Ini Sebab Mengapa Pentingnya Mencuci Tangan & Memilih Pencuci Tangan Serasi Untuk Keluarga

Perkara paling penting untuk dilakukan setiap hari di musim pandemik ini adalah mencuci tangan setiap hari, barulah keluarga kekal selamat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebersihan diri adalah penting, semua orang tahu tentang perkara ini, namun dalam kehidupan yang sibuk kita mudah terlupa dengan satu asas membersih iaitu mencuci tangan. Walau bagaimanapun, apabila pandemik COVID-19 melanda negara kita, ia telah mengingatkan kita semua tentang pentingnya kebersihan diri dan mencuci tangan adalah antara yang paling asas!

Baik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia hingga para saintis dan doktor terkemuka di seluruh dunia, setiap daripada mereka telah menekankan pentingnya mencuci tangan dan mengetahui cara yang betul untuk melakukannya.

Kepentingan mencuci tangan untuk kesihatan dan kesejahteraan umum

Sekarang ini, baik pandemik atau tidak, demi kesihatan umum dan kesejahteraan dalam kehidupan sehari-hari, menjaga kebersihan sangat penting dan mencuci tangan adalah elemen paling utama dalam membantu menyingkirkan kuman dan mencegah penyakit. Namun, kita tidak menyangkal ketika dunia dilanda krisis COVID-19 sejak setahun lebih yang lalu, pentingnya kebersihan tangan itu menjadi keutamaan seluruh dunia. 

Cucian tangan yang betul menjadi lebih penting dalam keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana mereka penuh dengan sifat ingin tahu dan cenderung menyentuh hampir semua benda yang terdapat di atas lantai, pemegang pintu, mainan, buku dan macam-macam lagi. Selain itu, sistem kekebalan tubuh mereka tidak begitu kuat dan ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit. Tahukah anda bahawa berdasarkan kajian dianggarkan mencuci tangan dengan sabun berpotensi mengurangkan penyakit cirit birit sebanyak 42 hingga 47 peratus?

Jadi, disebabkan itulah kita memerlukan pencuci tangan yang bagus dan berkesan. Malah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan penggunaan sabun dan air untuk mencuci tangan dengan betul bagi mengelakkan penyebaran patogen seperti virus dan bakteria yang membawa penyakit membawa maut.

Memilih pencuci tangan yang betul untuk anak-anak dan seluruh keluarga

Setelah kami membuktikan pentingnya mencuci tangan untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga anda, persoalan seterusnya ialah pencuci tangan apa yang terbaik? Memang terdapat pelbagai jenis dan jenama pencuci tangan. Tapi yang mana satu patut dipilih? Apabila terlalu banyak, kita sebagai pengguna pun jadi keliru untuk memilih, dan disebabkan itulah kita patut mempunyai satu sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat sebegini. Terutama sekali buat ibu-ibu baru yang sentiasa tercari-cari produk apa yang terbaik buat anak dan keluarga. 

Bagi mana-mana keluarga pun, tentu berpendapat bahawa pencuci tangan yang betul bukan sahaja dapat membantu membunuh kuman tetapi juga selamat untuk kanak-kanak jadi kita tidak perlu membeli produk yang berlainan atau bimbang tentang kesan sampingan bahan kimia yang kuar pada anak-anak kita. Tambahan, ia perlu lembut pada kulit kita kerana kita perlu mencuci tangan berulang kali di rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Izinkan kami memperkenalkan anda kepada Kirei Kirei iaitu Pencuci Tangan No.1 Jepun. Lion's Kirei Kirei adalah pencuci tangan berbuih anti bakteria yang membunuh 99.9% kuman, dan diuji secara dermatologi. Selamat digunakan untuk seisi keluarga, pencuci tangan berbuih ini diformulasikan dengan 100% bahan pembersih yang berasal dari tumbuh-tumbuhan, dan terbukti lembut pada kulit.

Mengapa memilih Kirei Kirei sebagai pencuci tangan keluarga anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun terdapat banyak jenama di pasaran yang menghasilkan pencuci tangan berbuih ini, Kirei Kirei telah berjaya membuktikan keberkesanan produk mereka bukan hanya di Jepun tetapi di seluruh Asia. Dilancarkan di Jepun pada tahun 1997, Kirei Kirei telah membina reputasi dalam dua setengah dekad yang lalu. Hari ini, jenama ini terdapat di tujuh buah negara berbeza dan meraih kedudukan pencuci tangan No.1 di Jepun, Korea, Singapura dan Thailand. Jenama ini bersedia memasuki Malaysia dengan tujuan untuk membantu anak-anak kecil dan ibu bapa mereka kekal bersih, selamat dan sihat.

Inilah sebabnya mengapa Kirei Kirei adalah pencuci tangan yang terbaik untuk anda dan keluarga:

  • Menghilangkan 99.9% Kuman: Kirei Kirei diformulasikan dengan Isopropyl Methylphenol (IPMP) yang berkesan untuk menyingkirkan pelbagai jenis bakteria, ragi, dan kulat, juga memberikan perlindungan yang maksimum terhadap kuman.
  • Buih yang pekat dan halus untuk pembersihan yang berkesan: Sebotol pencuci tangan ini direka khas dan setiap pam serta-merta mengeluarkan banyak busa berkrim yang kaya dan sangat halus menjadikan proses cucian lebih berkesan daripada mencuci tangan dengan cecair biasa. Buih yang sangat halus ini mudah menghilangkan kotoran walaupun tidak digosok.
  • Pembersihan yang mudah dan menyeluruh untuk anak-anak yang lebih kecil: Buihnya mempunyai isipadu 12x lebih banyak daripada pencuci tangan cecair biasa yang menjadikannya lebih mudah digosok ke seluruh tangan hingga hujung jari, membersihkan kawasan permukaan yang lebih luas malah lebih berkesan untuk anak-anak.
  • Pilihan yang tepat: Apa yang menjadikan Kirei Kirei terkenal di antara jenama pencuci tangan biasa adalah botolnya yang direka secara unik yang direka untuk mengelakkan tumpahan dan mengurangkan pembaziran. Buih mudah dibilas, oleh itu pencuci ini hanya memerlukan penggunaan air yang sedikit. Ini bermakna anda boleh mendapatkan lebih banyak cucian tangan dalam setiap botol. Selain itu, mereka menawarkan paket pengisian semula yang mendorong pengguna untuk kitar semula botol yang sedia ada. Bukan saja jimat malah anda boleh bantu pelihara bumi!
  • Mencuci tangan lebih menyeronokkan untuk anak-anak: Kirei Kirei bermaksud "Bersih Bersih" dalam bahasa Jepun. Ini adalah ungkapan popular yang digunakan oleh ibu untuk mendorong kebersihan tangan yang baik di kalangan anak-anak di Jepun. Pencuci tangan berbuih ini hadir dalam botol yang cukup menawan dengan pelbagai karakter dan warna yang comel membuatkan anak-anak lebih seronok dalam mencuci tangan.
  • Jenama yang dipercayai sebagai Pencuci Tangan No.1 Jepun: Kirei Kirei telah menjadi pencuci tangan No.1 Jepun selama hampir dua dekad dan sangat popular di seluruh rantau ini. Ini adalah jenama yang dipercayai oleh lebih daripada tujuh negara. Ia juga memberi jaminan kepada para ibu bahawa ia adalah produk yang cukup berkualiti.

Kirei Kirei adalah pencuci tangan berbuih yang tidak hanya memberikan perlindungan maksimum terhadap kuman tetapi juga menjadikan tugas sehari-hari yang menyenangkan untuk anak-anak dan keluarga. Pencuci tangan berbuih ini adalah pilihan terbaik untuk anda dan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketahui lebih lanjut mengenai Kirei Kirei Malaysia dan ikuti mereka di laman Facebook untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini. Lihat Kirei Kirei di Shopee Mall.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: "Kena Bawa Anak-Anak Keluar Ambil Sinaran Matahari Untuk Hilang Stress"-Pakar