Apalah dosa anak si kecil ini apabila bapa kandungnya sendiri tergamak menampar tubuhnya sehingga mengalami cedera parah dan mengakibatkan biji mata terkeluar dan tersembul!
Kesan dari tamparan yang kuat itu, mangsa mengalami mata terkeluar dari soket mata di sebelah kiri.
Susulan kejadian berlaku, ibu anak tersebut membawa mangsa segera ke sebuah hospital di bandar Tlaxiaco, Mexico namun gagal mendapat rawatan yang sewajarnya kerana kekangan doktor pakar.
Malah, menurut laporan media tempatan di sana, kanak-kanak tersebut berisiko kehilangan daya penglihatannya dan mengalami cacat kekal.
Bapa tampar anak sampai biji mata terkeluar
Berdasarkan siasatan pihak berkuasa, kejadian tersebut terjadi kira-kira sebulan lalu. Kesan dari kejadian itu, mata kanak-kanak terbabit mengalami trauma periorbicular hingga mata kirinya membengkak dan terkeluar.
Walau bagaimanapun, sebelum kejadian berlaku ibunya ada perasan yang mata anaknya itu ada bintik putih seakan-akan sama macam jerawat, tapi setelah ditampar bapanya keadaan bertambah teruk.
Menurut hospital, mereka percaya ada tumor pada bahagian mata mangsa dan impak tamparan itu memburukkan lagi keadaan mata kanak-kanak tersebut.
Laporan polis sudah dibuat namun tidak diketahui sama ada tertuduh sudah ditangkap atau belum.
Apa itu Glaukoma?
Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh memberi risiko pada saraf optik. Ia merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat pada otak. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan buta dan cacat kekal pada pesakit.
Faktor Glaukoma
- Peningkatan usia
- Bangsa Afrika dan Cina lebih terdedah dengan gejala ini.
- Sejarah keluarga dengan Glaukoma
- Tekanan bola mata melebihi paras normal.
- Rabun jauh
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Migraine
- Penggunaan ubat streoid secara berterusan.
Gejala yang dialami
- Sakit pada bola mata
- Penglihatan kabur
- Mata merah
- Sakit kepala
- Muntah
- Tekanan bola mata kian meningkat
Semoga mangsa cepat sembuh dan kembali ceria seperti kanak-kanak yang lain.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sinar Harian, MY Health
Baca juga: