Sesekali tekak nak makan sajian mee berkuah dan pastinya hidangan yang terlintas adalah mee hailam. Kata orang, mee hailam yang sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak, pekat dan lengkap dengan protein dan sayur-sayuran. Kami kongsikan resepi mee hailam kuah pekat dan banjir untuk anda cuba. Memang sedap!
Isi Kandungan
Resepi Mee Hailam Che Nom
1.Bahan-bahan
- Bahan-bahan untuk mee (dicelur):
- air secukupnya
- 1 pek /450 gram mee kuning
- Bahan-bahan untuk kuah mee hailam:
- sedikit minyak, untuk menumis
- 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 1 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam (hiris kecil)
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 batang lobak merah
- sayur sawi, asingkan daun dan batang
- 2 keping fishcake (potong nipis)
- 3 cawan air (anggaran)
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 ke 5 ekor udang besar
- kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap
- 2 batang baby corn
- 2 ekor sotong
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 1 biji tomato (belah 6)
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk hiasan:
- daun sup
- bawang goreng
- cili merah
- limau nipis
2.Cara Penyediaan
- Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, kacau sehingga cili masak.
- Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah, masak sehingga air ayam kering.
- Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
- Masukkan fishcake dan air. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan baby corn, sotong dan air bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit demi sedikit supaya mendapat kepekatan yang sesuai.
- Masukkan hirisan tomato dan daun sawi. Masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan mee yang dicelur tadi dan boleh terus dihidang.
- Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau nipis.
Tips Buat Mee Hailam Sedap
Tips membuat mee hailam yang sedap:
- Gunakan mee berkualiti: Pilih mee segar atau rebus mee kering hingga kenyal.
- Sediakan kuah enak: Gunakan stok ayam atau daging, tambah sos tiram dan kicap pekat.
- Perap daging: Perap daging dengan kicap, sos tiram, dan rempah untuk rasa lebih baik.
- Gunakan bahan segar: Pastikan sayur-sayuran dan bahan tambahan segar.
- Sauté bahan dengan baik: Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
- Masukkan sayur secukupnya: Tambah sayur pada akhir memasak untuk kekalkan kerenyahan.
- Pilih protein sesuai: Tambah daging atau makanan laut yang dimasak sempurna.
- Hati-hati dengan garam: Gunakan garam secukupnya dan biarkan rasa stok serta kicap yang utama.
- Tambah rempah bijak: Gunakan rempah dan herba untuk menambah rasa dan aroma.
- Sentuhan peribadi: Taburkan bawang goreng atau daun ketumbar sebelum dihidang.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Resepi Laksa Johor Dengan Rasa Yang Mewah & Paling PADU Ikut Cara Che Nom
Baca juga : 3 Variasi Resepi Mee Goreng Mamak, Yang Penting Simple Dan Lazat!
Baca juga : Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!