Cara Berkesan Melatih Bayi Duduk Sendiri, Ibu Ayah Jangan Sampai Paksa Si Manja

Melatih bayi duduk sendiri dapat menguatkan otot mereka untuk bergerak dengan lebih berani. Ibu ayah kenalah selalu rangsang si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi mula mencapai umur tertentu, pastinya ibu bapa sudah mula berfikir mengenai perkembangan mereka. Bilakah si manja akan meniarap dan waktu sesuai untuk melatih bayi duduk sendiri.

Memasuki sahaja usia 6 bulan, rata-rata si manja akan diperkenalkan dengan makanan pejal. Ketika inilah anda mula tertanya-tanya selamatkah jika meletakkan mereka duduk di kerusi makan atau perlu menunggu beberapa bulan seterusnya.

Cara melatih bayi duduk sendiri

Tidak salah jika anda ingin melatih bayi duduk sendiri. Hal ini kerana si manja juga perlukan senaman untuk menguatkan ototnya. Apabila anda lihat bayi sudah pandai berguling, dan lehernya semakin kuat, langkah seterusnya adalah melatih bayi duduk sendiri.

Antara tips buat ibu ayah adalah:

#1. Letakkan bayi di atas pangkuan riba

Semasa duduk, letak bayi di atas riba anda dalam keadaan duduk. Pastikan tangan memegang bayi sepanjang masa, ini untuk membuatkan si manja untuk membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

#2. Letakkan di riba dalam posisi bersila

Si kecil yang mempunyai leher yang sudah tegak (kuat) lebih mudah untuk melatih bayi duduk sendiri. Tetapi, jangan lupa untuk menyokong bahagian punggungnya yang masih lemah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pangku bayi di riba dalam keadaan anda sedang duduk kerana cara ini boleh membuatkan bayi duduk dengan lebih stabil. Cara ini juga adalah selamat untuk anak berusia 6 bulan.

#3. Bayi duduk di sofa

Apabila bayi belajar duduk dengan kerap, ibu ayah boleh cuba meletakkannya di atas sofa pula. Namun pastikan hanya untuk seketika sahaja dan mereka harus sentiasa dalam pengawasan orang dewasa kerana si manja masih tidak dapat mengimbangi dirinya.

Permukaan sofa yang lembut dapat menampung bayi duduk sendiri sementara waktu sebelum bayi mulai hilang keseimbangan. Namun sekiranya bayi anda tidak selesa, jangan dipaksa pula ya!

#4. Kaki bentuk V

Semasa bayi duduk, letakkan posisi kaki dalam bentuk V dan letakkan mainan di hadapannya. Susun bantal dikeliling bayi supaya si manja dapat duduk tegak, dan mempunyai batas yang lembut sekiranya jatuh tergolek.

#5. Bila dah terbiasa, kurangkan bantal

Apabila sudah terbiasa bayi duduk, cuba kurangkan bantal di kelilingnya. Jika si manja kelihatan tidak selesa dengan keadaan itu, ubah posisi bayi dan tukar aktiviti agar tidak stress.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harus diingatkan apabila ibu mencuba cara melatih bayi duduk, jangan biarkan si manja terlalu lama. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan bayi susah untuk membuang air besar.

#6. Gunakan tangan bayi 

Latih bayi untuk memangku tubuhnya dengan tangan. Mulakan dengan satu tangan dan perlahan-lahan latih dengan kedua-dua tangan apabila bayi  sudah bersedia.

Lakukan dengan kerap sehingga bayi duduk sendiri tanpa menahan menggunakan tangannya.

Bayi duduk umur berapa?

Untuk ibu ayah baru, anda mungkin tertanya bayi duduk umur berapa, kan? Secara umumnya, si manja mestilah memiliki kebolehan untuk mengangkat kepala mereka tanpa sokongan dan mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang mencukupi sebelum bayi duduk sendiri.

Bayi selalunya boleh mengangkat kepala mereka sekitar 2 bulan, dan mula menolak dengan tangan mereka sambil berbaring.

Pada umur 4 bulan, bayi biasanya boleh memegang kepalanya dengan stabil tanpa sokongan, dan pada 6 bulan, dia mula duduk dengan sedikit bantuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi duduk berapa bulan? Jawapannya dalam usia 9 bulan si manja sudah memiliki kebolehan untuk duduk dengan baik tanpa sokongan. 

