Gaji Pengasuh Anak Meghan & Harry Bukan Biasa-Biasa, Ia Mencecah 70K Pound Setahun!

Gaji pengasuh bayi Meghan dan Harry mencecah ratusan ribu ringgi untuk setahun. Wow, mahalnya!

Putera Harry dan Meghan Markle baru saja mendapat seorang bayi lelaki atau Duke and Duchess of Sussex yang lahir pada Isnin 6, Mei yang lalu. Menurut media tempatan di sana, kedua-duanya sedang mencari pengasuh bagi menjaga anak mereka itu.

Sejak dilahirkan, Meghan diketahui sedang mencari pengasuh yang berasal dari Amerika Syarikat untuk menjaga cinta hatinya itu. Bahkan menurut sumber yang boleh dipercayai lagi, Meghan mencari pengasuh itu sejak masih mengandung lagi.

Mencari pengasuh bayi – pasangan ini menolak tradisi kerajaan diRaja

mencari pengasuh anak

Namun begitu, kedua-dua pasangan ini menolak tradisi dan amalan keluarga diRaja untuk mencari pengasuh yang berasal dari Norland. Bahkan mereka juga tidak kisah jika menggunakan khidmat pengasuh lelaki bagi menjaga bayi comel itu.

Pada April 2018 yang lalu, Meghan pernah meminta bantuan staf di agen pengasuh kanak-kanak bagi menemui calon yang sesuai untuk mengasuh Archie selama tiga bulan.

Ini bermakna, pasangan diRaja itu mempunyai idea yang jelas dan tersendiri tentang bagaimana ingin membesarkan anak sulung mereka. Meghan juga mengatakan dia lebih senang mengambil pengasuh yang berasal dari Amerika Syarikat kerana dia sangat bangga dengan tempat kelahirannya itu.

Gaji lumayan menanti pengasuh diRaja ini 

mencari pengasuh bayi

Pengasuh bayi yang bakal berkhidmat dengan pasangan ini akan diberikan gaji sebanyak 70,000 pound sterling yang bersamaan dengan RM 368,995.87 dalam setahun. Namun, ia bergantung pada pengalaman pengasuh tersebut terlebih dahulu.

Apa yang pasti, sebelum bekerja, pengasuh tersebut akan melalui temuduga dengan pasangan diRaja itu  dan jika lulus, dia akan tinggal di Frogmore Cottage dan diberikan sebuah kereta.

Terdahulu, pasangan Kate dan William mengambil pengasuh bayi dari Norland yang bernama Maria Teresa Borrallo.

7 perkara ibu bapa perlu hadam jika ingin hantar anak pada pengasuh

  • Sediakan pakaian anak secukupnya atau lebih.  Pampers juga perlu sedia lebih banyak contohnya lima ke enam keping sehari.
  • Sila ambil anak on time. Kalau janji pukul 6 maka tempat jam 6 kena ambil anak. Kalau lewat, inform pada pengasuh siap-siap.
  • Kalau anda cuti, jangan hantar anak pada pengasuh dan tidak memberi alasan nak beli barang atau nak rehat. Sebab pengasuh pun nak rehat juga.
  • Bayar pengasuh mengikut perjanjian. Jangan lewat bayar duit pengasuh ya! Kalau ada masalah kewangan, cerita molek-molek dengan mereka.
  • Kalau ada duit lebih, belikan barang dapur pengasuh seperti ayam, ikan, sayur dan beras. Sebab anak anda juga makan di rumah mereka walaupun tak banyak mana.
  • Sediakan bekalan makanan ringan untuk anak seperti biskut, roti, coklat, air kotak dan lain-lain.
  • Jika anak luka sikit atau lebam di mana-mana, sila jangan salahkan pengasuh 100% kerana mungkin anak terlampau buas dan tak duduk diam hingga berlakunya kecederaan. Paling tidak tanyakan pada pengasuh dengan cara yang baik.

Namun, jika perkara buruk itu lebih kepada pengasuh, sebaiknya anda mencari pengasuh lain yang lebih sayang dan sukakan kanak-kanak.

Sebabnya, mencari pengasuh itu senang tapi yang betul-betul sayangkan budak itu sedikit susah nak jumpa.

Semoga anak-anak disayangi oleh para pengasuh mereka. Insyaallah! 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Vica.co.id

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commeghan-markle

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!