Wawa Zainal Galak Aeril Bina Masjid 'Kedua', 7 Amalan Kekal Selepas Kematian

Selebriti popular Wawa Zainal memberikan idea kepada suaminya Aeril Zafrel agar membina masjid sebagai saham akhirat mereka berdua dan peminat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Berpegang kepada Sabda Rasullah SAW itu, selebriti popular Wawa Zainal memberikan idea kepada suaminya Aeril Zafrel agar membina masjid sebagai saham akhirat mereka berdua dan peminat. 

Idea itu datang selepas Wawa mendengar ceramah ustaz Abdul Somad mengenai andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

Membina masjid amalan kekal selepas kematian

Kredit foto: The Vocket

Menurut Harian Metro, pasangan itu mengesahkan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk susulan rancangan pembinaan masjid itu, tetapi sebaliknya sebaliknya ia adalah usaha mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Pembinaan masjid di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor di mana terletaknya kampung halaman Aeril mampu memuatkan kapasiti 700 orang dan ia akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, edisi kosmetik Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat Wawa Cosmetic.

Perbincangan juga sudah diadakan dengan Ketua Kampung di kawasan berkenaan dan persetujuan untuk membinanya dengan kos pembinaan RM1.2 juta yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk terbaharu itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Edisi kosmetik Muslim Bukhari mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set dan terhad kepada 80,000 set sahaja.

7 amalan kekal mengalir selepas kematian

Jika pahala itu nampak satu-satu nilai dan ganjarannya seperti buat pelaburan di bank, pasti ramai yang berlumba-lumba mengejarnya kan?

Mungkin sebab itu Allah tidak tunjukkan secara detail ganjarannya kerana mungkin kita tidak ikhlas melakukannya nanti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terlalu banyak amalan yang dijanjikan pahala jika kita melakukannya cuma mahu atau tidak mahu berusaha saja untuk melakukannya. 

Namun daripada banyak-banyak amalan yang kita lakukan, yang mana akan kekal mengalir walaupun selepas kematian menjemput kita? 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (Riwayat Ibn Majah)

Berdasarkan hadis itu, ada tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ilmu yang disebarluaskan

Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan, menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat kerana walaupun selepas kematian orang yang diajar itu akan tetap mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

#2. Anak soleh yang ditinggalkan

Kredit foto:Pa&Ma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang soleh yang patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Selain itu, pendidikan yang baik yang diturunkan kepada anak-anak juga akan menjadi pahala yang mengalir kepada kita walaupun selepas kematian. 

Doa mereka buat kita menjadi pahala berterusan yang tidak akan terputus walaupun selepas kematian kita. 

#3. Kitab keagamaan yang diwariskan

Barang siapa yang mewariskan buku-buku yang baik, maka, pahala berterusan akan diterima oleh si pemberi tersebut selagi mana ia ada dan dibaca. Jadi belilah buku-buku yang bermanfaat atau sedekah Al-Quran ke masjid, surau dan selagi mana ia digunakan selagi itulah pahala mengalir untuk kita.

#4. Masjid yang dibina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga.

Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

#5. Rumah yang dibina untuk musafir

Rumah atau wakaf yang dibina untuk para musafir bagi memudahkan mereka datang berehat dan tidur sebentar. Ia bukan untuk tujuan maksiat. Di negara ini, antara contohnya adalah hentian rehat dan rawat (RnR).

#6. Sungai yang dialirkan untuk kepentingan ramai

Mereka yang membantu mengalirkan alir bersih kepada manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain bakal memperoleh barakah selagi mana air itu diminum dan digunakan.

#7. Harta yang disedekahkan

Kredit foto: Lakodata.Id

Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan rezeki kita, kehidupan kita diberkati Allah, dikurniakan kesenangan dan kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, Keluarga, Sinar Harian

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-solat-di-masjid

Penulis

Lala Annuar