Bagi yang pertama kali hamil, pasti merasakan entah bila lagi diberikan peluang untuk hamil. Lantaran itu, ciptalah kenangan selagi berkesempatan menerusi maternity photoshoot.
Maternity shooting ketika ini bukan lagi sesuatu yang asing dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang menjadikannya sebagai satu kemestian setiap kali hamil. Bagaikan momen itu cukup eksklusif dan intimate! Pastinya penat lelah merasai sakit-sakit badan, pinggang, kaki bengkak dan sebagainya berbaloi apabila melihat koleksi foto seperti itu.
Terdapat pelbagai pilihan jurugambar yang menawarkan sesi fotografi ketika hamil. Baik dari segi konsep dan tema, pastinya ia mampu disempurnakan oleh jurufoto sama ada menjalani sesi pengambaran di studio ataupun di mana-mana lokasi.
Studio Atau Outdoor?
Jika anda menyukai idea untuk mengambil beberapa potret kehamilan tetapi tidak pasti sama ada untuk memilih maternity shot di luar atau di studio, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
1. Cuaca
Salah satu sebab mengapa ada sesetengah memilih studio disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu. Ada wanita berada di minggu akhir kehamilan pada musim hujan jadi agak sukar untuk mencari lokasi sesuai untuk membuat pengambaran.
Memang benar hari yang indah dalam cuaca yang sempurna mungkin kedengaran menakjubkan, tetapi jangan lupa anda perlu menangani serangan serangga, cuaca panas, atau angin yang tidak henti-henti meniup rambut di muka pada usia kehamilan 8 bulan mungkin tidak begitu bagus!
Dengan memilih sesi studio, anda dapat mengelakkan semua elemen yang tidak terkawal dan cuaca buruk secara amnya, membolehkan persekitaran yang selesa dan sempurna untuk anda dan bayi dalam kandungan.
2. Lebih privasi
Sebab lain untuk memilih maternity photoshoot di studio adalah kerana anda mempunyai lebih privasi. Ini penting kerana anda mungkin ingin mendedahkan benjolan perut anda dalam foto kehamilan anda dan ini paling selesa dilakukan di studio di mana hanya ada anda, pasangan dan jurugambar. Untuk bakal ibu yang pemalu, tidak ada orang lain yang akan lalu-lalang melihat sesi photoshoot tersebut!
3. Boleh menukar pelbagai outfit
Semasa sesi outdoor, anda datang berpakaian dalam pakaian pilihan anda untuk sepanjang penggambaran. Sebaliknya, jika anda berada di studio, akan ada masa untuk menukar satu atau dua pakaian.
Jika anda mahu tampil dalam pelbagai pakaian, mungkin anda merancang membuat album foto kehamilan atau paparan berbingkai berbilang apertur, maka sesi studio adalah pilihan yang tepat.
Ada jurugambar lebih suka berbincang terlebih dahulu konsep dan outfit. Jadi ibu boleh membawa beberapa jenis pakaian dari gaya maternity, pakaian kasual, atau elegan bergantung pada gaya dan pilihan anda. Ada ibu yang menginginkan beberapa lagi foto yang mendedahkan perut jadi anda boleh memakai baju terbuka yang longgar.
4. Dapat mengawal cahaya
Anda mungkin sudah tahu bahawa masa terbaik untuk potret di luar rumah ialah selepas matahari terbit atau sebelum matahari terbenam yang mana cahaya yang hangat dan lembut sesuai untuk warna kulit.
Tetapi tiada seorang pun yang mahu bangun sebelum matahari terbit untuk melakukan photoshoot dan mungkin anda bekerja sehingga waktu matahari terbenam! Di studio, jurugambar boleh mengawal cahaya sepenuhnya. Ini bermakna anda tidak perlu tergesa-gesa dan tidak perlu risau tentang matahari lagi!
5. Anak yang lain boleh terlibat sama
Jurugambar sangat menggalakkan untuk memasukkan sekali anak-anak yang lain dalam sesi fotografi tersebut. Ini adalah cara yang baik untuk mereka berasa teruja dengan bayi baru sambil merasakan mereka adalah sebahagian daripada perubahan besar ini.
Jika di studio, ibu ayah dapat mengawal anak-anak supaya tidak berlari mengelilingi taman atau pantai, mengurangkan satu lagi masalah yang membimbangkan semua.
Tip Pemilihan Studio Maternity Photoshoot
Sekiranya ibu ayah ingin mendapatkan servis fotografi di studio pastinya gambar yang terbaik serta servis yang mantap antara yang menjadi keutamaan. Selain itu harga yang berpatutan sudah tentu berada di dalam kriteria yang dimahukan anda.
Lambakan studio fotografi di kawasan setempat pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Di sini kami ingin membantu anda menyiapkan checklist yang perlu diberi perhatian dalam memilih studio fotografi.
1. Harga atau pakej yang ditawarkan
Apabila berbincang mengenai maternity photoshoot bersama pasangan pastinya soal harga antara yang menjadi perhatian utama. Biasanya terdapat beberapa senarai harga yang ditawarkan bergantung kepada pakej seperti pakej basic, sederhana dan juga premium bersesuaian dengan bajet anda.
Sekiranya anda mahukan pakej kos rendah, pakej basic antara yang dicadangkan dimana penawaran harga bermula daripada RM150 satu jam dan berpeluang mendapatkan tiga gambar yang disunting, semua gambar yang diambil secara RAW serta softcopy yang diberikan secara terus kepada pelanggan sejurus selepas sesi photoshoot dibuat.
2. Lihat portfolio
Tidak ada salahnya sekiranya anda bertanyakan portfolio pihak studio. Dari sini anda berpeluang mengetahui bagaimana kualiti bakal anda terima sekiranya mengambil pakej di studio tersebut. Anda juga boleh bertanyakan konsep fotografi yang diketengahkan dalam sesi maternity shot itu nanti. Hal ini boleh mengelakkan anda mendapat jurugambar yang tidak berpengalaman mengendalikan pakej berikut.
3. Peralatan
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam bidang fotografi, anda juga boleh bertanyakan equipment yang digunakan jurugambar. Contohnya, kamera yang digunakan, lens yang disertakan bersama penggunaan lampu studio.
4. Props
Pihak studio biasanya akan menawarkan beberapa props untuk client mereka. Ibu ayah juga boleh membawa props sendiri ke studio seperti baju baby untuk memudahkan urusan jurugambar mendapatkan gambar seperti yang diinginkan.
5. Jurugambar berpengalaman
Dalam mendapatkan gambar yang terbaik, pastinya photographer yang mempunyai pengalaman antara yang menjadi keinginan pasangan dalam mendapatkan gambar yang terbaik. Perkara ini sekaligus bakal menjimatkan masa anda dalam mendapatkan gambar terbaik berdasarkan pakej yang dilaburkan.
Photographer yang berpengalaman juga bakal membantu anda menyalurkan idea dalam memberikan efek atau idea yang terbaik untuk sesi photoshoot nanti. Malah jurugambar juga akan mengurangkan rasa kekok ibu yang jarang bergambar untuk tampil bergaya dalam setiap gambar.
Jika ibu mahu menjaga aurat sepanjang sesi pengambaran, pastikan juga studio tersebut mempunyai photographer perempuan.
5 Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot
Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot
| Bebe Photography Studio Fotografi Terbaik Dengan Servis Lukisan Perut | | View Details | Klik di sini |
| The Chapter Studio Fotografi Terbaik Dengan Konsep Timeless Potraits | | View Details | Klik di sini |
| Amazing Baby Photography Malaysia Studio Fotografi Terbaik Dengan Pasukan Jurugambar Yang Santai Dan Menyeronokkan | | View Details | Klik di sini |
| Stories Lifestyle Studio Fotografi Terbaik Mesra Pelanggan | | View Details | Klik di sini |
| Glance Photography Studio Studio Fotografi Terbaik Dengan Pakej Termasuk Tatarias | | View Details | Klik di sini |
Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot Dengan Servis Lukisan Perut
Bebe Photography adalah syarikat fotografi bayi dengan pasukan jurugambar yang berpangkalan di KL, Selangor dan Pulau Pinang merupakan pakar dalam studio profesional dan fotografi luar untuk pengambaran kehamilan, bayi, kanak-kanak, keluarga, potret peribadi, penggambaran acara dan banyak lagi.
Studio pertama mereka ditubuhkan sejak 2012 kerana menyedari keluarga moden mempunyai keperluan dalam merakam gambar bayi yang comel dan ahli keluarga mereka, lalu mereka menjadikan fotografi untuk membantu menterjemahkan keterujaan mempunyai ahli baharu supaya momen berharga itu tersimpan dalam foto.
Apa yang kami suka:
- Semua jurugambar Bebe Photography berpengalaman dengan penggambaran bayi, maternity dan keluarga dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dan sebahagian daripada mereka telah berada dalam industri fotografi selama lebih daripada 10 tahun dalam pelbagai bidang.
- Menawarkan servis Pregnant Belly Painting untuk menambah kelainan pada pemotretan kehamilan biasa. Ia adalah seni yang membolehkan anda mengekspresikan diri anda semasa tempoh kehamilan! Anda boleh mengetengahkan apa jua jenis tema yang lucu, romantis atau comel.
- Anda boleh memilih Fotografi Kehamilan Berbilang Sesi iaitu sesi photoshoot pada setiap bulan untuk merakam perubahan perut selama 9 bulan atau Fotografi Kehamilan Sesi Tunggal yang dilakukan pada usia kehamilan 32 hingga 36 minggu atau apabila benjolan perut besar dan jelas kelihatan.
Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot Dengan Konsep Timeless Potraits
Berpengkalan di Ipoh, Perak, studio ini diasaskan oleh pasangan suami isteri Joe & Bel yang menawarkan fotografi Bercerita Melalui Fotografi yang bertujuan untuk merakam momen terbaik anda yang perlu dingati selamanya. Mereka mengilhamkan gambar pelanggan menerusi lensa kamera dengan cerita tersendiri.
Pasangan ini juga gemar merakam gambar potret dengan ciri timeless potraits supaya gambar kekal relevan dari generasi ke generasi.
Apa yang kami suka:
- Pasangan jurugambar suami isteri ini pernah memenangi anugerah Bronze Award in Maternity Portrait category, RISE International Photography Awards, Australia pada tahun 2019.
- The Beauty of Maternity diketengahkan dalam setiap sesi fotografi ibu hamil, hasilnya gambar-gambar si ibu sangat mengagumkan!
- Menawarkan kepingan gambar dalam bentuk album premium, wall art print dan timeless photo box yang sangat menarik.
Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot Dengan Pasukan Jurugambar Yang Santai Dan Menyeronokkan
Studio ini akan memastikan setiap penggambaran sentiasa santai dan selesa supaya anda, pasangan dan keluarga dapat menikmati masa ini sepenuhnya kerana bagi mereka apabila pelanggan berasa santai dan gembira, foto yang terhasil akan mencerminkan perasaan itu juga, memberikan pelanggan imej sempurna seperti yang diinginkan.
Apa yang kami suka:
- Pasukan jurugambar sentiasa bekerjasama dan menggunakan teknik penggambaran foto standard tinggi dan idea kreatif untuk merakam setiap detik indah keluarga anda.
- Lokasi studio di tengah bandar raya Kuala Lumpur memudahkan pelanggan di Lembah Klang mendapatkan perkhidmatan ini.
- Turut mempunyai kepakaran dalam pengambaran bayi baru lahir.
Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot Yang Mesra Pelanggan
Diasaskan oleh Grace, wanita ini mahu setiap pasangan dan keluarga mengingati detik paling gembira dalam hidup mereka, melalui pengalaman yang dikongsi di hadapan lensa kamera.
Walaupun dirakam dalam tempoh yang singkat namun ingatan tentang pengalaman itu mengukuhkan lagi perhubungan seterusnya menjadi harta paling berharga meskipun hanya melalui sekeping.
Apa yang kami suka:
- Mesra dan sering meluangkan masa dengan pelanggan untuk mengenali mereka seterusnya dapat menghasilkan gambar berdasarkan karakter pelanggan.
- Suka mengambil gambar candid pelanggan kerana emosi sebenar akan terserlah pada gambar.
- Tidak lokek mengendalikan pelanggan yang tidak pandai bergambar dan sangat profesional.
Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot Dengan Pakej Termasuk Tatarias
Dimiliki oleh Andrew Ng iaitu jurugambar perkahwinan dan potret yang memenangi pelbagai anugerah telah memulakan Glance Photography Studio sejak tahun 2013.
Gaya fotografi Andrew sangat tertumpu pada tidak formal dan spontan untuk menangkap semangat rasa cinta dan keseronokan. Momen kegemarannya semasa majlis perkahwinan adalah apabila pasangan itu mencuri pandang antara satu sama lain atau ketika mereka berpegangan tangan secara rawak.
Apa yang kami suka:
- Berminat untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggannya supaya foto akan menjadi lebih semula jadi dan bermakna.
- Pakej yang disediakan termasuklah tatarias wajah dan rambut si ibu yang jarang diberikan mana-mana studio lain.
Perbandingan Harga Pakej Studio Fotografi Terbaik Untuk Maternity Photoshoot
|
Studio |
Harga (RM) |
Bebe Photography
|
Harga bermula dari RM699 (basic) hingga RM1948 (maternity + newborn) |
The Chapter |
Harga bermula dari RM480 (basic) hingga RM1280 (luxe) |
Amazing Baby Photography Malaysia |
Harga bermula dari RM899 (basic) hingga RM2099 (premium) |
Stories Lifestyle |
Harga bermula RM580 |
Glance Photography Studio |
Harga bermula RM900 |
Semoga artikel ini bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? – Ini Panduan ‘Dress Code’ Untuk Bakal Ibu
Baca juga: 11 Tips Memilih BAJU Mengandung Yang Betul, Jangan Salah Beli, Rugi Nanti Tau!
Baca juga: 13 Maternity Photoshoot Idea Yang Dijamin Boleh Buatkan Ibu Hamil Teruja & Puas Hati!