X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

13 Maternity Photoshoot Idea Yang Dijamin Boleh Buatkan Ibu Hamil Teruja & Puas Hati!

7 min bacaan
13 Maternity Photoshoot Idea Yang Dijamin Boleh Buatkan Ibu Hamil Teruja & Puas Hati!

Anda bercadang untuk buat sesi bergambar sebelum melahirkan bayi? Ini pelbagai maternity photoshoot idea yang boleh anda gunakan!

Di zaman kini, maternity photoshoot bukan suatu perkara yang asing buat pasangan yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata. Jurufoto, bersama-sama pasangan yang telah berkahwin pastinya mempunyai pelbagai maternity photoshoot idea untuk merakamkan momen dan detik yang indah sebelum melahirkan bayi.

Aura gembira dan keterujaan pastinya akan dirasai khususnya buat ibu. Jadi, maternity photoshoot inilah yang boleh membantu merakamnya, serta menjadikan kenangan berbadan dua lebih manis.

Jika anda sedang merancang untuk melakukan sesi fotografi ini, apa kata anda teruskan membaca perkongsian di bawah bagi mendapatkan idea-idea menarik untuk sesi bergambar nanti. 

Maternity Photoshoot: Ini Yang Perlu Anda Tahu

penilitian ketika maternity photoshoot

Sama seperti gambar pra-perkahwinan, foto kehamilan atau maternity photoshoot juga perlu dipersiapkan dengan teliti agar dapat menghasilkan koleksi gambar yang cantik dan tidak dapat dilupakan. Berikut adalah 10 perkara yang perlu anda sediakan untuk foto maternity.

#1. Pilih jurugambar yang membuatkan anda selesa

Keselesaan anda bersama jurugambar ketika sesi fotografi dijalankan adalah sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi hasil fotonya nanti. Jika anda pernah mengenali jurugambar tersebut sebelum ini, ia mungkin membuatkan anda lebih selesa.

Luangkan sedikit masa untuk lebih rapat dengan jurugambar tersebut jika anda tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Dengan berbuat demikian, anda akan rasa sedikit tenang dan kurang janggal ketika bergambar di hadapan kamera.  

Jika anda keliru dengan konsepnya, dapatkan juga nasihat daripada jurugambar anda untuk mengelakkan anda ‘kaku’ ketika sesi bergambar berlangsung.

#2. Buat perancangan untuk sesi maternity photoshoot

Buat perancangan dengan baik, bermula dari lokasi (rumah, studio, atau tempat lain di luar rumah), serta pencahayaan (bergantung pada lokasi, ini akan membantu anda untuk memutuskan jenis solekan yang sesuai, masa penggambaran, bilangan pakaian untuk dipakai dan rambut) yang anda akan gunakan.

#3. Masa yang sesuai untuk sesi fotografi

Aturkan sesi maternity photoshoot apabila kandungan anda sudah mencecah sekitar pertengahan bulan ke-7. Di usia kehamilan ini, badan anda kelihatan seksi, cantik dan wajah anda juga lebih berseri. Dalam tempoh ini, wanita hamil biasanya kelihatan lebih segar kerana rasa mual dan keletihan semakin berkurangan. Bahkan, tenaga terbaik anda juga ada pada bulan ini!

#4. Berhati-hati dengan pemilihan lokasi

Adakah anda mahukannya di rumah, studio, taman atau tempat lain? Lokasi juga menentukan keselesaan anda. Sesuaikan lokasi dengan konsep yang anda inginkan dan kemudahan anda.

#5. Gaya foto

Buntu untuk pilih gaya atau pose yang ingin dilakukan ketika sesi bergambar? Jangan risau, lihat sahaja contoh-contoh foto maternity yang ada di internet. Anda boleh memilih pelbagai pose menarik yang ada, bersesuaian dengan konsep yang dipilih.

Jika anda mempunyai idea kreatif dan luar biasa, pastikan anda membincangkannya terlebih dahulu dengan jurugambar anda ya! Ia juga boleh membantu anda kekal berada dalam bajet anda.

#6. Pemilihan pakaian

gunakan pakaian yang sesuai untuk foto maternity

Pakaian boleh menentukan rupa dan hasil foto anda. Pilih pakaian yang akan memfokuskan pada perut anda dan mencerminkan keperibadian anda.

Pilih pakaian ringkas, namun akan membuatkan anda kelihatan cantik. Elakkan pakaian yang terlalu banyak aksesori terutama di bahagian perut.

Selain itu, untuk menambah kecantikan pada foto anda, elakkan untuk memakai pakaian yang terlalu banyak warna, bunga, corak dan sebagainya. Elakkan juga memakai banyak barang kemas kerana ia akan mengurangkan tumpuan pada kandungan anda.

#7. Rambut dan solekan

Pakai gaya yang ringkas untuk rambut dan solekan anda. Rambut dan solekan bergantung pada pencahayaan dan lokasi, tetapi lebih baik untuk memastikannya ringkas.

Buatkan diri anda untuk kelihatan semula jadi, dengan solekan minimum supaya gambar anda lebih cantik.

#8. Penggunaan barang untuk foto maternity

Penggunaan barangan seperti imej ultrasound bayi anda, kasut bayi yang comel, papan dengan tulisan jantina bayi atau belon boleh menambah seri pada foto bersalin anda.

Bincangkan penggunaan barangan ini dengan jurugambar dan anda boleh pilih mana satu yang paling sesuai dengan konsep dan lokasi yang digunakan. Walau bagaimanapun, elak menggunakan terlalu banyak barang dalam satu gambar. 

#9. Libatkan ahli keluarga 

Anda boleh melibatkan ahli keluarga lain dalam konsep foto anda. Selain suami, ibu ayah dan adik beradik juga boleh terlibat. Suasana kemesraan akan sangat terserlah jika melibatkan ahli keluarga yang lain.

#10. Nikmati sesi foto maternity anda

Menikmati sesi bergambar boleh menjadikan gaya dan aura kegembiraan anda lebih semula jadi dalam kamera. Lebarkan senyuman, berikan pandangan paling menawan dan menarik.

Selain itu, terdapat beberapa idea foto bersalin kontemporari yang dijamin boleh mencipta kenangan manis anda di saat hamil. Bagaimana? Teruskan membaca di bawah.

13 Maternity Photoshoot Idea

#1. Tema outdoor

Tema foto maternity secara outdoor adalah salah satu idea yang sangat baik! Selain dapat menghasilkan gambar yang cantik, anda juga boleh menghirup udara segar.

#2. Tema indoor

Tetapi, untuk ibu yang tidak suka bergambar di luar, anda juga boleh melakukannya secara indoor. Salah satunya dengan menjalankan sesi photoshoot di dalam studio.

#3. Foto maternity tradisional

Ramai ibu bapa menggunakan tema tradisional dalam foto maternity mereka. Selain sarat dengan makna, beberapa konsep foto yang menggunakan pakaian tradisional juga akan membuatkan anda kelihatan lebih elegan.

#4. Tricky pose

Biarkan suami anda nampak seperti mengandung sekejap. Tricky pose ini hanyalah gurauan, tetapi ia juga boleh membawa maksud yang mendalam. Ini kerana, kehamilan bukan sahaja dirasai oleh ibu, malah bapa juga boleh merasai dan mesti terlibat dalam tempoh kehamilan.

Berdiri di belakang pokok atau tiang. Kemudian apabila anda bersandar, suami anda akan menyandarkan kepalanya ke hadapan. Ini mewujudkan ilusi bahawa ia adalah perut bunting suami anda dan bukannya perut anda.

#5. Hitam & putih

Foto hitam putih memang mempunyai nilai estetika tersendiri. Malah, tema foto ini dianggap abadi kerana ia masih boleh kelihatan cantik pada bila-bila masa.

#6. Ultrasound

idea photoshoot dengan ultrasound

Berapa kerap anda melihat maternity photoshoot idea dengan tema seperti ini? Biarpun nampak ringkas dan klasik, detik ini mampu memberi kesan tersendiri. Ibu boleh memberitahu bayi tentang foto ini di masa hadapan nanti.

#7. Satu tambah dua sama dengan tiga  

Tema foto ini sesuai untuk ibu ayah yang sukar untuk bergambar di hadapan kamera, apatah lagi jurugambar. Tetapi dengan sentuhan penyuntingan yang baik, foto itu boleh menjadi foto yang menarik.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#8. Bilik bayi

Ibu-ibu boleh menyusun satu bilik di rumah menjadi seperti bilik tidur bayi sebagai latar belakang untuk menjadikan foto menarik. 

#9. Bermain dengan ayah

Sekali-sekala, menunjukkan wajah ayah dalam foto maternity boleh menjadi idea yang baik. Hanya tambahkan beberapa mainan sebagai pemanis dalam foto.

#10. Letter board

Wanita hamil seringkali menggunakan letter board sebagai perhiasan yang menunjukkan bayi akan dilahirkan dalam masa terdekat. Ibu juga boleh menggantikan dengan tulisan yang diingini, dan menambah beberapa peralatan bayi.

#11. Gambar bersalin dan juga gambar keluarga

Bagi ibu-ibu yang sedang menghamilkan anak kedua atau lebih, idea bergambar bersama ayah dan anak-anak yang lain juga boleh digunakan. Selain merakamkan foto ketika hamil, ibu ayah juga boleh menjimatkan kos untuk gambar keluarga. 

#12. Bersama haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan dianggap mempunyai ikatan emosi dengan pemiliknya, malah bayi dalam kandungan. Tidak hairanlah sesetengah haiwan ini kelihatan lebih penyayang ketika bermain dengan bayi. Tidak salah untuk menjemput mereka ke sesi bergambar maternity anda.

#13. Foto bersalin estetik

Jika anda bosan dengan tema foto maternity yang biasa, cuba tambahkan beberapa perhiasan estetik yang kini sedang menjadi trend. Anda tidak perlu pergi jauh seperti ke studio foto atau mengupah jurugambar, hanya sediakan beberapa barangan seperti cermin estetik atau bunga kering, tripod, telefon bimbit, kain, keputusan ultrasound, dan sudah tentu perut anda yang sedang hamil itu. Hanya tekan klik, dan gambar maternity anda pun siap!

Jadi, itu beberapa maternity photshoot idea yang boleh anda gunakan. Tunjukkan bahawa anda adalah ibu yang paling cantik ketika itu. Jangan risau sangat tentang hasilnya, kuncinya adalah anda perlu yakin!

  1. The Wedding Vow (June 14, 2022). 11 Best Maternity and Baby Photoshoot in Singapore 2022. www.theweddingvowsg.com/maternity-photoshoot-singapore/

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Indonesia.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 24 Foto Persahabatan Bayi Dan Kucing Yang Akan Buat Hati Anda Cair

Baca juga: 12 Gambar Proses Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Dari 1 Bulan Sampai Lahir)

Baca juga: Lepas 6 Kali Keguguran, Ibu Ini Sambut Bayinya Dengan Sesi Fotografi Yang Hebat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 13 Maternity Photoshoot Idea Yang Dijamin Boleh Buatkan Ibu Hamil Teruja & Puas Hati!
Kongsikan:
  • Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

    Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

  • Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

    Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

  • Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

    Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

  • Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

    Scan Kehamilan Penting Untuk Pantau Perkembangan Janin, Bilakah Waktu Yang Sesuai?

  • Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

    Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Info Lengkap Untuk Ibu Buat Pilihan

  • Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

    Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.