Jangan Degil! Ini Perkara Yang Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Ketika Arahan Kawalan Pergerakan

Kerajaan telah mengeluarkan Arahan Kawalan Pergerakan. Namun ada perkara yang anda boleh dan tidak boleh lakukan bagi mengatasi masalah wabak Covid-19 ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan setiap hari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan peningkatan kes pesakit baharu yang dijangkiti wabak Coronavirus, seluruh rakyat diminta saling bekerjasama mengatasi masalah ini agar keadaan segera pulih seperti sedia kala.

Sehubungan itu, anda tidak perlu panik dan sentiasa bertenang mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan ketika tempoh Arahan Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Bekerjasama mengatasi masalah

foto: shutterstock

Perintah dikeluarkan adalah bertujuan untuk mengehadkan aktiviti, perjalanan dan operasi perniagaan yang khusus kepada barangan keperluan penting sahaja.

Ia adalah berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. (ACDC) dan merupakan amalan terbaik daripada pegawai kesihatan seluruh dunia.

''Stay at home'' tidak bermakna anda tidak boleh keluar langsung dari rumah. Ia cuma membataskan pergerakan anda untuk urusan yang tidak penting. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga tidak digalakkan berada dalam keadaan sesak dengan orang ramai dan dinasihatkan untuk mengekalkan jarak sekurang-kurangnya enam kaki dengan orang lain.

Jika sakit, anda perlu bersikap disiplin untuk melakukan pengasingan diri di rumah bagi mengelakkan virus Covid-19 ini dijangkiti orang tersayang. 

Sebenarnya anda perlu memahami ada perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan, antaranya: 

#1. Kekal berada dalam rumah

Istilah ''Stay At Home'' yang diarahkan oleh kerajaan bermakna anda dan seluruh ahli keluarga perlu berada di dalam rumah dan tidak keluar kecuali kecemasan sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ambil peluang sedikit masa ini bagi melayan karenah anak-anak, menonton televisyen bersama atau membantu isteri memasak di dapur.

Elakkan juga menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab dengan ''lari'' dari tempat anda berada dengan keluar bersenam, pulang ke kampung atau bercuti luar negara.

Bukan itu sahaja, ambil iktibar dengan kesilapan yang telah dilakukan oleh rakyat Itali yang berpusu-pusu pulang ke kampung sehingga negara mereka mencatatkan kes kematian paling tinggi berbanding China.

#2. Bersentuhan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Dalam mencegah penularan Covid-19 ini, anda perlu sentiasa melakukan amalan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dengan betul, iaitu sekurang-kurangnya 20 saat atau boleh menggunakan hand sanitizer.

Selain itu, bersihkan halaman rumah dengan membasmi permukaan yang berisiko tinggi menggunakan cecair pembasmi kuman sebagai langkah berjaga-jaga.

Anda juga perlu mengelakkan bersalaman dengan orang sekeliling. Cara yang mungkin boleh dilakukan dengan bersalam cara Malaysia iaitu meletakkan tangan ke bahagia dada.

Hal ini kerana virus jahat ini dikatakan mampu bertahan sehingga 48 jam dan boleh berada di dalam udara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh Kawalan Pergerakan ini bukan waktu untuk anda bersuka ria dengan melawat ahli keluarga atau rakan lama. Ia adalah untuk anda kekal selamat di dalam rumah dan saling membantu untuk melawan penyebaran Covid-19.

#3. Lawatan ke hospital

Sekiranya menghidap sebarang masalah penyakit, jangan risau kerana kedai ubat dan bekalan perubatan dibenarkan untuk menjalankan operasi.

Bukan itu sahaja, anda masih boleh mendapatkan keperluan kesihatan anda. Hubungi klinik kesihatan berdekatan bagi mengetahui sama ada mereka ada menyediakan perkhidmatan menghantar ubat ke alamat anda.

Jika anda merasa sakit, sila hubungi terlebih dahulu hotline perubatan dan jangan terus pergi ke bilik kecemasan hospital kecuali anda benar-benar berhadapan dengan kes kecemasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk sementara waktu ini, jauhkan diri dari melawat orang tersayang di hospital kerana risiko jangkitan penyakit adalah tinggi. Letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak perubatan dalam menjaga para pesakit.

Lawatan ke hospital atas urusan yang tidak penting akan dihalang. Selain itu, kanak-kanak dan golongan berumur 60 tahun sangat berisiko dengan jangkitan Covid-19.

Manakala, rawatan perubatan yang tidak penting seperti ujian mata, pembersihan gigi, prosedur elektif dan lain-lain perlu ditangguhkan. 

#4. Pembelian barang keperluan

foto: the malaysian times

Elak melakukan pembelian panik kerana ia sebenarnya menjuruskan diri anda kepada gejala penyebaran Covid-19

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memberikan jaminan bahawa stok bekalan keperluan harian akan mencukupi sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

Pastikan ketua keluarga melakukan senarai terlebih dahulu bagi mengelakkan keluar rumah berulang kali. Untuk memudahkan cara, lakukan pesanan secara atas talian barangan yang diperlukan dan dihantar terus ke  rumah.

Manakala, kedai makan meneruskan operasi tetapi hanya untuk dibungkus dan dibawa pulang ke rumah sahaja. Anda tidak boleh makan, makan atau minum di sekitar kemudahan ini.

#5. Pergi ke rumah ibadat

Untuk keselamatan anda serta jemaah lain, sama-sama bekerjasama mengatasi masalah penyebaran Coronavirus dengan melakukannya di rumah.

Meskipun tujuan ke masjid dan surau adalah untuk menunaikan solat berjemaah, namun jika keadaan diri tidak mengizinkan, maka lebih utama untuk solat di rumah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

“Orang yang sakit janganlah mendatangi orang yang sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Terdahulu, pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar membangkitkan kerisauan kemungkinan COVID-19 boleh tersebar luas jika individu dijangkiti yang belum disahkan positif, menunaikan solat jemaah di masjid, seperti solat Jumaat dan majlis keagamaan.

Sumber: Santa Clara Country Public Health, Harian Metro

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: