Kejadian mati mengejut boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira peringkat umur atau latar belakang serta gaya hidup.
Tiada jaminan jika anda aktif bersukan atau hanya sedang berehat dan duduk di rumah anda jauh dari mati mengejut dan tidak akan mengalaminya kerana ia boleh menyerang sesiapa saja tanpa meninggalkan sebarang tanda.
Seperti yang berlaku di Kuala Lumpur semalam seorang murid lelaki berusia 15 tahun yang baru saja memulakan sesi persekolahan selepas sekolah ditutup empat bulan dilaporkan pengsan secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia di hospital.
Mati mengejut: Mangsa tak tunjuk sebarang gejala sakit
Menurut laporan Sinar Harian, palajar tingkatan tiga itu tidak menunjukkan sebarang gejala tidak sihat tetapi tiba-tiba pengsan dalam kelas di sekolah berkenaan.
Pemerikasaan suhu badannya sebelum memasuki sekolah yang menjadi kewajipan ketika ini juga menunjukkan bacaan normal dan tidak demam.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital sejurus pengsan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagaimanapun dia dilaporkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (UKM).
Polis turut mengesahkan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan selain siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Sesiapa saja boleh alami mati mengejut
Kematian bukanlah perkara yang pelik atau asing bagi manusia kerana setiap hari kita pasti akan dengar berita kematian dan ia tidak memilih umur atau sesiapa saja.
Bayi yang baru dilahirkan juga tidak terlepas daripada dijemput kematian kerana ia sudah ditetapkan sejak azali lagi dan tiada siapa tahu saat kematian menjelma.
Bagaimanapun, menurut pakar perubatan kematian secara mengejut ini boleh jadi disebabkan pelbagai perkata antaranya mereka yang memang mempunyai sejarah penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau kolestrol tinggi.
Bagaimanapun agak pelik sekiranya mati mengejut itu berlaku di kalangan mereka yang berusia lebih muda iaitu 15 tahun dan ke bawah kerana biasanya risiko untuk mereka mendapat penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau kolestrol tinggi adalah sangat rendah.
Jantung terhenti antara punca mati mengejut
Jadi jangan tak tahu ya, mati mengejut ini bukan hanya dikaitkan dengan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau kolestrol tinggi.
Bagaimana jantung boleh terhenti?
Kita semua sedia maklum, sakit jantung sering dikaitkan dengan silent killer yang menyebabkan kematian ramai orang terutama mereka yang berisiko tinggi seperti penghidap darah tinggi dan kencing manis.
Tapi ada satu lagi yang sering kita dengar tapi dianggap sama dengan sakit jantung sedangkan tidak, iaitu jantung terhenti secara mengejut atau tiba-tiba yang dipanggil dalam istilah perubatan sebagai sudden cardiac arrest (SCA) yang sebenarnya lebih ‘senyap’ dan berbahaya.
Simptom jantung terhenti
Menurut laporan Berita Harian, SCA yang lebih senyap dan berbahaya kebiasaannya terjadi dalam situasi yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran. Ia akan menyebabkan mangsa jantung mangsa terhenti secara tiba-tiba dan mangsa akan
- Pengsan secara tiba-tiba/terus tumbang
- Tiada nadi
- Gagal bernafas
- Kehilangan kesedaran
- Boleh meninggal dunia dalam beberapa minit jika tidak mendapat rawatan awal yang betul dengan serta merta
Tetapi berbeza dengan SCA sesiapa saja boleh mengalaminya termasuk individu yang sihat, cergas bersukan malah lebih teruk langsung tidak mempunyai sakit jantung.
Jantung terhenti tanpa amaran
Jantung mempunyai sistem elektrik yang mengawal nadi dan irama denyutan jantung yang mana ia berfungsi mengepam jantung secara teratur.
Jika berlaku gangguan terhadap sistem elektrik jantung, ia akan menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak seragam atu tidak teratur yang dikenali sebagai aritmia.
Gangguan aritmia menyebabkan jantung berhenti berdenyut dalam keadaan yang pelbagai sama ada terlalu cepat, perlahan ataupun tidak seragam.
Ada aritmia yang menyebabkan jantung berhenti mengepam darah ke dalam badan yang menyebabkan berlakunya SCA sehingga menyebabkan darah berhenti mengalir ke otak sekaligus menyebabkan mangsa tidak boleh bernafas akhirnya tidak sedarkan diri.
Punca jantung boleh terhenti
- Diserang penyakit jantung atau arteri koronari tersumbat
- Jantung lemah (cardiomyopathy)
- Jantung bengkak
- Kecacatan pada struktur jantung sejak lahir (congenital heart disease)
- Masalah penyalahgunaan dadah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber:sinarharian, berita harian,hello doktor
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-sakit-jantung-pada-wanita