Buruk Perangai! Guru Terguna Hand Sanitiser Ada Air Kencing Pelajar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendidik anak bukan mudah, yang dibentuk adalah manusia, bukannya melentur besi atau bahan lain. Tersilap sikit, buruk padahnya. Lebih teruk jadi anak biadap pula. 

Tular di laman Twitter mengenai perlakuan pelajar sekolah menengah yang tergamak kencing dalam botol hand sanitiser yang disediakan guru di sekolah. Lebih parah, guru menggunakannya kerana tidak tahu ada air kencing dalam bahan itu!

Sememangnya ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang betul dalam mendidik anak sejak daripada mereka kecil lagi.

Mendidik anak ada seninya

Seringkali kita dengar orang berkata begini, "nakalnya budak ni, mak bapak tak ajar ke?" betul? Selalu sangat kita dengarkan orang menuturkan ayat ini. Ya. Memang kasar bunyinya, tapi itulah hakikat.

Jika ada yang tidak betul pada kelakuan anak, orang tidak cari orang lain, ibu bapanya yang akan dicari. Sebab itu ada yang kata, kelakuan anak adalah cermin didikan ibu bapa. Mungkin ada benarnya, cuma kita saja yang kadangkala bertindak menafikan perkara itu.

Jom kita lihat cara pakar motivasi Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mendidik 9 anaknya:

#1. Anak perlukan kasih sayang dan mesti dapat rasainya

Semua ibu bapa sayang anak. Siapa yang tidak sayangkan anak. Persoalannya, adakah anak tahu dan anak dapat rasakan kasih sayang ibu bapa itu? Apabila anak-anak tidak dapat rasakan kasih sayang ibu bapa, maka mereka mula cipta pelbagai masalah sebab mahukan perhatian kita.

Anak-anak yang kurang kasih sayang akan menunjukkan dua watak yang berbeza. Di rumah lain dan di sekolah pula lain. Sebab itulah ada kalanya ibu bapa tidak boleh terima apabila guru-guru komplain dan beritahu bahawa anaknya bermasalah. Sebab pada mereka anaknya itu baik, dengar cakap dan ikut arahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ibu bapa, kajian menunjukkan bahawa ibu bapa hanya berkomunikasi kurang daripada 10 minit sahaja sehari dengan anak-anak kita? ya, betul, 10 minit sahaja. Sebab yang dikatakan komunikasi berkesan itu ialah wujudnya suasana saling mendengar dan saling memahami.

#2. Dalam mendidik perlu ada ketegasan

Anak-anak masih mentah dan mereka tidak tahu sangat apa yang baik dan apa yang buruk untuk masa depan mereka. Kalau dibiarkan sahaja, mereka akan habiskan masa dengan berseronok, berkawan, bermain dengan komputer, telefon bimbit serta gajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang mereka nak risau? Makan, minum, pakaian dan duit belanja semua mak ayah dah sediakan. Buka mata sahaja, makanan dah terhidang atas meja.

Sebab itulah, sebagai ibu bapa kita perlu tegas. Jangan ikut sangat cakap dan kehendak anak. Kena berpada-pada. Mendidik anak ini perlu bersederhana. Ada masa kita lembut, ada masa kita tegas. Sentiasa ambil jalan tengah.

#3. Ibu bapa kena jadi contoh, tunjuk ​contoh baik dulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan jadi ketam yang menyuruh anak berjalan lurus. Kalau mahu anak menjaga masa, kita kena tepati masa. Kalau mahu anak pegang pada janji, kita tidak boleh mungkiri janji kita pada mereka. Kalau mahu anak solat, kita kena solat depan matanya. Kalau mahu anak rajin belajar, kita kena tingkatkan budaya membaca dan mencari ilmu dalam keluarga.

Pendek kata, anak-anak tengok kita dan akan ikut cara kita. Cara fikir kita, prinsip hidup, kepercayaan, cara bercakap, cara kita respon terhadap persekitaran, semuanya dilihat dan didengar oleh anak-anak kita. Mereka kutip dan mereka ikut satu persatu.

#4. Kena jangkakan yang anak kita memang boleh cemerlang

Dengan anak, kita kena tunjukkan yang kita yakin dia boleh cemerlang dalam pelajarannya. Kita juga mesti yakin yang dia boleh menang apabila dia menyertai apa juga program dan pertandingan.

Tunjukkan yang kita pasti, tanpa ragu, satu hari dan satu masa anak kita boleh berjaya dalam pelajarannya.

Keyakinan dan kepercayaan kita itu adalah booster bagi diri anak-anak. Apabila mindset kita terarah dengan menjangkakan anak boleh berjaya, maka fokus kita akan tertumpu kepada kelebihan dan kebolehannya dan bukannya kepada kelemahan dan kekurangannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Berita Online, tengkuasmadi

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar