X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Dibuli 50 Pelajar Hingga Mati Terkapai-Kapai, Ibu Tulis Surat Pada PM Minta Keadilan

19 Sep, 2017
Anak Dibuli 50 Pelajar Hingga Mati Terkapai-Kapai, Ibu Tulis Surat Pada PM Minta Keadilan

Ibu ini hanya mahukan keadilan atas pemergian anak tercinta yang dibuli hingga maut di hadapan 50 pelajar. Pesalah laku pula bebas tanpa hukuman hingga kini!

Kes buli hingga meragut nyawa

Ada lagi kes buli yang terjadi hingga meragut nyawa seorang remaja yang tak bersalah. Kali ini, ia berlaku di Indonesia pula.

Hati ibu mana yang tak hancur apabila melihat anaknya meninggal akibat dibuli dengan teruk dan tak menerima sebarang keadilan?

Begitulah nasib Maria Agnes, seorang ibu yang duduk di Bogor, Indonesia. Atas ketidakadilan yang terjadi pada anaknya, Hilarius. Beliau mengirim surat pada Presiden Jokowi - meminta keadilan untuk penganiayaan ini.

[caption id="attachment_122439" align="aligncenter" width="320"]kes buli Inilah Hilarius, mangsa buli yang maut
Kredit gambar: Facebook[/caption]

Surat itu dikirimkan dari status Facebook yang ditulis pada 12 September lepas. Maria menceritakan apa yang terjadi hingga membawa kepada kematian anaknya apabila dibuli.

www.facebook.com/maria.agnes.14418/posts/116423345735163?_rdc=1&_rdr

Kes buli yang dilihat oleh hampir 50 orang saksi

Menurut status panjang tersebut, beliau menulis:

Kepada Bapa Presiden Joko Widodo yang saya hormati,  Salam sejahtera untuk bapa sekeluarga dan seluruh rakyat Indonesia.  Bapa, saya adalah seorang ibu biasa yang berasal dari Kota Bogor - kota yang selalu Bapa kunjungi. Bapa, izinkan saya mengadu dan berbicara tentang kekerasaan dan kekejaman yang telah meragut nyawa anak saya, Hilarius Christian Event Raharjo. Beliau adalah pelajar di sekolah SMU Budi Mulia, Bogor. Beliua dibuli hingga mati oleh pelajar SMU Mardi Yuana, sekolah berdekatan. ****

kes buli Kredit gambar: Facebook Hari demi hari saya melalui penyeksaan, Bapa Presiden. Saya hanya mahukan keadilan atas pemergian anak saya ini. Tapi saya terhalang dek hati yang terseksa. Saya ingin semua pembuli ini dihukum, Pak. Ada 50 orang saksi yang menonton malah merakam anak saya terseksa dibuli hingga maut! Ya, mereka merakam video melihat anak saya kehilangan nyawa. Manusia apakah mereka ini? Kenapa anak saya harus diseksa sebegitu, Pak? Dia diperlakukan seperti binatang. Tapi, anak-anak pembuli itu bersorak riang melihat beliau dibuli. Mereka memukul Hilarius dengan teruk. Kakinya ditarik, ulu hatinya dipijak. Jantungnya ditendang dan dipijak! Matanya memutih... Anak saya cuba untuk bangun, Pak. Tapi saat sakaratul maut seakan datang ingin menjemputnya, beliau kekejangan. Namun, pembuli itu langsung tak bersimpati pada anak saya... Mereka memukul kepalanya pula, Pak. 6 kali memukul kepalanya bertubi-tubi.  Anak saya maut di situ, Pak. Salah seorang senior sekolah itu meminta pembuli sekali lagi memukul Hilarius sampai maut, kerana dia masih belum KO, katanya. Ketika Hilarius cuba bangun untuk tidak mahu bergaduh lagi, pinggangnya pula ditendang, Pak.  Anak saya pasti tak dapat menahan kesakitan itu lagi... Ya, Tuhan! Dan pelaku kesalahan itu tidak dihukum, Pak Presiden. Mereka hanya dihukum gantung sekolah saja, sedangkan anak saya maut dijemput Ilahi? Saksi-saksi kejadian lain juga tidak dihukum. Mereka bebas berkeliaran, sedangkan mereka lihat kejadian itu. Mereka lihat bagaimana anak saya diperlakukan seperti binatang, hingga mati! Bapa Presiden, saya mohon... Tolonglah, Pak. Tetapkan peraturan hukuman yang sempurna. Tetapkan hukuman pada kekerasan yang mengakibatkan seorang remaja yang mampu menjadi harapan negara maut. Tetapkan keadilan untuk ibu bapa yang kehilangan anak yang dikasihi, tanpa belas kasihan. Nyawanya berharga, Pak. Meskipun pembunuhnya masih di bawah umur, namun akibatnya tetap sama.  MEREKA TELAH MEMBUNUH ORANG LAIN. Saya sedih dan hati saya hancur, Pak. Tolong bantu saya dapatkan keadilan.  ***

kes buli Kredit gambar: Facebook

Kes buli dan kematian kanak-kanak makin menjadi-jadi

Sayu membaca surat yang dikirim oleh ibu ini. Hati ibu mana yang tak terluka melihat anaknya sendiri maut tanpa pesalah laku diberi hukuman yang setimpal?

Artikel berkaitan: Bagaimana ibu boleh mengesan jika anak seorang pembuli atau anak dibuli

Jika di Indonesia, hati ibu ini hancur melihat video anaknya dirakam oleh hampir 50 saksi, kita di Malaysia tersentak dengan berita anak-anak sekolah tahfiz terbakar tempoh hari.

Dan yang lebih menggemparkan, siasatan polis mendedahkan kanak-kanak dan remaja juga yang membuatkan sekolah tahfiz tersebut terbakar, atas alasan "dendam ejek-mengejek".

Artikel berkaitan: Kejadian sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar - duka ibu kehilangan anak

Ya Allah... mana belas ehsan seorang kanak-kanak? Apa mereka sekarang semakin ganas dan tak berperikemanusian?

kes buli Kredit gambar: Facebook

Peristiwa tragis ini membuatkan semua ibu bapa semakin khuatir. Nampaknya kes buli dan membunuh kanak-kanak semakin berleluasa. 

Ibu bapa dan semua masyarakat harus berkerjasama untuk membanteras kejadian seperti ini.

Namun, hakikatnya... Hilarius telah pergi menghadap Tuhan dan takkan kembali. Ibu ini terpaksa melalui hari-harinya tanpa si anak yang tercinta.

Dia terpaksa hidup dengan kenangan senyum dan tawa si anak yang takkan pernah dapat dia lihat lagi...

Semoga ibu Maria mendapat keadilan yang dicari, sama seperti ibu bapa mangsa kes buli di Malaysia. Janganlah kita ambil ringan lagi tentang kes buli. Ia sudah semakin berleluasa dan makin teruk!

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar ibu Maria kekal kuat untuk mengharungi hari-harinya. 

Dan semoga Hilarius mendapat ketenangan di sana. 

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Dibuli 50 Pelajar Hingga Mati Terkapai-Kapai, Ibu Tulis Surat Pada PM Minta Keadilan
Kongsikan:
  • "Maaf mak sebab jumpa adik macam ni..." nota terakhir mangsa buli yang bunuh diri

    "Maaf mak sebab jumpa adik macam ni..." nota terakhir mangsa buli yang bunuh diri

  • Kanak-kanak 5 tahun sengaja dibuli oleh bapa 2 anak: Lihat video ini!

    Kanak-kanak 5 tahun sengaja dibuli oleh bapa 2 anak: Lihat video ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • "Maaf mak sebab jumpa adik macam ni..." nota terakhir mangsa buli yang bunuh diri

    "Maaf mak sebab jumpa adik macam ni..." nota terakhir mangsa buli yang bunuh diri

  • Kanak-kanak 5 tahun sengaja dibuli oleh bapa 2 anak: Lihat video ini!

    Kanak-kanak 5 tahun sengaja dibuli oleh bapa 2 anak: Lihat video ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.