Ibu R.A: Saya Melahirkan Cahaya Mata Setiap 2 Tahun!

Ibu ini bakal menyambut anak ke-4 dan berkongsi kisah mengandungnya dengan kami. Tidak sabarnya untuk melihat kehadiran baru dalam hidup ibu dan keluarga mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya bernikah pada tahun 2012 dan mendapati saya mengandung 5 bulan kemudian. Kandungan pertama saya hanya boleh bertahan sehingga 11 minggu 6 hari kerana mengalami tekanan yang tinggi. Alhamdulillah, pada April 2013 saya mendapat tahu saya mengandung dan kemudian selamat melahirkan anak iaitu puteri sulung kami pada Januari 2014. Anak pertama saya ini menyusu badan sepenuhnya selama 2 tahun 3 bulan.

Kredit: pixabay.com

Baca juga: 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Semua Ibu Bapa Wajib Tahu!

Melahirkan Anak Kedua Dua Tahun Kemudian

Selepas melahirkan anak dalam masa 1 tahun 6 bulan pula, saya datang bulan pada bulan Mei. Dan saya dapati saya mengandung anak kedua dan melahirkannya pada Februari 2016. Sama seperti anak sulung saya, saya mengambil keputusan untuk menyusu anak kedua sepenuhnya selama 2 tahun.

Perjalanan sama sekali lagi saya tempuhi selepas 1 tahun 5 bulan. Pada Mei 2017 saya mengandung sekali lagi dan melahirkan anak ke-3 pada Februari 2018. Namun berbeza dengan anak-anak saya yang lain, anak ke-3 ini menyusu badan lebih lama daripada adik-beradiknya. Saya menyusukan dia sehingga dia berusia 2 tahun 6 bulan, dan saya terus mengambil keputusan untuk memberhentikan susuan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula Mengambil Suntikan 

Saya mengambil suntikan perancang kehamilan Depo-Provera selama setahun namun ia tidak serasi dengan diri saya, kerana darah sentiasa keluar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: familydoctor.org

Saya tukar kepada pil, namun pada April 2020 saya terlewat mengambil pil kerana saya tidak berani keluar rumah. Ketika itu kes COVID-19 masih meningkat. Saya meminta suami membeli pil perancang di farmasi tetapi ada satu hari tersebut, saya terlupa untuk makan pil perancang itu. 

Bulan Mei 2020, saya mendapat tahu saya mengandung sekali lagi. Ketika saya menulis catatan ini, kandungan saya telah berusia 35 minggu. Doktor juga memberitahu saya dan suami bahawa kami bakal menyambut anak ke-4 ini pada bulan Januari 2020 ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Doakan terbaik untuk saya ya ibu-ibu semua!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

 

Penulis

Nurul Ikram