Tummy time dapat membantu menguatkan bahagian atas badan dan otot leher yang bayi anda perlukan untuk duduk. Sekitar 6 bulan, galakkan duduk dengan bantuan ibu ayah atau bantal bagi membolehkannya melihat dunia sekeliling.

Faktor yang mempengaruhi bayi duduk sendiri

#1. Cara ibu ayah membesarkan anak

Ada sesetengah ibu ayah amat gemar mendukung bayi, atau kerap meletakkan bayi dalam keadaan berbaring. Apabila pergerakan bayi terbatas, si manja tidak dapat mengekplorasi posisi baru dan ini boleh mempengaruhi tumbesaran bayi.

#2. Mendapatkan khasiat dan zat yang cukup

Bayi hendaklah mempunyai khasiat yang cukup supaya beratnya seimbang dengan umur. Bayi mudah berkembang mengikut umur apabila mendapat makanan gizi yang seimbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Faktor kematangan dan perkembangan bayi

Setiap orang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Ini bermaksud bayi juga mempunyai potensi untuk melakukan sesuatu lebih awal atau lambat berbanding bayi lain.

Faktor ini membuktikan walaupun anda melatih anak, tapi sekiranya anak tidak bersedia, dia tidak dapat melakukannya. Ibu ayah perlulah bersabar dan ikut fasa yang ditetapkan bayi itu sendiri.

Bahaya bayi duduk sebelum waktunya

Bahaya bayi duduk sebelum waktunya boleh memberi banyak kesan negatif kepada postur badannya nanti. Adakah anda tahu bahawa kira-kira 90% ibu ayah cenderung memaksa bayi duduk, tanpa mengetahui kesan sampingannya?

Tidak dinafikan bahawa dapat melihat anak membesar di depan mata merupakan satu rezeki. Ibu ayah semestinya mempunyai hobi mengambil gambar bayi mereka dalam pakaian dan gaya yang berbeza.

Dan semasa mengambil gambar mereka meletakkan bayi duduk di atas sofa meskipun bayi menunjukkan rasa kurang selesa dengan tindakan berkenaan.

Berikut beberapa bahaya bayi duduk sebelum waktunya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Otot bayi masih dalam proses pengukuhan tetapi daya akan menjadikan mereka lebih lemah.
  2. Bahaya bayi duduk sebelum waktunya boleh menyebabkan si manja berisiko masalah sakit belakang di kemudian hari kerana kekuatan tulang belakang yang rendah.
  3. Paksaan untuk duduk turut menjejaskan otot pada kaki, lengan, bahu & belakang bayi. Disebabkan ini dia akan mula merangkak dan berjalan lewat.
  4. Ia akan menjejaskan postur badan, pergerakan & kestabilan badan bayi.
  5. Bahaya bayi duduk sebelum waktunya akan mengganggu perkembangan semula jadi kemahiran bayi.
  6. Kesan terbesar dan bahaya bayi duduk sebelum waktunya adalah si manja akan kurang tummy time yang menyebabkan lebih sedikit pergerakan dan penerokaan untuk membangunkan refleks penting seperti merangkak.

Justeru biarkan bayi anda belajar duduk sendiri, tidak perlu tergesa-gesa. Si manja akan mengikuti atau mencapai perkembangan motor kasar semulajadi tanpa sebarang masalah.

Tanda tanda bayi bersedia untuk duduk

1) Sekitar 3 bulan: Pada peringkat ini, bayi anda akan mula mengangkat kepalanya. Bayi mungkin mula duduk dengan menolak ke atas dari hanya berbaring.

2) Sekitar 5 hingga 6 bulan: Bayi suka baring di atas perut dan berguling. Mereka suka tummy time dan berguling dari satu sisi ke sisi yang lain. Sesetengah bayi mula merangkak di atas lengan mereka sebelum duduk.

3) Sekitar 7 hingga 8 bulan: Apabila bayi mampu mengawal badannya dan membentuk otot yang kuat, mereka akan duduk tanpa sebarang bantuan. Jika bayi anda tidak boleh mengangkat kepalanya, jangan cuba meletakkannya dalam posisi duduk.

Ibu bapa harus juga ingat yang bayi mungkin tidak dapat belajar dengan cepat. Bayi mungkin akan kerap tergolek jadi anda harus sentiasa pantau bayi anda. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

Baca juga: Bolehkah Bayi 3 Bulan Dilatih Duduk? Ini Tanda Si Manja Sudah Bersedia Untuk Duduk

Baca juga: Rupanya Banyak Manfaat Merangkak Pada Bayi! Ini 5 Cara Rangsang Bayi Cepat Merangkak