Ingin Anak Membesar Lebih Beradab dan Pandai Hormat Ibu Bapa & Orang Tua? Guna Cara PASTI Berkesan Ini!

Berikut adalah 7 cara mudah untuk memupuk rasa hormat dan adab baik dalam kanak-kanak. Inilah masanya ibu ayah ajar anak beradab ya!

Raya tempoh hari, kecoh apabila netizen mengatakan kebanyakan kanak-kanak zaman kini tidak tahu bersopan, hormati ibu bapa dan beradab.

Perlakuan ini mestilah dididik ibu ayah sejak awal lagi, supaya si kecil itu boleh ikut sejak mereka mula membesar. Namun, apa cara ajar anak beradab yang betul dan bila cara terbaik untuk ajar anak-anak hormati ibu bapa dan orang lain.

Sebenarnya, ia bermula daripada diri kita sendiri. Kita mungkin tidak sedar atau sengaja enggan akui hakikat ini, anak-anak sering meniru tingkah laku kita. Jika kita tidak tunjuk cara hormati ibu bapa sendiri, anak-anak juga pasti akan kelakuan sama.

Sama juga jika kita sering menjerit kepada orang lain kerana gagal kawal kemarahan, anak-anak akan turuti perangai ini. Jadi ibu dan ayah, jika anda ingin anak-anak hormati anda ataupun orang lain, anda perlu mula dengan diri sendiri.

5 Cara Ajar Anak Hormati Ibu Bapa dan Orang Lebih Berusia

1# Galakkan anak bersalam dengan orang yang lebih tua daripada mereka

Setiap kali anda membawa anak anda keluar, galakkan mereka untuk bersalam dengan orang yang lebih tua daripada mereka sebagai "Pak Cik" atau "Mak Cik".

Juga, mengajar mereka bagaimana untuk bercakap dengan generasi yang lebih tua dan ini dapat menanamkan rasa hormat dan adab baik dalam mereka.

2# Galakkan anak anda hormati ibu bapa dan orang tua dengan membantu orang yang lebih berusia

Ajarlah mereka bahawa mereka perlu membantu datuk nenek mereka dan sebagai ibu bapa, anda perlu menetapkan contoh.

Biarkan mereka mengambil hidangan untuk datuk dan nenek mereka, hidangkan air kepada datuk dan nenek mereka, atau membawa mereka akhbar atau menghidupkan/mematikan kipas atau penghawa dingin untuk mereka.

Ini adalah perkara-perkara kecil yang mereka boleh lakukan untuk membantu orang yang lebih tua.

3# Galakkan mereka untuk menjadi sopan

Ajar mereka untuk menggunakan perkataan-perkataan seperti "terima kasih" apabila menerima apa-apa. Anda boleh membenarkan mereka untuk memesan makanan dan bayar untuk makanan mereka sebagai praktis.

4# Membetulkan mereka dengan sopan

Jangan membetulkan mereka dengan memalukan mereka di khalayak ramai jika mereka terlupa untuk bersalam dengan seseorang, sebaliknya, anda boleh mengingatkan mereka dengan berkata, "Anak, sudahkah anda bersalam dengan Aunty Mary?"

Dan bukannya "Mengapa kamu begitu kurang ajar? Siapa yang mengajar anda untuk menjadi begitu kurang ajar?" Adab sosial haruslah di ajar dengan lembut, bukanlah dengan paksaan atau leteran.

5# Jadi contoh yang baik agar anak hormati ibu bapa dan orang tua

Sekali lagi kami tekankan, anak anda akan meniru semua yang anda katakan atau lakukan. Jika anda mahu anak anda untuk menghormati dan mempunyai akhlak yang baik, pastikan anda mengamalkan nasihat anda sendiri. Jadilah contoh yang baik dan anak anda secara automatik akan belajar daripada anda.

Anda tidak perlu mengajar, tetapi , sebaliknya, bertindak sebagai panduan mereka. Tunjukkan kepada mereka bagaimana anda melayan ibu bapa anda dan mereka akan melayan anda dengan cara yang sama.

Tunjukkan kepada mereka bagaimana anda melayan juruwang dengan maruah dan hormat, dan mereka akan melakukan perkara yang sama.

Tapi ingat, mengajar anak untuk menjadi lebih sopan dan hormati ibu bapa tidak akan berlaku sekelip mata sahaja. Ia memerlukan dedikasi dan ajaran tetap, barulah anak-anak akan ikut!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Parenting Anak Supaya Patut Arahan & Mudah Mendengar Kata, Ibu Ayah Mesti Buat Seperti Ini

Baca juga:  5 perkara penting ibu bapa patut ajar sebelum anak berusia 5 tahun

Baca juga:  Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

Penulis

Michelle Goh