X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi

17 Aug, 2017
Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi

"Dialah pendorong saya. Setiap kali saya menatap wajah anak saya yang suci dan tidak bersalah, keazaman saya akan kembali membara."

Nasib ibu tunggal dan anaknya

Menurut Chutian Metropolis Daily, beginilah nasib seorang ibu tunggal dan anaknya, yang terpaksa tidur dalam teksi sebanyak 900 kali, sehingga ke hari ini. 

Li Shaoyun, 42, dan anak perempuannya Yiyi, yang berusia hampir 3 tahun, berasal dari Wuhan, Hubei.

Ibu tunggal itu bekerja sebagai seorang pemandu teksi malam, terpaksa membawa anakya bersama kerana beliau tidak mampu mengupah pengasuh.

Dari senja hingga 5 pagi

Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi

Untuk menyara hidup mereka, ibu tunggal ini terpaksa membawa anaknya kerja bersama. Sumber gambar: Handout

Ibu tunggal ini mula bekerja selepas mengambil teksi dari rakan sekerja pada waktu senja dan memandu hingga pukul 5 pagi. 

Bayaran sewa untuk teksi itu adalah sebanyak 100 yuan (kira-kira RM65) dan 100 yuan untuk minyak kereta. 

Yiyi – anak perempuan beliau biasanya akan duduk bersebelahan dengan ibunya apabila beliau memandu. 

Namun, dia akan beralih duduk di tempat duduk belakang jika ada penumpang yang lebih suka duduk di depan. Hidup mereka penuh dengan cabaran. 

Ramai pelanggan telahpun menolak perkhidmatan Li apabila melihat seorang kanak-kanak kecil  duduk di dalam teksinya.

“Yiyi selalu tertidur kira-kira pukul 1 pagi,” kata Li.

Beliau menambah – sebelum tidur, biasanya Yiyi akan mengingatkan ibunya untuk berhenti kerja awal dan boleh pulang ke rumah dengan lebih awal.

Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi

Ibu tunggal ini dalam perjalanan balik ke rumah selepas kerja sambil mendukung anaknya yang tidur. Sumber gambar: Handout

Li berkata dia memberitahu anak perempuannya: “Kalau ibu tak cukup duit, macam mana ibu nak beli makanan yang baik untuk Yiyi? “

Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi

Belaian kasih seorang ibu. Sumber gambar: Handout

Baca juga:

Kisah Benar: Pahit Manis Bekas Isteri Artis Hadapi Penderaan Fizikal

Cabaran hidup buat ibu tunggal 

Ramai terharu melihat keazaman ibu tunggal ini yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menampung kos kehidupan mereka berdua.

Selama 3 tahun, Li menjadi ibu dan ayah kepada Yiyi sepenuh masa tanpa bantuan orang lain, sambil bekerja setiap malam. 

Seorang pembaca telah menulis: “Mereka yang mempunyai anak akan memahami cabaran yang dihadapi ibu ini. Saya mengharapkan yang terbaik untuk mereka.” Seorang lagi memberi komen: “Saya rasa sedih setelah membaca tentang kisah mereka. Tak selamatlah apabila seorang wanita bekerja pada larut malam.”

Tetapi dalam keadaan terdesak, kadang-kadang kita perlu membuat pilihan yang sukar apabila mencari pekerjaan yang boleh memberi kelonggaran untuk menjaga anak.

ibu tunggal

Kasih sayang seorang ibu tiada tandingannya.

Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu untuk anaknya ini tiada batasan. Seorang ibu rela mempertaruhkan keselamatan diri dengan memandu teksi sepanjang malam semata-mata untuk kehidupan si anak.

Di manakah ibu-ibu ini mendapat kekuatan untuk membesarkan anak bersendirian? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. 

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Sebenarnya Li tidak berseorangan, kerana Yiyi selalu bersamanya.

“Dialah pendorong saya. Setiap kali saya menatap wajah anak saya yang suci dan tidak bersalah, keazaman saya akan kembali membara.”

Semoga Tuhan sentiasa melindungi ibu tunggal merangkap wanita hebat ini dan anaknya. 

Diharapkan perkongsian kisah ini membuka mata masyarakat tentang keperitan hidup seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anaknya seorang diri. 

Sumber: South China Morning Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Keperitan Nasib Ibu Tunggal & Anaknya Yang Terpaksa Tidur Dalam Teksi
Kongsikan:
  • Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

    Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

  • Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

    Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

  • Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

    Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

    Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya

  • Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

    Bukan Mudah Teruskan Hidup Sebagai Ibu Tunggal, Percayalah Anda Insan Hebat Pilihan Allah

  • Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

    Bila Sudah Tawar Hati Dengan Pasangan, Jangan Terus Seksa Diri, Buatlah 14 Perkara Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.