Melahirkan normal setelah caesar (VBAC)
Hanya kerana anda pernah melalui proses pembedahan Caesarean sebelum ini, ia tidak bermakna anda langsung tak boleh melahirkan normal setelah caesar (VBAC).
Lebih kurang 3 daripada 5 wanita yang pernah bersalin secara C-section boleh beranak secara vaginal dengan berjaya.
Mengapa sesetengah wanita lebih mahu beranak secara normal?
Salah satu sebab utamanya adalah kerana tempoh pulih yang lebih pendek. Ada juga yang ingin lebih merasai proses bersalin.
Apa lagi? Bersalin secara normal jauh lebih murah dan lebih rendah risikonya berbanding pembedahan C-section.
Bersalin secara vaginal selepas cesarean adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mahukan keluarga besar.
Ini kerana pembedahan C-section tidak dinasihatkan dibuat lebih dari 3 kali berturut-turut.
Tetapi tiada limit untuk bersalin secara normal. Walaubagaimanapun, bagus untuk anda tahu yang risiko komplikasi boleh meningkat selepas setiap pembedahan.
Bagaimana nak tahu jika VBAC sesuai untuk anda atau tak
Untuk mengetahui sama ada anda boleh memilih melakukan VBAC atau tidak, berikut adalah antara ciri-ciri yang anda perlu ada:
- tidak pernah melalui lebih dari 2 penbedahan cesarean yang rendah
- tidak ada parut pada rahim semasa proses bersalin yang lepas
- tidak ada sejarah masalah rahim anomali atau pecah
- doktor anda mesti bersedia untuk memantau dengan rapi VBAC anda, sementara bersedia untuk pembedahan C-section kecemasan jika perlu.
- anda tidak ada keadaan yang memerlukan anda membuat pembedahan C-section
- rekod kesihatan anda bebas dari masalah kesihatan yang serius
- kepala bayi anda ke arah bawah
- saiz bayi anda normal mengikut usia kehamilan
Apa risiko dan komplikasi yang mungkin terjadi?
American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) menyatakan yang VBAC adalah lebih selamat berbanding mengulangi prosedur caesarean.
Tapi, tidak dapat dinafikan yang ia tetap ada risiko dan komplikasi sendiri.
Yang paling ditakuti oleh doktor pakar adalah risiko rahim pecah. Keadaan ini berlaku pada 1 dalam 500 wanita yang bersalin secara normal, terutamanya mereka yang terpaksa bersalin secara induce.
Berikut adalah ringkasan untuk membantu anda membuat pilihan dengan lebih mudah.
Jika anda ingin menjalani pembedahan C-section sekali lagi, ketahui risiko ini
- sama seperti risiko mana-mana pembedahan
- berada di hospital lebih lama bergantung pada keadaan anda
- kemungkinan berlaku jangkitan pada rahim, pundi kencing atau tempat jahitan
- kemungkinan kecederaan pada pundi kencing, usus atau organ berdekatan
- kesan sakit dan tidak selesa yang berpanjangan pada kesan pembedahan
- risiko minimal pada saluran pernafasan bayi
- lebih berisiko untuk mempunyai pembedahan C-section di masa akan datang.
Berikut adalah kemungkinan bagi yang memilih VBAC
- kurang dari 1% risiko rahim pecah
- jika terjadinya rahim pecah, komplikasi yang mungkin terjadi termasuklah pendarahan yang banyak, kecederaan pundi kencing, jangkitan, darah beku dan histerektomi kecemasan.
- Jika memerlukan C-section kecemasan, risiko jangkitan lebih tinggi
- perlu berada di hospital selama 2 hari minimum
- kemungkinan laluan terkoyak atau episiotomi
- sakit dan tidak selesa pada vagina untuk jangka masa yang singkat
- paru-paru bayi lebih bersih selepas melalui bukaan bersalin
Kami berharap maklumat ini akan membantu anda membuat keputusan dengan lebih mudah.
Pastikan anda sentiasa berkomunikasi dengan doktor anda dan tanya semua perkara yang merisaukan anda supaya anda tidak terlebih risau.
Selamat berjaya semua ibu-ibu hamil di luar sana! Saya mendoakan agar kalian sentiasa dilindungi Tuhan. Amin.
Sumber: Mayo Clinic, American Pregnancy Association, theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Bersalin Normal Selepas Pernah Kena C-Seksyen – 8 Benda Anda Wajib Tahu
9 Mitos Bersalin Yang Semua Orang Harus Berhenti Percaya Atau Sebarkan!
Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Pembedahan C-Section Dan Wajib Diketahui Ibu Hamil