Persaingan antara adik-beradik adalah kejadian yang biasa berlaku dalam keluarga yang mempunyai anak yang ramai sehingga seorang kanak-kanak lelaki ini sanggup memukul adiknya hingga mati.
Bagi dua adik-beradik Fort Lauderdale, bagaimanapun, tidak ada apa-apa hubungan kasih sayang antara mereka sama sekali, terutamanya selepas abang yang berusia enam tahun memukul adiknya yang baru lahir sehingga mati kerana tidak tahan bayi tersebut menangis.
Memukul adik hingga mati tapi ibunya yang hadapi tuduhan jenayah
Kanak-kanak itu tidak akan menghadapi tuduhan jenayah, ibunya Kathleen Marie Steele pula, yang akan ditahan, kata Pinellas County Sheriff Bob Gulatieri.
Menurut laporan daripada Yahoo!, Kathleen telah pergi ke kedai pembaikan telefon bimbit di St Petersburg, meninggalkan dua orang anaknya di dalam kereta – seorang bayi dan abangnya yang berusia enam tahun.
“Kanak-kanak berusia 6 tahun itu memberitahu penyiasat, bahawa bayi itu mula menangis dan dia telah cuba untuk menenangkan beliau,” kata laporan itu.
“Tetapi para penyiasat mengatakan budak lelaki itu kemudiannya menggunakan anak patung untuk menunjukkan bagaimana dia berulang kali mengecam kepala bayi ke siling minivan, menjatuhkan beliau pada lantai, memusingkannya dan memukulnya berkali-kali.”
Pihak berkuasa berkata, bahawa siling van itu telah berlumuran darah dan bayi itu mungkin telah mati selepas Kathleen kembali ke keretanya.
Malah, anaknya cuba untuk memberitahu dia ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya, tetapi pihak berkuasa berkata bahawa Kathleen mengabaikan beliau dan juga berhenti di sebuah syarikat kereta sewa sebelum pulang.
Dia hanya mendapat tahu tentang keadaan bayi perempuannya selepas tiba di rumah.
“Bayi itu telah dipukul dan telah mengalami trauma,” tambah sheriff. “Terdapat bengkak kasar pada mukanya. Tengkoraknya telah retak di pelbagai tempat. “
Walaupun selepas penemuan itu, Kathleen masih tidak memanggil 911. Sebaliknya dia meminta bantuan jirannya iaitu seorang jururawat.
Jiran segera mengetahui bahawa bayi itu telah pun mati, walaupun begitu, dia masih melakukan CPR sehingga paramedik tiba.
Anaknya bebas, ibu dipenjara
Menurut County Sheriff Gulatieri, anak itu tidak akan menghadapi tuduhan jenayah, tetapi ibunya akan menghadapi tuduhan.
“Kesilapan itu adalah pada Kathleen Steele, bukan pada kanak-kanak berusia 6 tahun,” katanya.
Apabila beliau muncul buat kali pertama di mahkamah, Kathleen hanya berkata bahawa dia memahami pertuduhan terhadap beliau.
Sementara itu, peguam beliau Robert Love berkata beliau tidak akan menentang perintah negeri untuk Steele tidak mempunyai hubungan dengan kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah.
Kesan Memilih Kasih Antara Anak
Semua anak-anak akan fikir bahawa ibu bapa mereka lebih menggemari adik-beradik lain berbanding diri mereka. Anak kesayangan ibu bapa ini juga menjadi faktor utama kebanyakan adik-beradik bermasam muka dan kuat bergaduh.
Benar ada ibu bapa yang mempunyai kecenderungan semula jadi untuk menyebelahi atau melayan seorang anak lebih baik berbanding yang lain, walhal mereka sayang anak mereka sama rata. Namun sikap tidak cakna ibu bapa ini akan menyebabkan anak-anak yang rasa kurang disayangi lebih menyendiri dan suka memberontak.
Sekaligus ini akan memberi kesan kepada emosi dan mental mereka. Mereka akan berasakan bahawa apa sahaja mereka lakukan tidak akan dipandang tinggi oleh ibu bapa lantas mereka akan meletakkan tekanan tinggi pada diri untuk jadi yang terbaik.
Malah ada anak-anak yang akan mula menyoal harga diri sendiri, dan akan melakukan self-harm ataupun apa-apa perkara yang negatif semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Ada juga anak-anak yang akan mula membenci adik beradik mereka dan ingin mereka tiada lagi dalam hidup.
Oleh sebab itu, ibu bapa perlu ambil langkah proaktif dalam memastikan anak-anak mendapat kasih sayang sama rata. Jika hari ini anda ingin membelikan ais-krim buat si adik, pastikan anda beli benda sama untuk kakak atau abang.
Jangan membanding-bandingkan anak lagi-lagi tentang pencapaian di sekolah. Iya, ini memang perkara yang sukar untuk dilakukan lagi-lagi sudah menjadi budaya keluarga Asia untuk menjadi yang terbaik sahaja namun ingat, kata-kata anda mencorak kelakuan anak.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Memukul anak ada banyak buruk dari baik. Berhenti pukul anak sekarang!
Baca juga: Sains Menjelaskan Mengapa Anak Anda Seperti Mementingkan Diri Sendiri
Baca juga: 8 fakta disebalik kebiasaan anak yang suka menyakiti diri sendiri