Bahaya Anak Main Basikal Lajak, Ibu Ayah Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM5,000 Jika Bersalah!

Fenomena mengayuh basikal lajak bukanlah isu yang baru. Tidak hanya membahayakan diri sendiri, malah boleh merisikokan pengguna jalan raya lain dengan maut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mengimbas kembali tragedi dua tahun yang lalu mengenai lapan orang remaja mengayuh basikal lajak menemui ajal setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan di Johor Bahru, pastinya ia memberikan kesan mendalam terhadap ibu ayah.

Namun tahukah tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin selepas mengambil kira pemandu menggunakan jalan dan situasi pada waktu malam yang tidak boleh menjangkakan langsung kewujudan ‘geng’ basikal lajak tersebut?

Bahaya anak mengayuh basikal lajak, pihak berkuasa bertindak lebih tegas

credit to sources

Isu anak-anak ‘ghairah’ mengayuh basikal lajak di jalan raya bukanlah sesuatu yang baru. Mereka seakan-akan seronok berbasikal bersama rakan-rakan tanpa menghiraukan risiko bahaya terhadap diri sendiri.

Struktur basikal yang agak kecil dan laju menyebabkan pengguna jalan raya lain tidak menyedari kehadiran anak-anak, ditambah pula rekaannya tidak mempunyai brek dan cenderung menyebabkan kemalangan.

Justeru, pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang lebih ketat lagi dan melibatkan ibu bapa atau penjaga.

Bagi anak yang berusia 18 tahun ke bawah bakal berdepan hukuman denda sebanyak RM1, 000 hingga RM5, 000 atau penjara maksimum setahun sekiranya mereka disabit kesalahan menunggang basikal lajak sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, hukuman sama turut diperuntukkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak disabit kesalahan penggunaan kenderaan mikromobiliti lain melalui pindaan terhadap Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuk dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat.

”Jika dahulu denda hanya RM300 sahaja. Orang tidak takut, sekarang kami pinda dan perketatkan bagi memberi pengajaran semua pihak termasuklah penunggang basikal lajak, termasuk sebagai pengguna kenderaan mikromobiliti bersama basikal elektrik.”

”Sekiranya pesalah bawah usia 18 tahun, maka ibu ayah atau penjaga boleh dikenakan hukuman,” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya lagi, hukuman ini dibuat bertujuan untuk memastikan anda menjaga tingkah laku anak dan tidak membiarkan mereka terlibat dengan aktiviti yang berisiko tinggi.

”Kerajaan juga serius memastikan jalan raya dalam keadaan selamat buat rakyat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kegiatan yang boleh mengundang kecelakaan,” katanya.

Bahaya penggunaan basikal lajak terhadap kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Basikal yang telah diubah suai strukturnya adalah sangat berbahaya terutama kepada kanak-kanak. 

Menurut Public Health Malaysia, kedudukan tidak ergonomic ini mampu mendatangkan pelbagai masalah terhadap kesihatan seperti:

  • Kecederaan otot/ tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok dalam tempoh masa lama.
  • Kecederaan lutut- keadaan basikal yang rendah memerlukan tenaga dan daya tinggi berisiko menyebabkan masalah lutut koyak.
  • Kecederaan tangan dan badan yang menyerap getaran daripada basikal diubah suai.
  • Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai helmet.

Punca basikal lajak dianggap tidak selamat

Sebelum ini, penggunaan basikal lajak sememangnya sudah diharamkan untuk berada di atas jalan raya. Namun masih ada kanak-kanak dan remaja yang degil, ibu ayah pula masih leka membiarkan anak bebas bermain.

Ini mengapa basikal lajak tidak selamat dan boleh membawa maut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • Ia tidak mempunyai brek bagi mengawal kelajuan.
  • Saiznya yang kecil akan sangat laju ketika menuruni bukit
  • Boleh diubah suai untuk berlumba
  • Kelajuan yang dimiliki menggalakkan aksi berbahaya seperti superman
  • Tidak memiliki ciri keselamatan langsung

Bukan itu sahaja, harganya pula boleh dikatakan agak mahal kerana ia perlu diubah suai menggunakan barang spare part tertentu. Bagi ibu ayah yang tidak tahu, sesetengah anak sanggup menipu dan memaksa anda untuk mengubah suai jentera haram ini menjadi lebih laju.

Justeru diharapkan dengan pengharaman dan tindakan lebih tegas pihak berkuasa ini dapat membuka mata seluruh pihak akan risiko bahaya penggunaan basikal lajak. Sebagai ibu ayah, anda memiliki kuasa penuh dalam mengawal setiap tindakan anak-anak.

Pepatah mengatakan ”biarkan anak menangis, jangan ibu ayah yang menangis” adalah perlu diselami supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Sumber: Berita Harian, Remaja

kredit foto: The star

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comterapi-untuk-anak-autisme