Jangan Mencium Telinga Bayi Kalau Anda Tak Mahu Gegendang Telinganya Pecah!

Kajian mendapati perbuatan mencium bayi di telinga boleh menyebabkan gegendang telinga anak rosak! Kesan ini dipanggil 'blunt trauma' dan anak boleh pekak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya mencium bayi di telinga

Siapa dapat tahan geram ingin mencium bayi, bukan? Bau mereka memang membuatkan kita ‘ketagih‘ untuk kerap mencium mereka. Tapi, ada satu bahagian yang tidak digalakkan untuk kita cium.

Ada kajian mendapati perbuatan mencium telinga bayi boleh menyebabkan gegendang telinga mereka rosak!

Ia sama seperti kesannya jika ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga bayi. Kesan ini dipanggil ‘blunt trauma‘ atau trauma tumpul. 

Trauma tumpul ini boleh terjadi akibat tekanan ekstrem yang terjadi di luar gegendang telinga seperti ciuman yang kuat pada telinga, tepukan yang kuat di luar telinga, air ombak yang kuat yang terkena telinga malah terkena ‘air bag‘ menurut Dr Voigt.

Beliau merupakan pakar Telinga Hidung dan Mulut di New York University’s Langone Health.

Apabila hal ini terjadi, udara atau air tertekan ke dalam ruang kecil di dalam telinga bayi. Ini meletakkan tekanan yang sangat tinggi di sebelah telinga dan kosong di sebelah lagi.

Untuk mengimbangkan kedua-dua telinga, gegendang telinga akan berlubang.

Sekiranya ini terjadi, menurut National Library of Medicine (NLM), kecederaan gegendang telinga tersebut boleh menyebabkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • rasa sakit 
  • hilang pendengaran
  • meningkatnya risiko jangkitan kuman yang boleh pergi jauh ke dalam.

Dengan mencium bayi di telinga, gegendang telinga boleh berlubang

Malah melalui kajian ini, para pengkaji berharap lebih ramai orang dapat mengelakkan diri dari menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga bayi anda.

Mari kita lihat sedikit info tentang gegendang telinga berlubang.

Gegendang telinga berlubang itu apa?

Ini adalah satu keadaan di mana membran nipis yang menghalang laluan telinga dan bahagian tengah telinga telah berlubang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila berlubang, ia akan mendatangkan rasa sakit dan kadang-kala cecair keluar dari telinga.

Bagaimana ia boleh beri kesan pada pendengaran?

Secara ringkas, lebih besar lubang kecederaan, lebih teruk kesan kehilangan pendengaran. Jika gegendang berlubang tiba-tiba, akibat kejadian yang traumatik atau ganas, masalah kehilangan pendengaran adalah lebih serius.

Kredit: vikramenthospital.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui gegendang telinga berlubang juga boleh terjadi jangkitan. Semakin serius jangkitan, semakin tinggi peluang yang menyebabkan kehilangan pendengaran kekal.

Bagaimana merawat gegendang telinga berlubang?

Sebelum rawatan dilakukan, ujian pendengaran akan dilakukan terlebih dulu. Jika lubang kecil, ahli medikal mungkin akan membiarkan saja dan pantau jika ia boleh tertutup sendiri.

Mereka juga mungkin akan menyapu bahan yang boleh merangsang pertumbuhan gegendang telinga untuk jadi lebih cepat.

Bagi keadaan yang lebih teruk, doktor akan menyarankan pembedahan. Mengapa perlu tutup gegendang telinga yang berlubang? Ia untuk:

  • membaiki pendengaran
  • mengelakkan jangkitan
  • mengelakkan air masuk ke dalam telinga
  • mengurangkan bunyi dengungan di dalam telinga
  • mengurangkan risiko cholesteatoma (cyst di tengah telinga)

Siapa sangka bukan, dengan hanya perbuatan mencium telinga boleh menyebabkan kesan yang begitu teruk. Jadi ibu bapa, kita boleh ubah tabiat suka mencium telinga bayi kita, selepas ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: ENTNet, channelnewsasia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjangkitan-telinga-kanak-kanak/

 

Penulis

Aqma