X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

28 Mar, 2017
Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Ibu mangsa tak mengesyaki apa-apa bila anaknya Johnny, 10 tahun terus masuk tidur selepas keletihan seharian bermain di kolam renang. Rupa-rupanya...

Biasalah, selepas seharian bermain di kolam renang — anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja “jumpa” air. Sebab itu Cassandra Jackson, 41 tahun tidak mengesyaki apa-apa selepas anaknya mandi di kolam renang.

Menurut berita yang disampaikan pada ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.

Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.

Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!

“Saya golekkan dia ke tepi, dan badannya sangat lemah. Badannya juga sudah bertukar kebiru-biruan,” jelas Jackson dalam esak.

Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.

Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.

Apa itu mati lemas sekunder?

Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein — mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru.

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Kredit gambar: Pixabay

“Biasanya, mati lemas utama terjadi apabila anda tersedut air dan tidak boleh bernafas, lalu lemas. Tapi dengan mati lemas sekunder, anda boleh maut apabila air memasuki paru-paru dengan sedikit saja. Bagi kanak-kanak, air sebanyak empat auns sudah mampu untuk membunuh mereka,” jelas Epstein lagi.

Mati lemas sekunder mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang. Epstein juga menambah jenis cecair yang memasuki paru-paru kanak-kanak juga memainkan faktor utama untuk membawa maut.

Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.

Akibatnya, paru-paru dipenuhi cecair.

“Selepas itu, terjadi Edema Paru-Paru — keadaan di mana terdapat pengumpulan cecair dalam paru-paru dan mengakibatkan serangan jantung apabila oksigen tidak dapat masuk ke aliran darah.

Tanda-tanda mati lemas sekunder – ibu bapa harus peka!

Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.

Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:

  • Batuk
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Kelihatan amat letih

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!

Bagaimana ingin mengelaknya

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan hampir 3,582 kes mati lemas secara tidak sengaja berlaku di sana sejak tahun 2005. Daripada data yang baru diperoleh, lebih daripada satu per empat mangsa kes mati lemas adalah kanak-kanak yang berusia bawah daripada 14 tahun.

Kuncinya di sini adalah peka. Tetapi, anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Kredit gambar: Pixabay

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
  1. Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan “tertelan” air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
  2. Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
  3. Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
  4. Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak peka…

 

Sumber rujukan: ABC News, Healthy Food Team, Parents dan Healthy Nation

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!
Kongsikan:
  • Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

    Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

  • Anak Mati Lemas Ketika Tidur Dalam Buaian - Ini Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

    Anak Mati Lemas Ketika Tidur Dalam Buaian - Ini Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

  • Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

    Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

  • Anak Mati Lemas Ketika Tidur Dalam Buaian - Ini Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

    Anak Mati Lemas Ketika Tidur Dalam Buaian - Ini Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.