Mahu Sentiasa Ghairah Di Ranjang? PASTIKAN Anda Tak Cukur Habis Bulu Kemaluan!

Kajian menunjukkan lebih 84 peratus wanita memilih untuk mencukur habis bulu kemaluan atas pelbagai sebab yang mana paling utama ada kebersihan!

Kajian menunjukkan lebih 84 peratus wanita memilih untuk mencukur habis bulu kemaluan atas pelbagai sebab yang mana paling utama ada kebersihan dan keselesaan selain tidak mahu pasangan melihat ‘semak-samun’.

Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan lebih lebat bulu kemaluan anda, lebih tinggi potensi untuk kulit di sekitarnya di lindungi kerana kulit di bahagian itu terlalu sensitif.

Pelik bukan? Kita sering dengar bahagian itu perlu dibersihkan kerana ia mengundang pelbagai kekotoran termasuk digemari kutu!

Mencukur bulu kemaluan? Adakah ia perlu?

Ada wanita yang gemar mencukur bulu kemaluan sehingga habis, ada pula yang meninggalkannya sedikit lebat dan ada juga golongan yang memotong bulu kemaluan mereka mengikut corak tertentu dan tidak dicukur habis.

Khidmat memotong bulu kemaluan boleh didapati di mana-mana salon yang menawarkannya, apa yang anda perlu lakukan hanya pilih corak, serahkan ‘diri’ anda dan stylist akan merapikannya mengikut corak pilihan anda. 

Ada juga wanita yang lebih berminat dengan waxing kerana kata mereka ia melambatkan pertumbuhan bulu di kawasan intim, jadi jimat masa dan tidaklah perlu bercukur selalu!

Tetapi percaya atau tidak bulu kemaluan yang dibiarkan lebat atau tidak dicukur habis memberi banyak manfaat kepada wanita. Sebuah kajian baru-baru ini menyimpulkan bahawa semakin lebat bulu kemaluan anda ada lebih baik dan sihat!

Menurut pakar, membiarkan bulu kemaluan seperti apa adanya adalah perawatan terbaik dan paling sihat bagi vagina. Benarkah?

#1. Bulu kemaluan lindung kulit sensitif

Menurut pakar ginekologi dari New Jersey, Dr Donnica Moore, bulu kemaluan adalah untuk melindungi kulit di sekitar kawasan kewanitaan kerana kulit di situ sangat sensitif. 

Semakin lebat bulu kemaluan, semakin tinggi fungsinya sebagai pelindung dari jangkitan dan iritasi apabila ia bergesel dengan kain atau permukaan pakaian seperti pakaian dalam yang ketat atau lembab. 

#2. Menjauhkan vagina dari kotoran

Bulu kemaluan adalah pelindung semulajadi untuk menjaga kebersihan di bahagian intim wanita. Kehadiran bulu-bulu halus ini mengurangkan kemungkinan virus dan bakteria masuk ke bahagian dalam.

#3. Jaga kelembapan

Bulu kemaluan berperanan mengawal kelembapan di kawasan intim wanita. Dengan cara ini kemungkinan terkena jangkitan adalah rendah. 

#4. Meningkatkan sensasi sensual

Sensasi dari sehelai bulu kemaluan apabila ia disentuh dikatakan sangat luar biasa. Jika dicukur, anda akan kehilangan sensasi itu. Ada wanita mengatakan bila bulu kemaluan disentuh oleh pasangan akan menimbulkan ghairah. Bukan saja disentuh, ditiup juga buat anda lain macam!

#5. Feromon

Bulu kemaluan membantu dalam menyebarkan feromon iaitu zat bercampur bakteria di kawasan kemaluan yang mampu meningkatkan keghairahan seksual.

#6. Kurangkan gesekan

Bulu kemaluan membantu mengurangkan gesekan antara tubuh, atau pakaian. Selain itu, ia juga mengurangkan gesekan yang menyebabkan ngilu saat anda melakukan seks!

Hukum mencukur bulu kemaluan dalam Islam

Disunnahkan dalam agama tindakan yang diutamakan ialah mencukur, diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan mengakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai. (Riwayat Al-Bukhari)

Hukum menyimpan bulu kemaluan dan bulu ketiak dalam tempoh masa yang begitu lama sehingga melebihi 40 hari adalah dimakruhkan. Ini kerana kita dituntut untuk menjaga kebersihan tubuh badan melalui perbuatan mencukur kedua-dua bulu tersebut.

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang di bulu kemalian kerana kawasan intim itu mudah dan banyak berpeluh. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh.

Apabila terkena kesan-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak.

Mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. 

Sumber: suara.com. liputan6.com, muftiwp.gov

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Miss V Rasa Gatal Lepas Bercukur? Usah Risau, Ikuti Tips Mudah Ini!

Penulis

Lala Annuar