Kubur Wanita Mati Bersalin Dikorek, Kain Kafan Didapati Hilang!

Pasti ada yang pernah dengar, wanita mati bersalin atau wanita mengandung yang meninggal dunia ini mayatnya laku. Adakah ia betul?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ada yang pernah dengar, wanita mati bersalin atau wanita mengandung yang meninggal dunia ini mayatnya laku.

Sebab itu ada yang tidak mahu menghebahkan jika seorang ibu mati bersalin kerana tidak mahu kuburnya disalah guna oleh idividu tidak bertanggungjawab yang percaya kepada amalan khurafat.

Jarang wanita yang mati bersalin dihebahkan kematiannya disebabkan ada individu tidak bertanggungjawab yang percaya dan mengambil kesempatan ke atas kesedihan yang dialami oleh orang lain.

Mati bersalin, kubur dikorek, kain kafan hilang

Seperti yang dilaporkan portal Lobak Merah yang memetik laporan okehnews, penduduk di Jombang, Jawa Timur digemparkan dengan penemuan sebuah kubur terbuka dipercayai akibat digali.

Difahamkan kubur berkenaan adalah milik seorang wanita yang baru saja dikebumikan sehari sebelum itu kerana meninggal dunia selepas melahirkan anaknya.

Arwah dikebumikan di sebelah kubur anaknya yang turut meninggal dunia sehari sebelum wanita berkenaan disahkan meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian disedari selepas ada penduduk kampung yang menyedari kubur wanita berkenaan sudah dikorek dan dalam keadaan berselerak.

Bimbang jenazah dilarikan penduduk kampung lega apabile melihat jenazah wanita berkenaan masih ada dalam liang lahad.

Bagaimanapun, setelah diperiksa dengan teliti, satu daripada lembar kain kafan yang membaluti jasad berkenaan didapati hilang sekaligus membuatkan penduduk kampung dan ahli keluarga tertanya-tanya.

Pinggan yang diperbuat daripada ayan dijumpai di kawasan berkenaan yang dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengorek tanah kubur wanita berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kubur wanita berkenaan akhirnya selamat ditimbus semula dan polis di kawasan berkenaan masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti siapa dalang yang bertanggungjawab mengorek kubur itu.

Punca mati lepas bersalin

Ada beberapa sebab utama yang menyebabkan wanita meninggal dunia selepas bersalin antaranya termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sesak nafas

Sesak nafas yang sering berlaku kepada wanita bersalin berpunca kerana terdapat darah beku pada paru-paru atau mengalami pulmonory embolism (PE).

Pulmonory embolism (PE) iaitu cebisan darah beku masuk ke peredaran darah ke paru-paru yang menyebabkan saluran darah peparu tersumbat.

Ibu hamil dan bersalin berisiko mengalami PE kerana kandungan darah mereka ketika itu lebih pekat daripada kebiasaannya. Selain itu, pembesaran bayi dalam kandungan menekan saluran darah. Hal itu menyebabkan saluran darah utama menjadi kurang lancar, kemudiannya menyebabkan terbentuk darah beku di saluran darah pada betis.

#2. Tumpah darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tumpah darah boleh juga terjadi kepada wanita yang mengandung terlalu rapat dan terlalu ramai. Ini antara punca kematian ketika bersalin atau semasa kehamilan.

Ketika kehamilan, tumpah darah boleh juga berlaku bila saiz bayi yang dikandung terlalu besar atau air ketuban terlalu banyak.

Untuk mengelakkan berlakunya tumpah darah semasa hamil anda perlu disiplin dalam pengambilan asid folik, zat besi, vitamin C dan B kompleks. Ini perlu untuk pembentukan hemoglobin dalam tubuh.

#3. Obesiti

Berat badan berlebihan dan obesiti juga kadangkala menyumbang kepada kematian ibu hamil. Jadi ibu hamil dinasihatlkan untuk sentiasa menjaga pemakanan bagi mengelak sebarang komplikasi ketika bersalin yang boleh menyebabkan berlakunya kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengatasi kematian akibat bersalin

#1. Pengambilan makanan berkhasiat

Ibu hamil perlu memastikan pemakanan yang diambil ketika mengandung mestilah berkhasiat dan cukup zatnya unuk ibu dan bayi.

Pastikan makanan itu tidak terlalu tinggi kadar gulanya dan tidak terlalu tinggi kadar garamnya bagi mengelakkan ibu terkena diabetis atau darah tinggi.

Tabiat pemakanan sangat penting, oleh itu banyakkan makan sayuran dan makanan berkhasiat lain untuk kesihatan yang baik.

#2. Pengambilan vitamin

Ramai ibu hamil yang sangat malas mengambil vitamin yang disarankan doktor. Ada yang memberi alasan tidak lalu untuk menelan sedangkan vitamin itu amat diperlukan untuk mereka yang berbadan dua.

Jika tidak mahi fikirkan diri sendiri, fikirlah untuk kebaikan bayi yang dikandung kerana vitamin amat penting untuk tumbesarannya.

#3. Pilih waktu paling tepat untuk mengandung

Jika boleh pilihlah waktu yang anda di fasa sangat sihat untuk mengandung. Ia bermaksud umur yang sesuai dan tahap ketahahan yang tinggi ia akan membantu anda menjalani proses kehamilan yang terbaik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: lobakmerah

Kredit foto: Sumber

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenjagaan-luka-bersalin

Penulis

Lala Annuar