Membaca Buku Bersama Bayi Memberi Impak Hebat Pada Perkembangan Otak Mereka!

Ingat bercakap dengan bayi saja penting untuk perkembangan mereka, namun bacaan buku bersama juga dapat membuka pintu pembelajaran kognitif yang lebih cepat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pernah dengar tak pakar mengatakan habit membaca buku kepada bayi akan menyokong tumbesaran dan perkembangan anak, malah ia juga membantu kemahiran bahasa si kecil?

Satu kajian terbaharu kini ada mengaitkan pembacaan buku kepada kanak-kanak dan perkembangan otak mereka, dan keputusan kajian tersebut amat mengagumkan!

Membaca Buku Kepada Bayi dan Perkembangan Otak

Sebuah kajian membuktikan yang membaca buku kepada bayi sejak lahir boleh memberi kesan kepada tindak balas otak. Ini bermaksud sekiranya anda membacakan buku kepada bayi yang berusia 6 bulan, dia boleh membezakan wajah dan spesis dengan lebih baik.

Kajian juga menunjukkan yang bukan sahaja apa ditunjukkan di halaman buku, malah pengalaman pembacaan tersebut akan membantu bayi membezakan respon tersebut.

Tetapi adakah ini bermakna anda boleh menggunakan sembarangan buku sahaja? Adakah buku untuk bayi berbeza dengan buku untuk anak yang lebih besar?

Makmal Kognisi dan Kemajuan Brain University of Florida (BCDL) telah berusaha mencari jawapan untuk pertanyaan ini.

Untuk mengkaji lebih lanjut hubungan antara membaca kepada bayi dan pembangunan otak, penyelidik di BCDL juga melihat sekiranya pembacaan untuk bayi dilakukan dengan suara yang lantang, dan pembacaan bersama-sama.

Membaca Kepada Bayi Memberi Manfaat Kepada Si Manja Anda!

Sumber: Drbeurkens.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menariknya, makmal tersebut mendapati pembacaan bersama-sama mempunyai banyak manfaat kepada bayi. Ini antaranya:

1. Kemahiran Bahasa Lebih Cepat dan Pembangunan Kognitif Lebih Baik

Kajian mendapati pembacaan kepada bayi dengan suara kuat dapat membantu dalam perkembangan bahasa dan kognitif. Ia juga meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak serta kemahiran membaca selain memberi manfaat kepada pembangunan konseptual.

2. Hubungan Ibu Bapa dan Anak Yang Lebih Baik

Penyelidikan BCDL memetik satu lagi kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajian mereka yang menyatakan membaca untuk bayi dengan kuat membantu meningkatkan hubungan ibu bapa dan anak.

Ia menggalakkan komunikasi dua hala dan memberikan ibu bapa peluang bersama dengan anak-anak mereka.

3. Meningkatkan Kebolehan Membaca dan Menulis

Menurut rujukan dari Sekolah Perubatan New York University (NYU), membaca kepada bayi membuktikan kualiti dan kuantiti pembacaan buku bersama sangat memberi manfaat kepada peningkatan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Ia juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulisnya kelak. Jadi kesimpulannya, lebih banyak buku yang anda baca pada bayi anda pada awal umurnya, semakin baik kemahiran bahasanya di masa hadapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kajian membuktikan membaca kepada bayi dengan kuat sebenarnya boleh memberi manfaat kepada kemahiran kognitif dan bahasa, persoalannya sekarang ialah: buku mana yang patut anda baca?

Membaca Untuk Perkembangan Otak Bayi: Buku Pilihan

Semasa kajian dijalankan, penyelidik BCDL mendapati jenis buku yang anda baca untuk bayi anda adalah sama penting dengan bilangan buku yang dibaca kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jika anda menunjukkan buku yang mempaparkan wajah dan objek kepada bayi, mereka akan menunjukkan respons otak khusus pada masa akan datang. Tetapi jika anda menunjukkan buku tanpa label atau buku generik dengan hanya imej dan satu perkataan, ia mungkin tidak memberi impak yang sama.
  • Bayi yang dibacakan buku dengan label individu (di mana setiap imej diterangkan dengan perkataan), mampu membezakan individu. Sebagai contoh seekor anjing, buku itu menerangkan: “Ini adalah Harry. Dia boleh menggoyangkan ekornya dan berlari pantas. “
  • Kajian BCLD juga mendapati bayi yang lebih muda dapat belajar lebih banyak tentang persekitaran mereka melalui buku-buku berlabel. Ia juga membantu pembangunan keseluruhan mereka pada tahun pertama.

Membaca Untuk Perkembangan Otak Bayi: Apa yang Ibu Bapa Harus Ingat?

Menurut kajian, setiap buku yang disediakan untuk kanak-kanak adalah tidak sama dan boleh memberikan impak yang berlainan.

Berikut merupakan beberapa rujukan untuk anda:

  • Buku yang anda bacakan kepada bayi 6 bulan anda tidak sama dengan buku kepada anak yang berusia 2 tahun.
  • Semasa membaca untuk bayi, anda harus memilih buku yang melabelkan watak-watak dan memberi mereka nama individu berbanding dengan istilah generik seperti “kucing” atau “anjing.”
  • Pastikan anda membeli buku yang anak anda suka lihat, sentuh dan dengar.
  • Jika anda membeli buku yang tidak mempunyai label individu, reka sendiri penceritaan. Berikan nama watak yang menarik.

Ingat! Bercakap dengan bayi adalah penting untuk perkembangan mereka, namun bacaan buku bersama dapat membuka pintu untuk pembelajaran kognitif yang lebih cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buku apa yang sesuai untuk bayi 6 bulan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Deepshikha Punj dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga

10 Buku Untuk Anak Yang Bagus Untuk Perkembangannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman