TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bagaimana mewujudkan suasana yang selamat dan bermakna buat anda dan anak-anak semasa menggunakan alat elektronik

4 min bacaan
Bagaimana mewujudkan suasana yang selamat dan bermakna buat anda dan anak-anak semasa menggunakan alat elektronik

Kami juga akan memaparkan tips-tips untuk menjadikan penggunaan alat elektronik sebagai satu pengalaman yang lebih bermakna buat anak anda

alat elektronik

Luangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga dan tidak terlalu bergantung kepada gajet elektronik untuk menghiburkan anak anda

Baru-baru ini, sebuah kajian tentang penggunaan alat elektronik di kalangan kanak-kanak telah dijalankan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina, di mana ia telah disertai seramai lebih 2,500 ibubapa yang mempunyai anak berusia antara 3 hingga 8 tahun. Melalui kajian tersebut, kebanyakan ibubapa di Asia Tenggara menyuarakan kekhuatiran mereka terhadap cara penggunaan alat elektronik serta beberapa langkah yang mereka usahakan untuk mengawalnya.

Sara Pinel, Pengarah Pemasaran dan Operasi sebuah syarikat informasi, komunikasi, dan teknologi di Singapura, Tekkie Help, mempunyai beberapa tips berguna mengenai penggunaan gajet dan alat elektronik di kalangan kanak-kanak untuk dikongsikan bersama.

Pilih aplikasi yang berkualiti

Isunya di sini bukanlah sekadar mengehadkan penggunaan telefon pintar atau tablet kepada anak anda; kerana apa yang lebih penting ialah mencari aplikasi yang elok dan berkualiti. Pilihlah aplikasi yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan anak anda, dan pada masa yang sama bantulah mereka untuk meneroka dan belajar benda yang baru.

Luangkan masa untuk mengkaji dan mencuba aplikasi yang tersedia di pasaran. Pelbagaikan aktiviti melalui aplikasi: cerita, teka-teki bergambar, muzik, fonik, matematik, lakon peranan, seni lukis, dan sebagainya.

Turut serta

Cuba luangkan sedikit masa untuk menggunakan gajet bersama anak anda. Perhatikan cara anak anda bermain permainan atau melayari laman web.

Tanyakan mereka soalan-soalan untuk menerapkan unsur pembelajaran dan menggalakkan pemikiran kritis. Apabila mereka mula berasa bosan kerana permainan menjadi terlalu mudah, bantulah mereka untuk meningkatkan tahap kesukaran sekiranya perlu.

Jadi contoh terbaik

Sikap anda terhadap teknologi maklumat ini sebenarnya amat mempengaruhi hubungan antara anda dan anak anda. Seringkali, ibubapa juga boleh menjadi terlalu taksub dengan gajet sehingga ia menjadi penghalang komunikasi antara anda dan anak anda.

Cuba fikirkan bagaimana imej yang anda perlihatkan apabila anda menjawab telefon ketika anda sedang bermain game atau apabila anda sedang melayari internet semasa berada di dalam bas bersama anak anda.

Selain daripada nasihat yang dikemukakan oleh Sarah dalam halaman sebelumnya, berikut merupakan senarai tips-tips berguna untuk menjadikan penggunaan gajet anak anda sebagai sebuah pengalaman yang lebih bermakna.

  • Hadkan penggunaan gajet selama 30 minit hingga 1 jam setiap hari.
  • Seimbangkan penggunaan gajet dengan aktiviti menyihatkan seperti bermain di luar, bersiar-siar di taman, atau membaca buku cerita.
  • Jangan jadikan gajet-gajet ini sebagai ‘penjaga’ mereka. Sebagai ibubapa, kadangkala anda melalui hari yang amat sibuk dan tentunya anda memerlukan sedikit masa untuk diri sendiri dan pasangan. Dalam kes ini, anda tidak perlulah rasa bersalah sekiranya terpaksa memberikan anak anda bermain dengan telefon pintar atau tablet anda.
  • Ajarkan kepada anak anda tentang keselamatan di alam maya sejak kecil, terutamanya tentang perkongsian maklumat, berbelanja secara atas talian, dan unsur-unsur yang mencurigakan.
Alat elektronik

Ajarkan anak anda tentang ciri-ciri keselamatan semasa berada atas talian

Galakkan perbincangan tentang subjek ini – yakinkan mereka untuk bertanya tentang apa sahaja yang bermain di fikiran mereka.

  • Dengan anak-anak yang lebih besar, tetapkan peraturan yang lebih tegas dalam penggunaan alat elektronik, seperti kandungan yang dibenarkan, masa penggunaan, dan sebagainya.
  • Ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi bersesuaian dengan umur yang selamat digunakan di pasaran yang turut menawarkan ciri kawalan keselamatan bagi ibubapa.
alat elektronik

Fahamilah penggunaan gajet dan teknologi dengan baik supaya ia dapat dimanfaatkan oleh seiisi keluarga

Sebagai ibubapa, kita perlu menerima hakikat bahawa teknologi akan sentiasa berada dekat dengan kita. Malahan, ianya akan bertambah canggih dan memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan anak-anak setelah mereka dewasa kelak.

Oleh itu, cara yang terbaik ialah dengan mengetahui perkembangan terkini, memperbanyakkan pengetahuan, serta cuba membiasakan diri anda dengan teknologi  yang berkaitan dengan gajet seperti aplikasi yang berkaitan, media sosial, tatacara internet, dan sebagainya.

Sebagai ibubapa, ini akan membolehkan anda membuat pilihan yang lebih bernas dalam memutuskan sejauh mana pendedahan mereka terhadap teknologi dan alat elektronik.

Teknologi melalui gajet dan peranti elektronik lain sebenarnya mampu menjadi peralatan yang amat berguna dalam menyampaikan maklumat kepada anda dan anak anda. Ia juga berupaya menerapkan unsur-unsur pendidikan, sekiranya digunakan dengan bijak.

Adakah anda membenarkan anak anda menggunakan alat elektronik? Apakah kerisauan anda yang paling utama dalam penggunaan alatan tersebut?

Rujukan:

https://mashable.com

 

 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nazurah Hassan

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bagaimana mewujudkan suasana yang selamat dan bermakna buat anda dan anak-anak semasa menggunakan alat elektronik
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham