Sedihnya! Budak 7 Tahun Mati Kelaparan, Sudah 3 Hari Ibu Duduk Bersama Mayat Anak

Gara-gara kekurangan diri dan penyakit mental dialami seorang ibu, kanak-kanak berusia 7 tahun telah mati kelaparan beberapa hari sebelum mayatnya dijumpai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu bapa pasti akan mencuba berikan yang terbaik buat anak-anak tercinta. Sudah pasti berita kanak-kanak mati kelaparan ini menyentuh hati sesiapa sahaja memandangkan ibunya dikatakan kurang upaya mental.

Memandangkan dunia masa kini sudah mencapai pelbagai kemajuan dalam seluruh aspek, sepatutnya kejadian menyedihkan ini sudah tidak lagi berlaku dalam kalangan masyarakat.

Budak mati kelaparan, ibu hanya duduk bersama mayat

credit to sources

Menurut laporan media tempatan di Chennai, India, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah meninggal dunia akibat kelaparan.

Ibunya pula dilaporkan memiliki masalah kesihatan dan tidak stabil secara mental dan dia tidak keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada saudara-mara. Justeru, wanita berkenaan hanya duduk bersebelahan mayat anaknya selama tiga hari di rumah mereka dekat daerah Thirunindravur berhampiran Avadi.

Kejadian ini disedari oleh seorang jiran rumahnya yang tampil membuat laporan polis setelah terhidu bau sangat busuk dari kediaman berkenaan. Setelah polis tiba di rumahnya, wanita berkenaan hanya membiarkan sahaja pihak berkuasa membawa mayat untuk dibedah siasat.

Menurut penjelasan daripada seorang inspektor polis, hasil pemeriksaan dan bedah siasat mendapati kanak-kanak malang berkenaan sudah mati kelaparan beberapa hari yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan TOI turut mengatakan bahawa soal siasat bersama ahli keluarganya, wanita tersebut sudah tujuh tahun yang lalu berpisah dengan suaminya. Sejak itu budak lelaki berkenaan tinggal bersamanya dan mereka terputus hubungan dengan orang lain.

Perkara yang wajib ibu ayah ajar pada anak tentang keselamatan

Kebiasaannya, anak yang baru melangkah usia 3 tahun sering dianggap masih kecil dan mereka tidak tahu apa-apa. Namun, sebenarnya ibu ayah perlu mengajar mereka beberapa ilmu asas keselamatan diri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

#1. Menghafal nombor telefon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Ibu ayah perlu memastikan anak-anak seawal usia 3 tahun sudah boleh menghafal dan mengingati nombor telefon. Bukan itu sahaja, ajarkan mereka untuk beranikan diri meminta pertolongan orang dewasa yang boleh dipercayai seperti polis, guru atau jiran terdekat jika berasa dalam kecemasan.

Tindakan sebegini sedikit sebanyak dapat membantu si manja daripada masalah yang dihadapi mereka dan sekaligus dapat menyelamatkan nyawa dalam bahaya.

#2. Didik tentang bahagian sentuh selamat dan tidak selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang masih kecil perlu mengenali tentang dua jenis sentuhan iaitu selamat dan tidak selamat. Sentuhan selamat ialah seperti bersalaman dan sentuhan tidak selamat pula berlaku pada kawasan sulit.

Sebenarnya ada 4 tempat sulit yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sahaja termasuklah ibu ayah, guru, adik beradik ataupun sepupu-sepapat iaitu punggung, mulut, kemaluan dan bahagian dada.

Jika terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan menyentuh 4 kawasan ini, ajar anak untuk menjerit dan menangis sekuat-kuatnya, kemudian laporkan kepada ibu ayah tentang kejadian berkenaan.

#3. Amalkan surah 3 Qul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Latih anak-anak seawal usia mereka untuk membaca surah 3 Qul iaitu al-Ikhlas, an-Nas dan al-Falaqq setiap kali sebelum tidur atau sebelum mereka keluar dari rumah.

Kanak-kanak jika diajar dengan memohon perlindungan Allah dan bergantung sepenuhnya kepadaNya, insyaallah mereka memperoleh pertolongan sangat mudah.

#4. Ajar tentang rasa malu dan batas aurat

Jangan membiasakan anak-anak yang masih kecil untuk memakai pakaian ketat atau seksi sehingga mendedahkan anggota tubuh badan. Anda perlu memastikan ia hendaklah tertutup kerana zaman sekarang ini amat sukar untuk mengesan pemangsa Pedofilia dalam kalangan masyarakat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan menunggu masa sesuai bagi mengajar anak menutup aurat. Kebiasaannya mereka ia secara tidak langsung akan berasa malu sekiranya bahagian tubuh terdedah perhatian umum. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan membuang air di merata-rata tempat kerana rasa malu untuk membuka seluar.

#5. Tidak mudah menerima pemberian

Anda perlu mengajar anak-anak untuk tidak mengikuti individu yang tidak dikenali ke mana sahaja serta tidak menerima sebarang pemberian kecuali dengan izin ibu ayah. 

Selain itu, perhatian pergerakan dan pergaulan anak bersama ahli keluarga sendiri. Jangan biarkan mereka duduk di atas riba sesiapa sahaja kerana tabiat inilah yang akan membuatkan si manja terbiasa sehingga terpengaruh dengan individu tidak sepatutnya.

Sumber: Mstar, Sinarplus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcekik-leher