Sebab mengapa bijirin sarapan betul lebih sihat daripada yang dijangkakan, menurut pakar pemakanan

Kebanyakan antara kita tahu pengambilan sarapan pagi adalah penting untuk memulakan hari kami. Tetapi, adakah para ibu bapa tahu sajian yang sesuai untuk sarapan pagi yang sihat? Dapatkan maklumat lanjut dengan menonton episod terakhir dalam siri video tiga bahagian ini untuk mendapatkan nasihat pakar mengenai manfaat sarapan pagi yang sihat, terutamanya bijirin penuh, yang mengandungi khasiat penting yang keluarga anda perlu untuk meningkatkan produktiviti harian dan kesihatan sepanjang hayat mereka.

Pengambilan sarapan pagi merupakan makanan yang paling penting dalam kehidupan seharian kita – terutamanya dari segi pemilihan yang betul. Untuk mendapatkan sarapan pagi yang sihat, bahan-bahan dari empat kumpulan makanan utama – seperti buah-buahan / sayur-sayuran, daging, tenusu dan bijirin – perlu disertakan dalam hidangan pagi anda.

Kunci kepada diet yang sihat dan seimbang

Kajian seperti yang dilakukan oleh Harvard T.H Chan School of Public Health, menunjukkan banyak manfaat kesihatan terutamanya dari segi pengambilan bijian penuh. Antaranya:

  • Kepelbagaian nutrisi, mineral penting dan vitamin
  • Membekalkan tenaga sepanjang hari
  • Mampu menurunkan tahap kolesterol dan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes tahap 2
  • Meningkatkan penghadaman
  • Mengekalkan berat badan

Namun begitu, dengan segala kebaikan yang didapati dari bijian, adakah anda tahu bahawa 94% kanak-kanak di Singapura tidak mendapat bijian yang secukupnya setiap hari untuk memenuhi pengambilan bijian yang disyorkan?

Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk menyertakan bijian dalam makanan keluarga anda; sila tonton video Cik Gladys Wong, pakar pemakanan di Persatuan Pemakanan & Dietetik Singapura, di mana beliau menawarkan penyelesaian yang cepat dan mudah untuk memastikan orang tersayang anda mendapat bijian penuh dalam pemakanan mereka.

Untuk memenuhi pengambilan 48 gram bijian yang disyorkan sehari:

  • Mulakan hari anda dengan semangkuk bijian penuh
  • Disusuli dengan 2 keping roti bijian penuh sebagai makanan tengah hari
  • Akhir sekali, 1 bahagian beras perang atau pasta bijian penuh berbentuk abjad dengan sup untuk makan malam

Senangkan, ibu?

Mulakan pagi anda dengan tips berikut

Untuk memastikan anda lalui hari sibuk anda dengan lancar, bolehlah mencuba resipi sarapan pagi ini– atau minum petang- yang mudah dan lazat untuk anak-anak anda. Sarapan pagi ini akan menjadi lebih lazat jika ditambahkan dengan bahan-bahan dari 4 bahan-bahan dari empat kumpulan makanan utama!

Apa yang anda perlukan adalah:

  • Bijian penuh yang sedia dimakan untuk sarapan pagi
  • Makanan ringan kesukaan si kecil seperti buah-buahan dan kacang
  • Susu atau yogurt

Yang penting sekali, ia dibuat dengan penuh kasih saying sekaligus memastikan keluarga anda mendapat nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan serta kebahagiaan mereka.

Penulis

Michelle Goh