Sudah tentu ramai suami yang banyak membantu isteri untuk menjaga anak, seperti mandikan anak, tukar lampin, dan tidurkan anak, kan? Tapi adakah anda tahu yang suami juga boleh bantu melancarkan susu badan?
Ha! Macam mana itu?
Hari ini, kami bawakan kepada anda 5 cara bagaimana suami pun boleh membantu melancarkan susu badan ibu. Kalau suami anda tak buat 5 benda ini, bolehlah anda tag dia sekarang.
Sama-sama kalian belajar untuk jadi suami isteri dan ibu bapa terbaik untuk anak kalian.
5 cara suami boleh bantu untuk melancarkan susu badan isteri
1. Buat sesuatu yang sweet
Bantuan suami boleh melancarkan susu. Ia boleh dilakukan dengan cara membisikkan kata-kata cinta pada isteri dan membelai isteri.
Ini akan merangsang aliran susu untuk lebih banyak dan lancar.
Ketika isteri sedang menyusukan bayi, suami juga boleh membantu dengan menolong mengambilkan minuman pada isteri.
Ini kerana ketika menyusu, kita akan cepat haus. Jika suami hendaklah bawakan makanan pun sudah cukup. Cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan membantu isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah
2. Memastikan isteri berada dalam posisi yang selesa
Suami juga boleh memastikan isteri menyusukan anak dalam posisi yang betul supaya mereka tidak keletihan. Pastikan mereka berada dalam posisi yang relaks supaya susu keluar dengan lancar.
Pastikan juga isteri anda itu bersandar semasa menyusu dan kaki mereka tidak tergantung supaya tidak penat. Juga, sarankan pada isteri untuk baring ketika menyusu jika terlampau penat.
3. Memberi urutan oksitosin
Apabila anak sedang tidur atau dijaga oleh orang lain, isteri sudah tentu mahu badan mereka diurut. Urutan oksitosin ini dapat membantu melancarkan susu badan.
Caranya, isteri duduk di kerusi dan suami memicit bahagian bawah tengkuk dan terus ke bawah hingga ke punggung sejajar dengan puting. Urutan ini perlu dilakukan dengan perlahan, bergerak ke kanan dan ke kiri dan berputar-putar.
Berapa lama urutan yang ingin dibuat adalah terpulang pada anda dan jika anda selalu mendapat urutan ini, susu akan mudah mengalir.
4. Tenangkan isteri
Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu perlu berada dalam keadaan tenang dan tidak stress.
Oleh itu, suami memainkan peranan penting untuk menenangkan isteri dan memberi sokongan pada isteri. Ini juga penting untuk mengelakkan isteri dari mendapat pospartum depresi.
5. Bangun malam
Bayi yang baru lahir memang sering terjaga malam. Jika isteri perlu berjaga untuk menyusukan anak, apa salahnya kalau suami juga turut berjaga dan teman isteri.
Pasti mereka sukakan perhatian yang diberikan oleh suami. Kalau isteri rasa gembira, susu pun akan menjadi lebih lancar.
Kalau suami anda tidak membantu, anda bolehlah tag suami sekarang. Selepas ini mereka pasti faham bagaimana bantuan mereka juga boleh melancarkan susu badan ibu.
Sama-samalah kalian berganding bahu untuk menggalas tanggungjawab menjadi ibu baru ini. Kami di theAsianparent Malaysia berharap agar anda berjaya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: