4 kesalahan yang perlu anda elak semasa pilih nama anak

Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda teruja untuk memilih nama anak. Tapi sebelum memilih nama anak, ini 4 kesalahan yang perlu anda elakkan...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah tentu sebagai ibu bapa, memilih nama anak merupakan perkara yang seronok untuk dilakukan. Tapi, proses ini tidak hanya melibatkan anda kena fikir nama anak yang sedap sahaja. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih nama anak.

Anda perlu pertimbangkan betul-betul sebelum membuat keputusan supaya anak anda tidak akan bencikan namanya kelak, sampai sanggup angkat sumpah untuk tukar namanya!

Jadi. hari ini kami sediakan 4 kesalahan yang patut anda elak. Jom tengok 4 kesalahan ini yang perlu ibu dan ayah elakkan apabila memilih nama anak.

4 kesalahan perlu dielak ketika memilih nama anak

1. Memberi nama perempuan pada anak lelaki

Menurut kajian yang diterbitkan di Education Finance and Policy, lelaki yang diberikan nama seakan-akan nama perempuan akan mengalami masalah tingkah laku berbanding mereka yang mempunyai nama lelaki sejati.

Mereka juga berkemungkinan untuk menjadi mangsa buli dan diejek oleh rakan-rakan sebaya.

2. Memilih nama yang susah untuk ditulis atau disebut

Mungkin anda sukakan nama yang ejaan atau sebutannya pelik untuk kelihatan berbeza dari orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi anda perlu ingat, jika anda memberikan nama yang susah untuk disebut atau dieja, ia boleh menyebabkan kesalahan semasa menulis sijil lahir, ijazah, tersalah sebut nama dan pelbagai masalah berkenaan pentadbiran.

Jadi, berilah nama yang mudah dieja untuk mengelakkan masalah pada masa hadapan.

3. Memberi nama yang sudah disimpan lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai orang (terutamanya wanita) sudah memikirkan nama anak sebelum berkahwin lagi. Tapi anda perlu memikirkan keserasian nama tersebut. Jangan terlalu berpegang pada nama hingga tidak mahu memikirkan tentang nama-nama lain.

Bincang dengan pasangan anda. Jika nama tersebut kurang sesuai, bersedia untuk menerima nama yang baru untuk anak anda.

4. Nama terlalu panjang

Sekarang ini menjadi trend ibu bapa untuk menamakan anak dengan nama yang panjang. Tak perlu untuk beri nama terlalu panjang, ia hanya akan menyusahkan anak untuk menulis namanya kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, anda dan pasangan hendaklah duduk berbincang bersama-sama dan fikirkan nama yang sesuai untuk anak anda di samping mempunyai maksud yang baik dan jangan lupa untuk elakkan 4 kesalahan dalam memilih nama anak, ya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

11 nama bayi lelaki inspirasi dari nama nabi, khalifah dan sasterawan Islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar