Sentuh Haiwan Di Zoo, Dua Beradik Ini Maut Kerana Jangkitan E-Coli!

Siapa sangka lawatan ke zoo mengundang maut. Kerana jangkitan E.coli, si abang masih bertarung di hospital, namun adiknya tidak berjaya diselamatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lawatan ke Zoo

Siapa sangka... lawatan ke zoo dengan anak-anak telah meragut nyawa mereka. Itulah yang terjadi di Amerika Syarikat baru-baru ini. 

Dua beradik - Kade dan Kallan Maresh telah diserang oleh jangkitan E.coli ketika keluar dengan keluarga untuk ke zoo

Akibat jangkitan itu, Kallan 3 tahun tidak dapat diselamatkan. Namun, abangnya kini masih bertarung di hospital.

Bakteria E.coli telah mengakibatkan buah pinggang kedua-dua kanak-kanak malang terbabit gagal berfungsi. Akibat komplikasi jangkitan, mereka terkena sindrom uremik hemolitik (HUS) pula.

Pihak pakar mendapati bakteria E.coli tersebut menjangkiti mereka berdua melalui sentuhan dengan haiwan di ladang zoo terbabit.

Kredit gambar: Tripadvisor

Ini Bukan Kes Yang Pertama

Sebenarnya, ini bukan kes pertama kanak-kanak maut selepas balik dari zoo.

Pada tahun 2015, seorang kanak-kanak berusia 20 bulan maut apabila dia disahkan menghidap sindrom uremik hemolitik (HUS) selepas terdedah pada bakteria E.coli.

Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahayanya. Hati-hati ya, ibu bapa semua!

Jom semak sebenarnya jangkitan E.coli itu macam mana dan bagaimana ingin mengesan sindrom uremik hemolitik (HUS) supaya anak anda tak terdedah pada bahaya, okay?

Jangkitan E.coli

Kredit gambar: BBC News

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut WebMD, E.coli atau Escherichia coli adalah kuman yang hidup dalam saluran pencernaan manusia atau haiwan. Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan cirit-birit berdarah.

Ia juga boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang berfungsi hingga maut. 

Bakteria ini boleh merebak dalam air, makanan dan melalui sentuhan. Antara tanda-tanda anda terkena jangkitan E.coli adalah:

  • Cirit-birit berdarah
  • Kejang pada bahagian perut
  • Pening & muntah
  • Pucat
  • Demam
  • Keletihan
  • Ada bengkak
  • Susah untuk buang air besar

Bakteria ini sungguh berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan sindrom uremik hemolitik (HUS)!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sindrom Uremik Hemolitik (HUS)

Sindrom HUS adalah disebabkan sel darah merah dalam badan musnah. Sel darah yang rosak menyumbatkan sistem penapisan dalam buah pinggang.

Lalu, buah pinggang akan gagal berfungsi dan ia boleh mengancam nyawa!

Biasanya, bakteria E.coli mudah merebak melalui daging mentah. Kanak-kanak yang telah terkena jangkitan E.coli dan mula menghidap HUS akan mengalami beberapa tanda seperti:

  • Cirit-birit berdarah
  • Ada darah dalam air kencing
  • Sakit perut, muntah
  • Bengkak di muka, tangan, kaki dan seluruh badan
  • Keletihan dan sering rasa kejang

Kredit gambar: National Kidney Foundation

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, apa yang harus anda buat untuk mengelak jangkitan bakteria berbahaya ini?

Anda sebagai ibu bapa pasti risau dengan kesihatan anak-anak, kan? Maka, cuba amalkan amalan di bawah bagi mengelak mereka terdedah kepada bahaya jangkitan. 

  1. Masak daging lembu dengan betul.
  2. Jika di dapur, basuh tangan dengan air panas dan sabun, terutamanya selepas menyentuh daging mentah.
  3. Basuh semua alatan atau permukaan dapur yang terkena daging mentah.
  4. Jika anda ke zoo, jaga kebersihan. Jangan lupa basuh tangan!
  5. Hanya minum/guna susu atau jus yang sudah dipasteur.
  6. Minum air yang telah dirawat.
  7. Jika anda ke luar negara, jangan minum air yang tak dirawat. 
  8. Jangan juga minum air paip atau air ais.
  9. Elakkan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah
  10. Cuci tangan anda dengan kerap selepas menukar lampin atau selepas mandi.

Sumber rujukan: Kidspot, WebMD dan Mayo Clinic

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris