Membesarkan Anak Bukan Mudah, Lagi-Lagi Yang Berusia 2 Tahun Bukan Main Panjang Akalnya!

Membesarkan anak bukan perkara mudah, malah apabila dia mencecah saja usia dua tahun, boleh tunggang terbalik rumah dibuatnya. Ini sebabnya kenapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ibu bapa yang sedang membesarkan anak yang berusia dua tahun ke atas tentunya mengalami keadaan ini. Anak tak boleh duduk diam, ada saja yang nak dibuatnya. Memanjat, berlari ke sana sini, memunggah alat mainan, memunggah almari baju dan macam-macam lagi lah. 

Sabar ibu ayah semua, ada sebab mengapa fasa ini dipanggil ‘terrible twos’. Waktu inilah otak anak-anak sedang berkembang pesat. Mereka akan buat apa yang mereka lihat, meniru percakapan, berkeksperimentasi dan banyak lagi. 

Memang nak membesarkan anak bukan perkara mudah sama sekali. Lagi-lagi pada usia ini, anda perlu lebih berhati-hati. Anak sudah pandai untuk explore dunia, jadi tidak hairanlah mereka suka berlari, memanjat dan memunggah barang-barang. 

Ini kerana mereka ingin pelajari lebih lagi dari apa yang mereka tahu. Ini belum lagi fasa di mana mereka ingin tahu sesuatu dengan bertanya. Lagilah ibu ayah kena banyak menimba ilmu nak menjawab soalan-soalan si kecil. 

Menurut perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect di Facebook, kanak-kanak pada usia ini sedang mengalami perkembangan yang pesat, jadi mereka terlalu teruja untuk menerokai sekeliling mereka. 

Bagaimana membesarkan anak 2 tahun yang panjang akal?

Menurut Puan Noor Afidah lagi, dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.

Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa.

Baca juga: Cara Kendali Tantrum Anak 2 Tahun 

Tak boleh duduk diam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat.

Ini normal.

Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol.

Ini juga normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini.

Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.

Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.

Seperti saintis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’.  Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri.

Ini juga normal.

Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang.

Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.

Pot pet pot pet

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi.

Ini juga normal.

Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak.

Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat.  TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi.

Ini adalah sesuatu yang normal.

Apa yang tidak normal ialah ibubapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’. 

Tetapkan jangkaan yang realistik.

Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak. 

Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.

Sekiranya ibu ayah membantu proses perkembangan anak-anak pada usia ini, inshaAllah anak akan lebih memahami dan mampu mengawal emosi mereka biarpun pada usia yang kecil ini. 

Sentiasa bersabar dan pastikan anda memberi mereka pilihan untuk membuat keputusan walaupun hanya benda remeh.  Ingat, tiada siapa cakap membesarkan anak adalah perkara mudah. Selamat mencuba!

Sumber: Parent Connect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia