Gangguan autisme pada kanak-kanak
Autisme adalah masalah perkembangan kompleks.
Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Kanak-kanak dengan gangguan autisme tidak akan mempamerkan tingkah laku yang tidak normal, sebaliknya mereka tidak akan melakukan sesuatu tingkah laku yang normal.
Gangguan ini menjejaskan hampir 1 daripada 68 kanak-kanak, dan kanak-kanak lelaki 5 kali lebih tinggi menghidapnya, berbanding perempuan.
Baru-baru ini, kajian telah memperoleh pencerahan mengapa autisme lebih banyak dihidap anak lelaki berbanding anak perempuan.
Gangguan autisme pada kanak-kanak lelaki
Salah satu sebab mengapa lebih ramai kanak-kanak lelaki menghidap gangguan ini adalah kerana perubahan genetik tertentu dalam kromosom X mereka.
Menurut kajian Stephen Scherer, pengarah Centre for Applied Genomics, jika kromosom X dalam seorang lelaki hilang gen PTCHD1 atau DNA tertentu, mereka akan cenderung menghidap autisme.
Kanak-kanak perempuan terkecuali kerana mereka ada kromosom X nombor dua (XX) berbanding lelaki yang hanya ada satu (XY).
Malah, bukan DNA saja yang menjadi punca kenapa autisme lebih banyak pada kanak-kanak lelaki.
Salah satu sebab lain yang dibuktikan kajian adalah melalui cara seorang lelaki menghargai diri dan memiliki motivasi.
Kajian dari University of Iowa Carver College of Medicine mendedahkan kanak-kanak lelaki yang menghidap autisme kekurangan reward learning dan motivasi dalam diri mereka.
Mereka lebih mudah tertekan dan mempunyai reseptor hormon dopamin (hormon gembira) yang lebih tinggi.
Hal ini bermaksud, lelaki memerlukan lebih banyak kegembiraan dan kepastian untuk menghargai dan memberi motivasi pada diri.
Mereka tidak faham bagaimana diri “dihargai” dengan secukupnya.
Adakah kita terlalu tegas dengan kanak-kanak lelaki?
Doktor pakar menjelaskan penemuan baru ini amat penting demi memahami bagaimana kanak-kanak lelaki lebih cenderung menghidap gangguan neuropsychiatry.
Neuropsychiatry adalah gangguan mental seperti depresi, bipolar disorder, schizophrenia, OCD dan sebagainya.
Ini melibatkan bagaimana tingkahlaku tertentu seperti bersifat terlalu tegas dengan seorang kanak-kanak lelaki menyebabkan mereka kurang faham menghargai diri sendiri.
Malah, kerana mereka kekurangan reward learning, mereka lebih susah untuk berasa gembira, hingga mengakibatkan gangguan tertentu.
Mungkin kita terlalu tegas dengan anak lelaki. Kita tidak benarkan mereka menangis, sedangkan menangis itu adalah emosi normal.
Kita beri alasan – lelaki tak lemah. Lelaki yang menangis adalah lelaki yang lemah.
Apabila seorang anak lelaki berjaya, mereka tidak terlalu dihargai. Mereka diajar untuk selalu “berjaya” kerana lelaki adalah seorang ketua dan pelindung.
Dek perbuatan ini, kita telah menggalakkan mereka memiliki kekurangan rasa menghargai diri sendiri hingga menjejaskan minda mereka.
Mungkin sudah tiba masanya kita mengubah hal ini.
Sumber rujukan: News Medical Life Science, Autism Support Network dan Autism Speaks
Kredit: Americaoutloud.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Anak Speech Delay Bukan Berpunca Dari Masalah Autisme, Ini Info Penting Anda Patut Tahu!