Pernahkah terlintas di fikiran, bahawa bakteria boleh berkumpul pada barang mainan kanak-kanak? Tahukah anda cara untuk membersihkan mainan mereka?
Bagaimana dengan rambut kusut pada anak patung Barbie anak kesayangan? Ataupun barang mainan jenis kayu? Perlukah ibu membeli disinfect yang harga mahal?
Jangan bimbang, di sini ada beberapa tips selamat yang boleh digunakan, untuk memastikan mainan anak anda bersih dan bebas dari kuman.
8 Cara Untuk Bersih Barang Mainan Dengan Mudah Tanpa Keluarkan Duit Banyak!
#1 Letakkan LEGO mereka ke dalam netting pakaian beg dan basuhkan dalam mesin basuh setiap bulan
Bersihkan LEGO selepas playdates juga, terutamanya jika kanak-kanak tersebut suka meletakkan barangan mainan kanak-kanak ke dalam mulut. Jangan lupa kebanyakan kuman boleh merebak melalui air liur.
#2 Rendamkan rambut kusut patung Barbie dalam larutan pelembut kain dan air panas
Jika anak anda mempunyai beberapa anak patung Barbie, gunakan periuk atau kong mandi dengan larutan 1/4 cawan pelembut pakaian dan air panas. Rendam untuk 10 minit.
Apabila merendamkan satu patung Barbie sahaja, gunakan cawan dengan larutan satu atau dua sudu besar pelembut pakaian dan air panas.
Saya lebih suka gunakan perapi rambut untuk menghilangkan kusut pada rambut anak patung Barbie kepunyaan kedua-dua anak perempuan saya. Gunakan dan basuh seperti biasa.
#3 Basuhkan soft toy satu demi satu, yang dimasukan dalam netting pakaian dalam mesin basuh
Anda tidak digalakan campur soft toy anak dalam mesin basuh, untuk mengelak dari warnanya luntur dari permainan tersebut dan mengotorkan permainan lain.
#4 Rendam barang mainan plastik dalam hidrogen peroksida
Hidrogen peroksida digunakan sebagai pengoksida, agen pelunturan dan pembasmi kuman.
Letakkan mainan ke dalam mangkuk yang besar atau baldi, dan tuangkan hidrogen peroksida hingga menutupi mainan. Ia akan bergelembung seketika.
Apabila ia berhenti, keluarkan mainan itu dan biarkan ia kering.
#5 Bersih dan hilangkan bau busuk pada mainan bayi dengan menggunakan natrium bikarbonat atau lebih dikenali sebagai baking soda
Larutkan 4 sudu besar baking soda dalam 1 liter air suam. Basuh mainan dengan, span lembap yang bersih atau kain. Kemudian, bilas dan kering.
#6 Rendamkan barang mainan mandi dalam larutan cuka
Adakah mainan mandi anak penuh dengan kulat hitam disebabkan air yang terperangkap didalamnya? Gabungkan satu bahagian cuka putih dengan dua bahagian air suam.
Rendamkan mainan selama 10-15 minit. Anda mungkin perlu menggunakan sesuatu untuk menahan mainan itu dari terapung ke atas.
Mainan itu perlu rendam sepenuhnya dalam larutan cuka suam. Asid dalam cuka itu akan menanggalkan kebanyakan kulat hitam itu. Sabun tidak diperlukan, cuma bilas dengan air selepas mainan itu direndam.
Anda juga boleh sumbatkan lubang pada mainan itu dengan menggunakan glue gun.
#7 Menghilangkan kesan pen penanda kekal pada barang mainan kanak-kanak dengan ubat gigi biasa
#8 Gunakan campuran cuka dengan air untuk membasmi kuman pada barang mainan kayu
Campurkan satu bahagian cuka dan satu bahagian air dalam botol semburan, kemudian semburan pada kain lembut. Lap mainan kayu dengan kain dan biarkan kering.
Diharapkan tips-tips ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan bagaimana untuk membersihkan mainan si manja!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Anak Asyik Minta Mainan? Patut Beri Atau Tidak? Parents Wajib Tahu
Baca juga: Hati-Hati Sebelum Nak Beli Permainan Untuk Anak, Perhatikan 6 Perkara Ini Dahulu