Jangan Buat 10 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Anak Lembab Ya Ibu-Ibu!

Ibu bapa selalu buat 10 perkara ini hingga mengakibatkan anak "naik lemak" dan jadi lembab dalam pelajaran. Mari mengatasi anak lembab dengan mengelak 10 perbuatan berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu bapa mahu anak mereka menjadi yang terbaik dan pintar. Namun begitu, kadang-kala kita terlalu memanjakan mereka tanpa sedar menyebabkan anak mudah ‘naik lemak’ lantas menjadi malas dan lembab. Jadi mulalah kita terkial-kial untuk cuba segala-galanya untuk mengatasi anak lembab.

Kita anggap apa yang kita lakukan untuk anak-anak bagus namun sebenarnya ia tidak membantu langsung anak-anak kembang dengan lebih baik. Kami faham anda mahu anak sentiasa sayang akan anda dan mendengar cakap, namun cuba sebaik-baiknya untuk elak perkara ini ya!

Hentikan 10 Perkara Ini Bagi Mengatasi Anak Lembab

1. Buat semua perkara untuk mereka

Tiada mana-mana ibu bapa yang mahu melihat anak mereka bersusah-payah. Sebab itu kita sanggup buat apa saja untuk membantu anak-anak kita. 

Kalau dia tak mahu kemas barang permainannya, kita kemaskan. Kalau dia tidak mahu makan sesuatu, kita makan untuknya.

Tapi sebenarnya, memberi mereka rasa bersusah-payah itu perlu. Mereka akan belajar tentang kesenangan boleh diperoleh dari sedikit kepayahan. 

Tanpa perkara itu, anak akan jadi malas belajar dan hanya ingin semuanya di hujung telunjuk jarinya.

2. Beri semua yang mereka mahu

Memang anda bekerja keras untuk mereka. Tapi anda juga patut tahu mereka harus belajar yang tidak semua benda yang diingini oleh mereka harus dimiliki.

Bagi mengatasi anak lembab, ajarkan mereka yang kasih sayang bukan ditunjuk melalui hadiah yang dibeli.

3. Beri anak terlalu banyak pilihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang semua benda mudah untuk diperoleh. Sebab itu jugalah lebih banyak pilihan untuk anak-anak anda boleh bagi. Tapi, benda ini boleh menyebabkan mereka terkesima hingga tidak tahu nak buat pilihan.

Bantu mereka dengan memperincikan pilihan yang mereka ada. Contohnya jika kalian ke kedai mainan, jangan meminta mereka pilih apa yang mereka mahu secara rawak.

Berikan mereka bajet yang perlu mereka ikuti. Dengan cara ini, anak tidak akan “naik lemak” dan menjadi lembab. 

4. Buat pilihan untuk mereka

Ramai ibu bapa yang kerap melakukan perkara ini sama ada mereka sedar atau tidak. Kita mahu mereka belajar dari pilihan yang mereka buat.

Mereka harus tahu setiap perbuatan akan ada akibatnya, baik atau buruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ia semudah membuat pilihan menu di restoran. Sabar dan biarkan mereka membuat pilihan mereka sendiri. Anda bukan saja menggalakkan mereka membuat pilihan, tetapi dalam masa yang sama membaca!

5. Bagi mereka kelonggaran untuk tak perlu membaca

Ini adalah sama seperti menggalakkan mereka untuk malas belajar. Memang mereka kadang-kala akan kelihatan seperti liat hendak membaca, tetapi janganlah anda memaksa mereka untuk berhenti membaca terus.

Gunakan kekreatifan anda untuk memupuk minat mereka terhadap buku. Berikan mereka lebih sebab mengapa mereka harus membaca buku. Mari dorong anak menyukai buku dengan cara ini.

6. Beri mereka terlalu banyak masa depan skrin

Bukan saja telefon bimbit atau iPad, masa di depan skrin termasuklah di depan televisyen dan alat permainan video.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan sahaja skrin menyebabkan anak anda menjadi anti sosial, malah mereka akan menjadi semakin pasif dan malas. Tambahan lagi, terlalu banyak masa skrin juga boleh menyebabkan masalah kesihatan!

7. Benarkan mereka tak buat kerja rumah

Membuat kerja sekolah dan membaca semata-mata tidak akan membantu anak anda untuk maju kelak. Jangan benarkan mereka tidak membantu anda dengan kerja rumah hanya kerana mereka masih kecil dan mempunyai banyak kerja sekolah.

Jika mereka sibuk dengan kerja sekolah, berikan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah kepada mereka. 

8. Menghalang mereka bersukan

Mereka perlu mengimbangkan aktiviti fizikal dan mental. Badan yang banyak bersenam atau bergerak akan lebih segar dan bertenaga.

Bukan sahaja itu, daripada bersukan juga, mereka dapat belajar berinteraksi, bekerjasama, mengetuai kumpulan dan mengatasi anak lembab kerana malas bersukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah keakraban bersama rakan-rakan juga mungkin akan jadi lebih erat.

9. Benarkan mereka ‘menang’ setiap masa

Kalah juga adalah satu pembelajaran yang bagus buat anak-anak. Mereka harus tahu yang menang bukanlah segalanya.

Selangkah ke belakang bukan bermakna terus ke belakang, seperti anda perlu mengambil satu langkah ke belakang untuk melompat lebih jauh.

Gagal, kalah adalah sebahagian dari kehidupan. Dan itu semua memberi pengajaran yng penting. Jika mereka sedih, ajarkan mereka bagaimana mengendalikan perasaan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Tidak tetapkan had 

Berikan mereka kebebasan di dalam membuat keputusan, membuat pilihan serta berdikari. Tapi ini bukanlah bermakna anda menetapkan sebarang had langsung. 

Berikan mereka kebebasan, namun anda masih menjaga mereka. Ingatkan jika mereka tersasar. Bimbing mereka tanpa meletakkan had yang terlalu ketat.

Moga-moga, dengan maklumat ini, anda boleh memanfaatkan ia dalam mendidik dan membentuk anak-anak. Sama-sama kita belajar dari kesilapan ini 🙂

Sumber: BabyGaga.comTime.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja, Jangan Dibiarkan Berterusan!

Baca juga: Betul Ke Anak Lahir Hujung Tahun Selalunya Lambat ‘Pick Up’? Ini Penjelasannya

Baca juga: Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

Penulis

Aqma