Amat sukar untuk anda menahan marah sekiranya seseorang telah melakukan perbuatan buruk terutamanya melibatkan ahli keluarga.
Pastinya jika tidak mendapat sebarang keadilan bagi pihak keluarga, anda akan bertindak sendiri bagi menuntut kembali hak yang tidak ditegakkan.
Menahan Marah Yang Terlalu Lama
Baru-baru ini seorang remaja lelaki, Maulud Riyantom,18, telah dijatuhkan hukuman penjara kerana membalas dendam terhadap lelaki yang merogol ibunya kira-kira enam tahun yang lalu.
Tragedi hitam tersebut berlaku ketika dirinya berusia 12 tahun dan perogol berkenaan bebas dari sebarang tindakan polis.
“Ibu saya telah dirogol oleh dia. Saya tahu semua ini ketika masih kecil. Ada orang kampung datang ke rumah untuk berbincang perkara itu diselesaikan secara baik,’’ katanya.
Bermula saat itu, Maulud mula menahan marah dan dendam kerana lelaki berkenaan telah menodai maruah orang yang paling disayanginya.
Difahamkan suspek telah menghampiri mangsa, Yasin Fadilla, 59, ketika dia keluar dari kediamannya dan menuju ke rumah jiran sebelah.
Namun, setelah Yasin ingin pulang kembali ke rumahnya, Maulud menghalang dia dari meneruskan perjalanan dan terus menikam Yasin bertubi-tubi sehingga keadaannya parah.
Pada ketika itu, dia memakai penutup muka supaya tiada sesiapa dapat mengecam wajahnya. Namun, ada penduduk yang terlihat kejadian berkenaan dan terus mengejar suspek tetapi dia berjaya melarikan diri.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan telah meninggal dunia akibat cedera parah.
Kurang dari 24 jam selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek yang menyembunyikan diri dalam rumah saudaranya yang sudah tidak berpenghuni.
Sebelum ditangkap, Maulud telah menghubungi adiknya bagi mendapatkan sedikit wang agar dia dapat melarikan diri ke Kediri.
Namun, niatnya gagal apabila dia ditahan polis ketika dalam perjalanan ke terminal. Berdasarkan pengakuan suspek, dia sebenarnya sudah sebulan merancang untuk melakukan perbuatan tersebut.
Dia ada menyediakan sebilah pisau bagi tujuan menikam mangsa dan ia disimpan di dalam biliknya.
Suspek juga mengaku sering mengintip gerak geri mangsa untuk mengetahui kedudukan mangsa dengan meminjam motosikal daripada rakan.
Membina sifat berani dalam diri anak
Sifat berani bukanlah sesuatu yang hadir ketika lahir sebaliknya ia perlu dipupuk melalui cara ibu ayah membesarkan anak-anak.
Dalam hal ini, anda perlu memilih cara yang terbaik untuk menjadikan anak seorang yang berani.
Berikut beberapa tips yang boleh dilakukan oleh anda bagi menjadikan anak seorang yang berani:
#1. Biarkan anak berdikari
Usah jadikan alasan terlalu sayang anak sehingga anda menyekat kebebasannya untuk mencuba lakukan sesuatu dan melakukan kesilapan.
Berikan peluang kepada anak untuk belajar sendiri bagi melakukan sesuatu perkara seperti belajar menaiki tangga, terjatuh dan bangun semula.
Tugas anda adalah perlu mengawasai anak dan memberi langkah kepadanya untuk menapak satu demi satu anak tangga.
#2. Beri peluang anak mencuba sukan lasak
Jangan takut untuk memberi pengalaman kepada anak-anak mengenai aktiviti lasak.
‘Flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang mampu meningkatkan keberanian dalam diri anak.
Sesetengah ibu pasti merasakan aktiviti ini menakutkan kerana boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada anak.
Namun, jika anda mendapatkan tenaga pengajar yang betul dan anak selesai mencubanya pasti keberanian diri anak meningkat dan mungkin akan meminta untuk mencubanya sekali lagi.
#3. Biarkan anak dimarahi guru
Sesetengah ibu ayah akan bimbang anaknya akan didenda oleh guru kerana tertinggal buku sekolah sehingga sanggup menghantarnya ke sekolah.
Sekiranya ia adalah kesalahan yang pertama dilakukan anak, bolehla anak menghantarkan buku tersebut.
Namun, jika masalah ini berlaku berulang kali, anda perlu membiarkan sahaja anak dimarahi gurunya akibat tabiat tidak berdisiplin.
Selepas dimarahi pastinya dia akan belajar sesuatu untuk tidak lagi mengulangi kesilapan dan berani berdepan dengan sebarang risiko.
#4. Sering bawa anak ke majlis
Sekiranya terdapat majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri kendara atau perkahwinan, jangan lupa untuk membawa anak bersama.
Berikan peluang untuk anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa dari usianya.
Pastinya dia akan aktif bertanya dan berkongsi sesuatu cerita. Pengalaman ini mampu mengubah diri anak menjadi seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti.
#5. Berikan peluang untuk berkawan
Ibu ayah tidak boleh mengurung anak di dalam rumah dan menghalangnya untuk keluar bersosial dengan anak-anak jiran.
Pada waktu petang, pastikan anda menetapkan suatu tempoh untuk memberikan peluang kepada anak bersantai di halaman rumah dan mendapat kawan.
Pergaulan sihat ini adalah lebih baik dari memberikan anak untuk ‘bergaul’ 24 jam sehari dengan telefon pintar.
Kejayaan anak-anak yang sangat berkait rapat dengan sifat berani yang dimiliki oleh mereka.
Hal ini kerana apabila anak-anak menunjukkan keberanian yang bertempat, maka mereka akan merebut setiap peluang yang datang dalam diri mereka.
Sumber: The Reporter, Tengkuasmadi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-4-tahun-6-bulan