Doktor Tidak Sengaja Terpotong Kepala Zakar Anak Ini Semasa Berkhatan

Apa yang sepatutnya menjadi rutin sunat telah menjadi suatu malapetaka apabila seorang doktor tidak sengaja telah menghiris kepala zakar kanak-kanak ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KUALA LUMPUR: Apa yang sepatutnya menjadi rutin berkhatan telah menjadi suatu malapetaka apabila seorang doktor tidak sengaja telah terhiris kepala zakar seorang anak lelaki berusia 10 tahun.

Malapetaka berkhatan yang mengerikan

Kejadian itu berlaku pada 20 Disember lalu di sebuah klinik pada pukul 8.15 malam. Difahamkan, bapa kanak-kanak itu telah membawa anaknya ke klinik untuk berkhatan.

Walaubagaimanapun, semasa proses berkhatan, doktor yang sedang menggunakan laser dengan secara tidak sengaja telah menghiris kelenjar (kepala) zakar kanak-kanak itu.

Kesilapan ketika bersunat

Doktor memaklumkan kepada bapa tentang kesilapannya dan mereka kemudian bergegas membawa kanak-kanak itu ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Doktor di sana kemudian memindahkan kanak-kanak itu ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan memasang semula kepala zakar.

“Doktor di HKL telah melakukan (operasi) tidak lama selepas (anak itu) telah dibawa ke hospital.” Operasi ini berjaya, dan kanak-kanak itu kini sedang pulih di wad pembedahan HKL, ” menurut jurucakap HKL.

Atas nasihat, bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis di hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan klinik di mana kemalangan itu berlaku telah beroperasi selama 15 tahun walaupun tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan.

Doktor berkenaan mempunyai 21 tahun pengalaman, dan adalah graduan dari Universiti Karachi, Pakistan.

Doktor yang berkenaan juga telah membuat laporan polis dan telah mengakui yang ia adalah satu kemalangan. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan kejadian itu.

Rencana dipetik daripada NST dan The Star

Haish…. macam-macam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:

Bayi Meraung Tak Henti-henti Ketika Bersunat, Adakah Dia Sebenarnya Rasa Sakit?

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh