Tangguh Bagi Bayi Baru Lahir Mandi Didapati Beri Impak Pada Penyusuan Ibu! - Kajian
Tahukah anda tangguh memandikan bayi baru lahir boleh menjayakan penyusuan anak? Kajian yang dilakukan ini telah membuktikan perkara tersebut!
Penangguhan memandikan bayi baru lahir – satu amalan yang sudah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini, sebenarnya memang boleh memberi faedah ketara untuk bayi, terutamanya apabila menyusukan bayi.
Kajian baru-baru ini mendapati hubungan langsung antara penangguhan mandian pertama bayi, dan peningkatan kadar penyusuan susu ibu.
Penangguhan Memandikan Bayi Baru Lahir Boleh Membantu Penyusuan Ibu
Pasukan penyelidik telah melakukan kajian ke atas hampir 1,000 ibu dari Cleveland Clinic Hillcrest Hospital untuk melihat bagaimana mandi mempengaruhi kadar penyusuan bayi.
448 orang bayi telah dimandikan tidak lama selepas lahir, dan 548 bayi telah ditangguhkan pemandian selama 12 jam.
Berikut adalah apa yang mereka dapati: kadar penyusuan susu meningkat daripada 59.9% kepada 68.2% di kalangan bayi yang mandi mereka tertunda.
Jadi, apakah kaitan antara menangguhkan waktu mandi dan peningkatan kadar penyusuan? Para penyelidik berpendapat ia mungkin mempunyai kaitan dengan cecair amniotik yang kekal pada bayi jika si kecil itu tidak mandi.
Kajian dari tahun 2013 mendapati asid lemak dalam cecair amniotik boleh bertindak sebagai “isyarat deria” yang membantu membimbing bayi ke payudara.
Bagaimana Penangguhan Memandikan Bayi Baru Lahir Mempengaruhi Kejayaan Penyusuan Ibu?
#1 Skin-to-skin
Anda perlu tahu penting dan banyak manfaatnya “hubungan kulit ke kulit” untuk bayi dan ibu sebaik sahaja dilahirkan.
“Sentuhan manusia adalah penting kepada ibu bapa dan bayi,” jelas DiCioccio. “Anda perlu mempunyai sentuhan tersebut melalui kaedah skin to skin. Saya berpendapat dengan tidak memandikan bayi dalam satu jangka masa, ia menggalakkan hubungan kulit ke kulit dan dengan penyusuan, sentuhan makin kerap berlaku. Perkara ini mempunyai beberapa manfaat jangka panjang.”
#2 Bau
Kesamaan dalam bau antara cecair amniotik dan payudara boleh menggalakkan bayi membuat lekapan kepada puting susu dengan lebih baik.
#3 Suhu badan
Bayi yang tidak dimandikan tidak akan kesejukkan. Menurut pakar penyusuan bayi, Heather DiCioccion DNP, RNC-MNN, bayi yang kesejukkan boleh menjadi terlalu untuk melakukan penyusuan.
Manfaat Berlengan Memandikan Bayi Lahir Juga Berlaku Setelah Keluar Hospital
Penyusuan eksklusif memberikan manfaat kepada bayi yang melangkaui jam pertama atau hari-hari terawalnya. Penyelidikan menunjukkan ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan ibu dan anak selama bertahun-tahun yang akan datang.
DiCioccio berkata, beliau harap penyelidikan ini akan menggalakkan penyelidikan tambahan dalam dalam pembelajaran kejururawatan dan menyumbang kepada garis panduan memandikan bayi yang baru lahir.
Hasil lengkap kajian boleh didapati di Journal for Obstetrics, Gynecologic, dan Nursing Neonatal.
Oleh itu, jika anda sedang menunggu kelahiran bayi, pertimbangkan untuk memberitahu bidan atau jururawat anda yang anda melakukan skin to skin dan tangguh bayi dimandikan.
Menangguhkan mandi yang baru lahir adalah baik untuk bayi dan untuk ibu – dan jika menyusu secara eksklusif adalah matlamat anda, menunda mandi itu dapat memberi impak yang sangat hebat!
Semoga bermanfaat!
Adakah anda memandikan bayi semasa berpantang?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Scarymommy
Baca juga: