bukhari:

Sejak baca kisah tragis yang berlaku pada adik Xiao Man, saya tak berani dah nak biarkan anak saya duk menghadap smartphone lama-lama. Dah lah umur adik tu lebih kurang sebaya je dengan umur anak saya.

Mak ayah adik Xiao Man ni sebenarnya jenis yang tak berapa strict pasal penggunaan gajet. Masa umur setahun lagi dia dah dibiarkan bermain dengan handphone.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada awalnya parent adik Xiao Man ni senang hati sangat sangat. Ye lah, anak tu senyap je dan tak banyak ragam bila dapat gajet.
Tu yang kadang dibiarkan je walau sampai berjam-jam lamanya. Cuma bila adik Xiao Man mencecah umur 2 tahun, perangai dia dah mula berubah jadi pelik.

Dia asyik duk kecil-kecilkan mata bila pandang sesuatu. Dahi pun selalu berkerut-kerut. Akhirnya pada suatu hari, mak ayah dia bawaklah jumpa doktor mata sebab dah tak tahan risau sangat tengok keadaan macam tu.

Bila diperiksa, rupanya kedua-dua belah mata Xiao Man dah rosak dan dia disahkan mengalami rabun jauh yang amat teruk!
Tambah menyedihkan, doktor jugak beritahu yang damage tu irreversible.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab tu kita ni kena berjaga-jaga betul kalau si kecil kita tu jenis yang susah nak berenggang dengan gajet. Perhatikan kalau-kalau mata anak kita tu selalu jadi merah-merah, duk terkelip-kelip je dan kemudian gosok sana sini tak berhenti boleh jadi mata dia dah terlampau kering (dry eyes).

Kalau kita tak hiraukan, sikit masa lagi dia akan mula mengamuk dan mengadu sakit kepala kesan daripada Eye Strain.

Bak kata peribahasa dah terhantuk baru terngadah. Takkanlah kita mahu sampai begitu kan? Siapa lagi yang ada untuk bantu anak kita kalau bukan ibu bapanya sendiri kan. Biarlah anak menangis sekarang daripada kita dan dia menangis di kemudian hari. 

Jadi ada tips yang dikongsikan doktor untuk mengelak mata anak rosak akibat gajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Formula 20/20/20 elak mata rosak akibat gajet

American Optometric Association sebenarnya ada recommend satu formula mudah ni untuk elakkan damage pada mata anak kita.
Namanya formula 20/20/20.

Menurut Dr Ahmad Luqman, formula ni terpakai untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas je tau.

Untuk yang berumur 0 – 2 tahun, patutnya kena elak terus dari handphone ni melainkan untuk video call singkat bersama keluarga je.

  • Setiap 20 minit, kena ingatkan anak kita tu untuk stop main smartphone atau gajet
  • Mintak si kecil tu rehat dan pandang ke arah objek yang jauhnya 20 kaki (lebih kurang 6 meter)
  • Benda ni sekurang-kurangnya kena buat selama 20 saat 

Formula ni simple je tapi efeknya sangat besar pada kesihatan mata si comel kita tu. Mata anak kita tu kalau dah rosak, dia akan tanggung akibatnya seumur hidup dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Baca juga:

Ketagih Main Gajet Tiada Had Umur – Bayi Pun Boleh Ketagih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar