Pengorbanan seorang ibu tua sehingga ke hujung hayatnya dalam menjaga dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin. Namun, takdir akan memisahkan hubungan ini pada bila-bila masa.
Menurut laporan, mayat seorang wanita berusia 60 tahun telah ditemui sudah reput di rumahnya di Yishun, Singapura.
Pemergian ibu tua yang menyayat hati
Difahamkan mayat berkenaan hanya ditemui setelah jiran mencium sesuatu yang busuk dari unit rumah mangsa dan mereka terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Setelah pihak polis tiba, mereka mendapati terdapat satu jasad warga emas yang tidak bergerak dan bersamanya ada seorang wanita sakit mental berusia 30 tahun, iaitu anak kepada si mati.
Berdasarkan keadaan mayat dan siasatan polis, mayat berkenaan sudah berada di dalam rumah tersebut lebih kurang lima hari.
Anak perempuannya berada di dalam rumah ketika arwah meninggal dunia. Namun disebabkan oleh ketidakupayaannya, dia tidak tahu bagaimana untuk menghubungi polis dan berasa takut untuk meninggalkan rumah.
Pihak polis mengatakan bahawa akibat kecacatan otak, wanita tersebut berperangai seperti seorang kanak-kanak. Bukan itu sahaja, dia dilaporkan hanya bersama dan mengikuti ibunya walau ke mana sahaja, tidak bercakap mahupun berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Manakala, ahli keluarga yang lain telah tampil bagi menuntut mayat ibu tua berkenaan. Mereka juga telah memberikan penghormatan terakhir kepada si mati dan anaknya menerima rawatan lanjut di salah sebuah hospital.
Tips mendidik anak berdepan sebarang kecemasan
credit to sources
Tidak siapa tahu bila dan mengapa sesuatu perkara atau musibah akan berlaku. Namun adalah baik jika ibu ayah sama-sama mengajarkan anak beberapa ilmu sekiranya mereka berdepan dengan sesuatu yang tidak diingini.
Kes melibatkan anak kecil mahupun dewasa bukanlah kes terpencil. Sekiranya panik, mereka boleh bertindak secara luar kawal, bahkan mungkin lebih membahayakan keselamatan. Antara tips yang anda boleh ajarkan kepada anak-anak adalah:
#1. Menyimpan maklumat ibu ayah
Ketika anak masih di sekolah rendah, pastikan anda menulis maklumat diri ibu ayah, nama serta nombor telefon dan letakkannya di dalam beg kecil anak.
Hal ini kerana jika berlaku sesuatu kemalangan dan waktu terdesak, segala maklumat ini adalah sangat penting. Pastikan juga anda melatih anak untuk menghafalnya agar mereka berani dalam meminta pertolongan dari orang ramai.
#2. Ingat nombor telefon kecemasan
Disebabkan oleh anak-anak pada tahun 2020 ini semakin cepat belajar, jangan meremehkan tips ini. Mungkin terdapat segelintir ibu ayah mengatakan ia adalah tidak perlu kerana mereka mungkin akan cuba melakukan laporan palsu, namun andalah yang perlu mengajarkan mereka supaya melakukannya sekiranya benar-benar kecemasan sahaja dan tidak boleh main-main.
Hal ini kerana nombor talian kecemasan seperti 999 adalah lebih mudah untuk diingati dan mungkin ia lebih cepat untuk dihubungi.
#3. Mengetahui lokasi rumah
Ibu ayah perlu menggalakkan anak-anak untuk keluar dari kenderaan sepanjang perjalanan pergi atau balik dari tadika mahupun sekolah. Gambaran bangunan, papan anda dan simbol jalan yang berulang kali dilihat secara tidak langsung mampu menguatkan ingatan mereka dan tersimpan sebagai memori kekal.
Ada juga ketika perlu anda hendaklah menguji minda anak-anak dengan memberikan peluang kepada mereka menjadi co-pilot atau tour guide.
#4. Menghafal nombor telefon ibu bapa
Kenalkan anak-anak dengan nombor telefon ibu ayah atau penjaga. Ajarkan mereka untuk menulisnya berulang kali pada setiap hari. Hal ini kerana jika terjadi sebarang masalah ketika di sekolah ataupun di rumah, mereka dapat segera menghubungi anda.
Didik mereka untuk berani meminta pertolongan orang terdekat seperti jiran, guru mahupun pengawal keselamatan di sekolah.
#5. Panic action
Dalam beberapa kes tertentu, anak-anak perlu didedahkan dengan senjata kanak-kanak seperti jeritan mahupun gigitan. Pastikan mereka menggunakan dua senjata ini dalam keadaan yang benar-benar terdesak atau terlalu memerlukan pertolongan.
Sesekali anda boleh melakukan demonstrasi menjerit di dalam kenderaan ataupun bilik tertutup.
#6. Mengamalkan doa ringkas
Anak-anak pada zaman sekarang semakin matang dan advance. Jika anda sudah diajarkan dengan beberapa surah lazim atau doa-doa ringkas, mereka mungkin tidak berasa takut berhadapan dengan pelbagai situasi kerana merasakan bahawa Allah sentiasa ada bersama mereka.
Sumber: The Vocket, Nur Haslily
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-kembar-perempuan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!