7 Artis Popular Yang Ambil Anak Angkat, Ada Yang Ambil Sejak Mereka Bujang Lagi!

Selebriti popular yang memiliki anak angkat, adakah anda juga terfikir perkara yang sama?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan suami isteri tentunya mengimpikan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Malah anak itu sendiri adalah penambah rezeki dalam keluarga. Namun, ramai sekarang pasangan suami isteri yang mencari anak angkat untuk dipelihara sehingga anak itu membesar dan mendapat kasih sayang yang sempurna seperti mana kanak-kanak yang lain.

Namun begitu, kebiasaannya mencari anak angkat ini adalah pasangan yang sudah berkahwin. Tetapi ada juga segelintir mereka yang masih bujang menyimpan impian untuk memiliki anak angkat seperti mana beberapa seleriti popular ini yang mengambil anak angkat ketika mereka masih lagi bujang.

Jom kita lihat siapakah selebriti popular yang mempunyai anak angkat ini.

7 selebriti popular yang mempunyai anak angkat

#1. Hael Husaini

Penyanyi popular yang dua tahun berturut-turut memegang gelaran Juara Lagu ini telah mengambil anak angkat pada tahun 2017 di mana dia sering memuat naik beberapa keping foto bayi di laman sosial instagram miliknya hingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Namun, penyanyi lagu “Jampi” ini akhirnya menjelaskan bahawa bayi perempuan itu merupakan anak angkat yang diterima daripada sebuah keluarga. Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi kehidupannya berubah 360 darjah selepas bergelar bapa dan memberi nama bayi itu sebagai Nur Helena.

Kini hampir dua tahun Hael membesarkan anak angkat ini.

#2. Stacy

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum tahu sebelum berkahwin dengan Akim Ahmad, penyanyi Stacy sudah memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Bella Valentina.

Terdahulu, Stacy mengambil bayi tersebut selepas dilahirkan daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan. Buat pengetahuan anda, Stacy dan Akim telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Eshaal, 2 tahun.

Sementara anak angkat Stacy pula kini telah berusia 7 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Misha Omar

Penyanyi popular Misha Omar juga turut mengambil anak angkat lelaki pada tahun 2007 yang diberi nama Mohd Adam Emir. Namun, pada awalnya Misha tidak mendapat hak penjagaan penuh sehinggalah tahun 2009.

Selepas itu, Misha mengambil seorang lagi anak angkat perempuan bernama Humaira Lateefa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah berkahwin dengan seorang juruterbang, Misha mendapat seorang anak kandung lelaki yang sangat comel bernama Muhammad Idris Ezzwa.

#4. Sufian Suhaimi

Kemunculan kanak-kanak dalam hidup semestinya dapat memberikan sinar baru dalam hidup seperti yang berlaku kepada penyanyi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi.

Berita pengambilan anak angkat oleh Sufian ini telah dikhabarkan melalui laman sosial Instagram miliknya di mana dia telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq Razeeq.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa ditanya mengapa dia mengambil anak angkat, Sufian menjawab untuk menjadi seorang yang lebih baik buat seseorang selain ibu bapa dan juga keluarga.

Tambahan pula, dia merasa gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Sufian turut memberitahu, Faeq merupakan anak kepada rakan baiknya semasa di sekolah dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

#5. Fynn Jamal

Ramai peminat Fynn Jamal tahu bahawa selebriti kesayangan mereka ini mempunyai masalah untuk hamil hingga beliau mengambil keputusan untuk ambil anak angkat yang bernama Bakti Arjuna Fitri. Selepas beberapa tahun, Fynn mengambil lagi seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Datin Rebecca Nur Islam

Aktres jelita Datin Rabecca Al Islam dan ibu kepada lapan orang cahaya mata ini juga pernah bergelar ibu sebelum berkahwin setelah beliau mengambil anak angkat yang diberi nama Nor Adam Daniel.

Apatah lagi, Rabecca pernah mengetepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan untuk mengeluarkan susu badannya.

#7. Zizie Ezette

Pelakon Zizie Ezette membuat keputusan untuk mengambil anak angkat pada tahun 2015. Malah semasa hamil anak kembar, Zizie juga mengasuh seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aaric Zayn Izette. Kini, beliau mempunyai dua orang anak angkat dan tiga orang anak kandung. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comartis-lahir-kembar-comel