Boleh dikatakan sekarang macam-macam berita yang kita dengar terutama berkaitan dengan rogol anak, meliwat, pukul anak sampai mati, bunuh dan sebagainya.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang lelaki dituduh membunuh anak lelakinya yang berumur enam tahun dengan meliwat menggunakan tongkat sebagai hukuman kerana anaknya makan sepotong kek tanpa minta izin terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun lelaki berkenaan mengakut tidak bersalah semasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.
Bapa meliwat anak lelaki dengan tongkat sampai mati
Bapa berkenaan, Mauricio Alejandro Torres, 50 dituduh meliwat anaknya dengan tongkat.
Menurut laporan yang ditulis oleh Arkansas Online, mangsa meninggal dunia di Klinik Perubatan Bella Vista yang terletak berhampiran dengan kediaman mereka pada hari keesokannya selepas menerima rawatan.
Di awalnya, doktor memberitahu kematian mangsa disebabkan jangkitan bakteria yang terdapat pada tongkat tersebut yang digunakan untuk meliwat.
Menurut laporan media lagi, Torres didakwa membunuh anaknya gara-gara bengang kerana mangsa tidak meminta izin semasa mahu makan sepotong kek.
Jika disabit kesalahan, pertuduhan ini boleh membawa kepada hukuman mati kerana membunuh atau penjara seumur hidup.
Kini perbicaraan kes ini masih berjalan di mahkamah dan isterinya akan menjadi saksi kejadian yang berlaku itu.
Liwat di Malaysia
Mengikut Seksyen 377 A dan 377 C Akta 574 Kanun Keseksaan, liwat bermaksud seperti berikut:
377A : persetubuhan yang dilakukan adalah bertentangan dengan aturan tabie iaitu melakukan seks dengan individu lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut individu berkenaan.
377C: Jika sesiapa yang melakukan persetubuhan di luar tabie tanpa kebenaran atau kerelaan hati individu tersebut hingga meletakkan orang lain takut atau cedera, mereka boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun atau boleh juga dikenakan sebat.
Saranan untuk mangsa liwat
Ini adalah beberapa saranan yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan oleh mangsa liwat.
Jika berlaku kepada diri anda, pastikan anda mengikut kaedah di bawah ini.
- Jangan stres atau tidak menyalahkan diri sendiri
- Pergi ke tempat yang selamat dan beritahu kepada orang yang boleh dipercayai
- Buat laporan polis dengan segera
- Buat pemeriksaan perubatan dengan segera
- Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan
- Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum jumpa doktor atau laporan polis.
- Jangan mandi terlebih dahulu sebelum buat pemeriksaan doktor
- Jangan tukar pakaian
- Jangan gosok gigi
- Jangan makan atau minum
- Jangan pergi buat laporan seorang diri bawa teman yang boleh dipercayai bersama.
Peranan forensik dalam mengendalikan kes liwat
Berikut ini adalah peranan forensik semasa mengendalikan kes seperti merogol, meliwat dan sebagainya.
#1. Memastikan spesimen yang betul diambil dan dikumpulkan dengan teknik yang betul bagi menganalisis forensik.
#2. Sentiasa memastikan semua bukti yang berpotensi telah diambil.
#3. Perlu memastikan sampel yang diambil telah dsimpan dengan kaedah yang betul supaya tiada pencemaran sampel terjadi.
#4. Memastikan sampel dipelihara supaya selamat sampai ke makmal dalam keadaan yang baik.
#5. Menyediakan maklumat tepat yang diperlukan oleh makmal berkaitan bagi tujuan penafsiran keputusan yang diperoleh.
#6. Menyediakan laporan pemeriksaan Klinikal Forensik bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Pun begitu, sebelum memulakan sebarang pemeriksaan Klinikal Forensik, doktor akan menjelaskan kepada mangsa secara terperinci tentang proses pemeriksaan supaya mangsa lebih faham.
Sebab itu, persetujuan mangsa adalah penting dan diberikan secara bebas, sukarela dan tanpa paksaan selagi mangsa di bawah umur 18 tahun dan mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan.
Malah, mangsa berhak ditemani dengan seorang waris atau individu yang boleh dipercayai atau peguam semasa pemeriksaan dilakukan.
Justeru, kami berharap kes liwat ini dapat diselesaikan cara baik dan jika didapati bapa mangsa bersalah dia memang patut dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : The Sun
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commangsa-rogol-akui-alami-trauma-dahsyat-sepanjang-hidup