Rahsia Ibu Bapa: Cipta Pengalaman Digital Anak yang Menakjubkan!

Panduan penggunaan gajet anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Di zaman teknologi ini, kemana saja anda pergi pasti akan ada skrin digital di sekeliling anda. Sebut sahaja mengenai skrin digital, penggunaannya begitu meluas sekali sehinggakan ada diantara kanak-kanak yang sudah memiliki telefon pintar sendiri! Walaupun penggunaan gajet secara berlebihan tidak digalakkan, gajet sebenarnya boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak jika diuruskan dengan baik dan had masa skrin dipatuhi. Sebagai contoh, gajet boleh menjadi alat pembelajaran yang menyeronokkan dengan aplikasi dan permainan edukatif yang boleh meningkatkan kemahiran kognitif, kreativiti, dan penyelesaian masalah. 

Gajet juga boleh menjadi platform untuk meluaskan pengetahuan anak-anak tentang dunia di sekeliling mereka melalui bahan bacaan digital dan video dokumentari yang menarik. Mari kami kongsikan tips mudah untuk membantu ibu bapa mengawal masa skrin (screen time) anak-anak disamping melindungi anak anda daripada ancaman atas talian. 

Mengapa perlu ibu bapa mengawal masa skrin (Screen Time) anak mereka?

  • Melindungi anak-anak daripada kandungan terlarang dan tidak sesuai ditonton

Nak akses Internet ini memang sangat mudah. Segalanya dihujung jari. Kemudahan ini jika tidak dikawal dengan baik, ianya akan mengakibatkan anak anda mudah mendapat akses atau terdedah terhadap kandungan berbahaya. Ini termasuk informasi, gambar atau bahan berunsur dewasa. Pengawalan ibu bapa juga penting untuk memastikan anak-anak juga tidak menghantar kandungan – kandungan ini kepada orang lain secara sengaja atau tidak sengaja.

  • Elak pembulian siber

Pembulian siber adalah penggunaan teknologi bertujuan untuk mengugut, mengancam, memalukan atau mensasarkan seseorang dengan niat yang tidak baik. Sebagai contoh, memuat naik gambar, teks, hantaran berbaur kasar dan macam-macam lagi. Kanak-kanak yang terdedah kepada pembulian atas talian boleh mendatangkan impak negatif seperti potensi mendapat kemurungan dan perubahan pada tingkah laku. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement
  • Melindungi privasi dalam talian

Kanak-kanak yang terdedah kepada media sosial mempunyai kecenderungan untuk berkongsi maklumat peribadi di atas talian atau terlibat dalam penipuan dalam talian. Sebab itulah, ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan privasi anak mereka terjaga. 

Tips mudah kawal screen time anak anda bagi memastikan waktu screen time mereka berkualiti!

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk anda mengawal screen time anak anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement
  1. Kenalpasti keperluan anak anda
    Setiap anak mempunyai keperluan digital yang berbeza mengikut peringkat umur. Bagi anak berumur 2 hingga 5 tahun, hadkan masa skrin mereka kepada 1 jam sahaja dan jangan beri mereka gajet sebelum waktu tidur mereka untuk mengelakkan penggunaan gajet berterusan. Susah mereka nak tidur nanti. Bagi anak yang masih kecil, adalah lebih baik sekiranya anda tidak memperkenalkan penggunaan media secara meluas.

  2. Lihat terlebih dahulu permainan atau aplikasi
    Sebelum membenarkan anak anda menggunakan aplikasi baru, cuba lihat terlebih dahulu kandungan yang berada dalam aplikasi tersebut untuk memastikan ianya tidak mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Untuk lebih mudah, apa kata sebelum anda memuat turun aplikasi tersebut, cuba lihat rating dan komen aplikasi tersebut di Google Play atau Apple Store. Jangan muat turun kandungan yang mencurigakan. 

  3. Kerap berkomunikasi dengan anak
    Sebagai ibu bapa, anda boleh memainkan peranan dalam membantu anak anda memahami kandungan yang terdapat dalam gajet atau telefon pintar. Keraplah berkomunikasi dengan anak anda mengenai apa yang mereka lihat, aplikasi permainan yang mereka suka dan libatkan diri anda dengan aktiviti permainan mereka. Didik mereka mengenai kandungan-kandungan yang tidak sepatutnya mereka lihat agar mereka lebih faham mengenai kebaikan dan keburukan kandungan ini.
    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Advertisement

  4. Gunakan aplikasi atau gajet yang bantu mengawal masa screen time anak
    Nak mengawal apa yang anak anda lihat di telefon pintar 24 jam memang tidak mudah. Tetapi dengan bantuan gajet seperti Galaxy Tab A9 Kids Edition yang mesra kanak-kanak ini, anda kini boleh menarik nafas lega kerana anda boleh memastikan pengalaman digital anak anda lebih selamat dan terkawal. Terdapat beberapa ciri-ciri menarik di Galaxy Tab A9. Antaranya ialah kawalan ibu bapa menerusi aplikasi Samsung Kids. Kini anda boleh mudah menetapkan had masa skrin dan mengawal akses kepada kandungan dan aplikasi tertentu – semuanya dilindungi dengan PIN yang hanya diketahui oleh orang dewasa.

Inginkan pembelajaran anak di ruang digital jadi lebih seronok? Apa kata cuba aplikasi edutainment dalam Samsung Kids! Ibu bapa boleh memuat turun aplikasi berdasarkan usia dan keperluan perkembangan anak mereka. Sebut sahaja apa kemahiran yang anda ingin anak anda pelajari. Baik menulis, mengira dan melukis, segalanya  terdapat dalam tablet ini! Malah, tablet ini pun mesra kanak-kanak tau disebabkan saiznya yang ringan dan lebih kecil. Ia didatangkan dengan pen stylus edisi terhad berbentuk krayon, sarung berlapik dan pelekat yang direka khas untuk kanak-kanak. Mesti anak anda akan suka!

Diharapkan tips-tips ini dapat membantu anda dalam memberikan pengalaman digital penuh makna buat anak anda dan juga membantu mereka menguasai aspek indah dalam dunia teknologi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Rebut peluang ini dan berikan pengalaman pembelajaran indah untuk anak anda dengan Galaxy Tab A9 Kids Edition. Buat pembelian hari ini dengan harga RM799 dan anda akan mendapat aksesori mesra kanak-kanak dan 15W travel adapter bernilai RM300!

Rujukan

Masa Skrin/ Screen Time untuk Anak: Berapa Banyak Masa Skrin Kanak-kanak & garis panduan buat parents
https://my.theasianparent.com/panduan-penggunaan-gadget-untuk-anak-di-bawah-usia-5-tahun 

Screen Time and Children. The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry  diambil dari https://www.aacap.org/AACAP/Families_and_Youth/Facts_for_Families/FFF-Guide/Children-And-Watching-TV-054.aspx

Written by

bojamma