5 perkara penting ibu bapa patut ajar sebelum anak berusia 5 tahun

Mendidik anak 5 perkara ini sebelum mereka berusia 5 tahun amat penting bagi membentuk siapa diri mereka kelak. Jadi, ibu bapa jangan leka, ya!
Mendidik anak dengan perkara betul sebelum usia 5 tahun
Tahun-tahun awal usia kanak-kanak amat penting buat mereka. Ini kerana apa yang diterapkan dalam diri mereka akan membentuk siapa mereka pada masa akan datang. Disebabkan itulah, peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak.
Kareen Lieza Datoy dari Morning Ledger telah menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak 5 perkara penting sebelum mereka berusia 5 tahun. Jom semak apakah ia:
#1 Kejujuran
Anda perlu mendidik anak untuk tahu tentang kejujuran
Bukan mudah untuk membuatkan seorang kanak-kanak faham apa itu jujur. Jadi, cara yang terbaik adalah dengan menunjukkan contoh. Sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan, elakkan menipu pada mereka atau di hadapan mereka, kerana mereka akan mencontohi perbuatan anda.
Amat penting untuk tidak memanggil anak anda penipu. Sebaliknya, jika mereka tidak jujur, terangkan mengapa perbuatan tersebut salah. Kemudian ajar mereka cara berkomunikasi dengan betul.
#2 Tanggungjawab
Ibu bapa perlu mendidik anak tentang erti tanggungjawab. Sama ada bertanggungjawab menjaga barangan milik mereka atau tanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Jangan menghukum tapi ajar mereka yang setiap perbuatan mempunyai akibat.
Jika mereka menyakiti orang lain, ajar mereka untuk meminta maaf. Jangan marah mereka hingga membuatkan mereka rasa nak mengamuk.
Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap barang milik mereka, ajar mereka untuk menjaga barang mereka kerana itu adalah tanggungjawab mereka.
#3 Hormat
Hormat pada mereka yang lebih dewasa
Tiada apa yang lebih teruk dari berdepan dengan orang yang tiada rasa hormat. Jadi, tentulah kita mahu anak kita ada rasa hormat terhadap orang lain. Ajar mereka untuk berterima kasih, menggunakan perkataan tolong dan menyalam orang yang lebih dewasa.
Ini semua kelihatn kecil, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar. Mereka akan jadi 'terbiasa' menghormati orang.
#4 Bersyukur
Antara cara untuk mengajar erti syukur adalah mereka harus berbuat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Mereka akan lebih menghargai sesuatu yang susah untuk diperolehi.
Dan ajarkan mereka untuk mengemas rumah, agar mereka tahu bagaimana penatnya mengemas rumah, lalu mereka akan belajar untuk lebih menghargai usaha anda mengemas rumah.
#5 Kasih sayang
Ibu bapa harus mendidik anak untuk mengasihi adik beradik dan ahli keluarga
Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan rasa sayang selain dari mengucapkan perkataan 'I love you' kepada mereka. Tapi, ia bukan bermakna mengucapkan 'I love you' itu tidak penting.
Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh mendidik anak untuk berbuat baik dengan ahli keluarga juga adalah tanda menunjukan rasa sayang.
Anak-anak adalah cermin ibu bapa. Apa yang ditunjukkan ibu bapa, itu yang mereka akan ikut. Jadi, tunjukkan contoh yang baik, kualiti yang anda inginkan pada anak anda.
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!
Menurut Pakar Dari Harvard, Parent Yang Besarkan Anak Terbaik Amalkan 5 Tips Parenting Anak Ini!
Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!
Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z