Mayat boleh dibekukan dengan pembedahan cryogenic
Sesiapa yang sakit parah dan memilih untuk membekukan badan mereka melalui pembedahan cryogenic mungkin menyimpan harapan untuk hidup semula di masa depan.
Ini yang terjadi pada pasangan suami isteri di bawah.
Apabila Zhan Wenlian, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 8 Mei lalu, suaminya Gui Junmin tak menyediakan pengebumian tradisional untuk isterinya.
Sebaliknya, dia telah menghantar mayat isteri tercinta itu ke Institut Penyelidikan Sains Hayat Shandong Yinfeng untuk dibekukan melalui pembedahan cryogenic!
Menurut Science and Technology Daily, Zhan Wenlian merupakan orang pertama di China yang membekukan seluruh badan!
Apakah proses pembedahan cryogenic dan bagaimana mayat boleh dibekukan?
Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana proses membekukan mayat dijalankan?
Apabila seseorang telah diisytiharkan mati secara klinikal, satu prosedur akan dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan darah masih mengalir dalam badan.
Seterusnya, badan akan disuntik dengan bahan kimia dan dimasukkan ke dalam ais untuk mengelakkan penguraian.
Apabila mayat disejukkan hingga ke paras 0 ° C, darah dalam badan akan dikeluarkan dan diganti dengan bahan kimia yang mengekalkan organ-organ badan dan menghentikan pembentukan kristal ais.
Selepas itu, mayat akan dibekukan sehingga -130 ° C.
Langkah terakhir dalam proses membekukan mayat ini adalah untuk memasukkan mayat itu ke dalam tangki nitrogen cecair yang sebanyak 2,000 liter lalu disimpan pada suhu kira-kira -196 ° C.
Adakah pembedahan cryogenic satu teknologi baru?
Kebanyakan kes membekukan mayat melalui cara cryogenic, iaitu proses memastikan bahagian tubuh disimpan pada suhu yang rendah, telah berjaya dilaksanakan sejak 1960-an lagi.
Sebagai contoh di Amerika, di mana teknologi ini mula-mula diperkenalkan, prosedur cryogenic telah dijalankan selama beberapa ketika.
2 organisasi utama yang menjalankan prosedur seluruh tubuh adalah Alcor, yang kini mempunyai 152 “pesakit”, dan Cryonics Institute, yang kini mempunyai 138 “pesakit”.
Adakah mayat ini akan hidup kembali? Bagaimana?
Itu tidak dijamin.
Baca juga:
Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi
Berapakah kos membekukan mayat ini?
Di Amerika, kos penyimpanan mayat seluruh badan memerlukan sekurang-kurangnya USD$ 28,000, tapi kos ini boleh juga meningkat sehingga USD$ 280,000 (MYR1,202,656.00).
Di China, kos sekurang-kurang berharga 2.05 juta yuan (MYR1,319,813.88).
Tapi bagi kes Zhan ini, bilnya telah ditaja penuh kerana mayat isterinya merupakan mayat pertama yang mencuba prosedur seluruh badan ini.
Mereka juga ingin menguji potensi pengembangan prosedur ini di pasaran China.
Suami Zhan, Gui juga telah membuat perancangan untuk membekukan badan sendiri apabila dia meninggal dunia bagi “menemani” isterinya.
Badan mereka akan dibekukan sehingga masa tertentu apabila sudah ada teknologi perubatan yang lebih baik dan canggih mampu membuatkan mereka boleh hidup bersama semula.
Prosedur yang masih menjadi tanda tanya
Kita tidak pasti kalau prosedur ini pasti boleh berjaya atau tidak, tapi ada sesetengah orang akan mencuba segala-galanya untuk hidup dengan lebih lama.
Tetapi memandangkan kosnya yang begitu tinggi, saya berpendapat prosedur ini tak berbaloi kerana ia tidak menjaminkan apa-apa pun.
Daripada menghabiskan duit hampir 1 juta untuk membekukan badan, saya lebih rela generasi-generasi yang akan datang untuk mewarisi duit itu.
Tepuk dada, tanya selera!
Sumber: Mothership
Kredit gambar: India Future Society
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: