Ini Prosedur Buka Buku Pink Bagi Kehamilan Luar Nikah, Hindari Rasa Takut Nurse Marah!

Apabila mengandung luar nikah, ada sesetengah wanita tidak tahu apakah prosedur yang betul untuk buka buku pink kerana takut nurse marah dan hukum mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manusia mana yang tidak lari daripada melakukan kesilapan, terutama bila anda mengandung luar nikah. Ia tentunya memberi persepsi berbeza pada masyarakat dan keluarga.

Atas sebab itu juga, ada sesetengah wanita yang mengandung luar nikah terpaksa menyembunyikan kehamilan mereka kerana bimbang diri dikeji oleh masyarakat sekeliling hingga ada yang sanggup menggugurkan kehamilan. 

 

Namun, jika anda masih mahu teruskan kehamilan dan berniat ingin menjaga zuriat yang telah dikurniakan itu tanpa pernikahan yang sah, sepatutnya anda mendapat kaunseling atau bantuan khidmat sokongan yang disediakan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan. 

Seperti dalam aplikasi theAsianparent, ramai juga wanita yang mengalami nasib yang sama hingga mereka tidak tahu prosedur yang betul untuk membuka buku pink apabila tiada ikatan perkahwinan yang sah.

Ini kerana, bagi wanita yang sudah berkahwin, anda akan diminta membawa kad pengenalan, sijil kahwin dan perlu datang bersama suami untuk menjalani ujian saringan HIV.

Tapi bagaimana pula prosedur bagi mereka yang tiada ikatan perkahwinan? Ini jawapannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urusan membuka buku pink bagi wanita mengandung luar nikah

Bagi pasukan perubatan Malaysia, ingin ditegaskan di sini bahawa tiada halangan bagi wanita yang tidak berkahwin untuk membuka buku pink sebagai persediaan bagi melahirkan bayi mereka sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.

Bahkan, Kementerian Kesihatan Malaysia mengalu-alukan kedatangan ibu tunggal ini untuk membuka buku pink demi keselamatan ibu dan bayi yang dikandungkan sekaligus kebajikan ibu turut terjaga.

Bagi ibu yang tidak berkahwin dan usia kandungan sudah menjangkau 9 bulan tapi masih belum buka buku pink, anda tak perlu rasa takut-takut untuk mendapatkan rawatan, tapi harus terus segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Namun, bagi remaja bawah umur, anda perlu ditemani abang, kakak atau ibu bapa untuk melakukan urusan berkenaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persepsi takut misi marah punca tidak buka buka merah

Ya, ramai sebenarnya wanita yang tidak berkahwin dan mengandung luar nikah takut untuk membuka buku pink kerana risau jika dimarahi oleh jururawat.

Namun sebenarnya, Klinik Kesihatan Malaysia memang sentiasa digalakkan bersikap profesional meskipun pesakit tidak membawa sijil nikah. Mereka tidak akan dihalau demi mendapatkan khidmat kesihatan.

Jika dilihat, dalam buku merah memang ada tertera bahagian yang perlu diisi maklumat suami. Tapi jika tiada, ruangan tersebut boleh dikosongkan. Namun prosedur yang lain tetap sama dan tiada diskriminasi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah doktor yang ramah juga akan bertanya perancangan ibu untuk membesarkan anak dan di mana tempat untuk berpantang.  

Apapun, ahli keluarga harus terus memberi motivasi dan sokongan kepada ibu yang tidak berkahwin ini supaya mereka tidak rasa tersisih mahupun dihujani rasa takut yang menebal dalam diri. Sekaligus ia dapat membendung beberapa gejala lain yang tidak sihat.

Semak kehamilan di aplikasi theAsianparent 

Bagi anda yang sudah mengetahui bahawa diri hamil, anda boleh pantau kehamilan dengan memuat turun aplikasi theAsianparent dan di sini anda boleh lihat perkembangan bayi bermula 0 sehingga 42 minggu kehamilan. 

Dalam aplikasi theAsianparent ini anda boleh masukkan due date. Kemudian app akan memberitahu saiz janin dan segala perkembangan serta pertumbuhan bayi anda.

Sekaligus, ia memudahkan ibu pantau perkembangan bayi dengan lebih teratur. Mudah bukan, jom download sekarang ibu! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mazlynm, The Reporter 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comklinik-kesihatan-ibu-dan-anak-buku-merah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan