“Mama, nak handphone!” – Memantau penggunaan alat elektronik anak-anak dengan bijak

Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan peralatan elektronik di kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah zaman kanak-kanak anda kelihatan seperti ini?

Para ibubapa sekalian – cuba fikirkan sejenak tentang zaman kanak-kanak anda. Apakah yang anda lakukan pada masa lapang, selepas pulang dari sekolah atau pada hujung minggu dan ketika bercuti?

Tentu ramai yang selalu mengambil peluang untuk bermain di luar bersama jiran dan rakan. Kemudian, anda akan bercerita tentang bagaimana seronoknya hari anda pada hari itu.

Anda juga tentu suka mendengar kisah-kisah teladan yang diceritakan oleh datuk dan nenek kan? Setidak-tidaknya, pasti ada yang tidak pernah lekang dengan buku cerita kegemaran anda dan membacanya pada waktu lapang berulang-ulang kali tanpa merasa jemu!

Hari ini, anak-anak kita meluangkan masa mereka dengan sangat berbeza.

Mereka adalah anak-anak yang dilahirkan ke dalam dunia yang penuh berteknologi. Maka, oleh sebab itu, gajet dan alat elektronik seperti telefon pintar dan tablet menjadi sebahagian besar dalam hidup mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila melihat anak-anak sekecil 2 atau 3 tahun kini sudahpun bijak menggunakan alat elektronik untuk mencari lagu kegemaran ataupun menonton rancangan kesukaan mereka. Kanak-kanak yang lebih besar pula apatah lagi – mereka sangat cekap mengendalikan gajet, tak ubah seperti gaya pro.

Walaupun kita membenarkan anak-anak menggunakan peralatan elektronik ini, kita juga sedar bahawa terdapatnya kesan yang tidak begitu diingini akibat penggunaan yang tidak terkawal seperti ketagihan, masalah kesihatan yang melibatkan penglihatan, serta hubungkaitnya dengan obesiti.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak kecil zaman sekarang umpama mempunyai pengetahuan semulajadi dalam mengendalikan peralatan elektronik!

Pencerobohan privasi dan pendedahan kepada perkara-perkara yang tidak sewajarnya pastinya menjadi isu yang amat membimbangkan di kalangan ibubapa.

Namun, dalam masa yang sama, sebagai ibubapa, kita tidak mampu membendung penggunaan pelbagai jenis alat elektronik di dalam dunia yang kian canggih dan berteknologi ini.

Ketahuilah bahawa, jika anda berasa teruk dan sering menyalahkan diri sendiri kerana mempunyai anak yang tidak mahu berenggang dengan telefon pintar atau tablet – anda bukanlah keseorangan (dan ia juga tidak ada kena-mengena dengan kemahiran keibubapaan anda!).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anda akan berasa sedikit lega setelah mengetahui bahawa anda sebenarnya adalah salah seorang daripada 98% ibubapa yang membenarkan anak mereka menggunakan alat elektronik! Dan kesemua ibubapa ini mempunyai kebimbangan yang sama seperti anda.

Fakta ini diperolehi daripada sebuah kajian terkini yang dikendalikan oleh TheAsianParent Insights dan  Samsung Kidstime™, yang memfokuskan terhadap cara pengendalian alat elektronik oleh anak-anak di Asia Tenggara dan bagaimana ibubapa memainkan peranan dalam mengawal penggunaannya.

Kajian bertajuk “Mobile Device Usage Among Young Kids: A Southeast Asia Study” telah dijalankan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina, dan ianya disertai oleh seramai lebih 2,500 orang ibubapa yang mempunyai anak berusia antara 3 hingga 8 tahun.

Sebahagian besar daripada kanak-kanak di Asia Tenggara menggunakan alat elektronik setiap hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah yang diperolehi daripada kajian tersebut?

Kajian ini telah dijalankan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina, dan ianya disertai oleh seramai lebih 2,500 orang ibubapa yang mempunyai anak berusia antara 3 hingga 8 tahun.

Berikut adalah antara hasil kajian yang paling menarik:

  • 98% daripada ibubapa di Asia Tenggara membenarkan anak-anak mereka menggunakan peralatan elektronik, dan Singapura mencatatkan jumlah kanak-kanak tertinggi yang menggunakan peralatan elektronik milik ibubapa mereka.
  • Kebanyakan ibubapa membenarkan anak-anak mereka menggunakan peralatan elektronik untuk tujuan pendidikan. Selain itu, mereka juga diberikan alatan elektronik sebagai sumber hiburan, pendedahan kepada teknologi di peringkat awal, serta untuk mententeram atau menenangkan mereka.

Para ibu yang mengambil bahagian dalam kajian ini berkongsi tingkahlaku anak-anak mereka dalam mengendalikan alat elektronik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sungguhpun ibubapa mahukan anak-anak mereka untuk menggunakan alat elektronik bagi tujuan pendidikan, kebanyakan anak-anak ini menggunakannya untuk hiburan (Terkejut?) Mereka juga menggunakannya selama lebih daripada 1 jam bagi setiap kali penggunaan.
  • Ibubapa amat khuatir terhadap penggunaan alat elektronik yang boleh memberi pendedahan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya, selain masalah ketagihan dan kesihatan.

Ibubapa menyuarakan kerisauan dan kebimbangan terhadap penggunaan alat elektronik.

  • Disebabkan oleh itu, ibubapa mahukan sejenis mekanisme kawalan dalam peralatan elektronik yang membolehkan mereka memantau aktiviti anak-anak mereka.
  •  Antara mekanisme kawalan yang diinginkan oleh ibubapa termasuklah kebolehupayaan untuk mengehadkan masa penggunaan, menghalang pembelian dalam aplikasi (in-app purchase), serta kebolehupayaan untuk meninjau perkembangan mereka.

Apakah ciri-ciri pemantauan yang diinginkan oleh ibubapa dalam alat elektronik mereka?

Apa yang dapat dilihat dengan jelas melalui kajian ini ialah, para ibubapa sememangnya sedar akan kelebihan serta risiko yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Namun, kerisauan ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya peralatan elektronik yang digunakan oleh anak-anak mereka dapat dipantau dengan berkesan dan hanya dimanfaatkan bagi tujuan pembelajaran.

Ini bukanlah bermaksud bahawa anak-anak mereka akan hanya belajar Matematik dan Sains melalui peralatan tersebut.  Sekalipun ianya digunakan untuk hiburan, perkara yang ditonton haruslah mempunyai mesej yang berguna serta mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dicontohi.

Apakah sebenarnya yang dimuat turun oleh anak anda dalam alat elektronik mereka?

Jadi, bagaimanakah anda memastikan penggunaan gajet dapat dimanfaatkan oleh anda dan anak-anak?

Ikuti artikel kami yang seterusnya untuk mengetahui lebih banyak tips!