Ibu Sering Tertekan Bayi Menangis Tanpa Sebab? Jangan Risau Kerana Ada Cara Yang Berkesan!

Tahukah anda bahawa teknik mengurus bayi yang betul mampu membuatkan bayi selesa dan tidak meragam?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastinya ibu sering berhadapan situasi mengurus bayi yang kerap meragam sehingga membuatkan anda buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya.

‘’Mengapa bayi sering menangis? Adakah dia mengalami masalah kolik / kembung perut, letih, lapar atau berasa tidak selesa?’’

Persoalan demikian sering membelenggu fikiran kerana pada setiap hari anda sudah usaha berikan yang terbaik dan kalau boleh, tidak sanggup mendengar sedikit pun tangisan dari anak tercinta.

Namun jika ia tidak berjaya, sudah tentu diri anda dilanda dengan perasaan kecewa. Hal yang lebih teruk lagi anda perlu berhadapan dengan orang sekeliling yang bertanyakan mengapa bayi anda kerap menangis setiap masa.

Mengurus bayi pelbagai ragam

Sedar ataupun tidak, seorang bayi sebenarnya turut merasakan tekanan sekiranya anda mula berasa terbeban untuk menghadapi keadaan ini.

Ia menjadi lebih serius sekiranya anda gagal untuk bertenang bagi mengatasi masalah anak sering menangis.

Baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan krim herba bayi Tropika (RM39.90 untuk 50g) yang telah berada di pasaran sejak tahun 2010. Krim ini dikatakan mampu mengatasi masalah ketidakselesaan pada bayi dan ia adalah natural.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas beberapa sapuan di bahagian kaki dan belakang badan bayi, saya mendapati ia sangat mujarab dan memberikan kesan ketenangan dan relaks kepada bayi dan secara tidak langsung membantu bayi saya untuk mendapatkan tidur yang lena.

Malah, sapuan ke bahagian perut turut memberikan kesan penyejukan dan berangin yang sangat baik. Keadaan ini sekaligus membuatkan bayi saya berasa bebas dari masalah kolik / kembung perut.

Tropika Baby Herbal Cream diperbuat daripada minyak kelapa dara, eucalyptus dan halia yang mana ia berupaya memberikan kesan penyembuhan kepada masalah kembung perut, batuk dan selsema juga.

Tip Pro: Jangan gunakan terlalu dekat dengan muka bayi dan pastikan anda cuci tangan selepas menggunakan krim ini supaya kesan berangin tidak terkena bahagian mata anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalkan penggunaan krim ini setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur bagi memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan selesa.

Bayi menangis perlu dibiarkan atau dipujuk?

foto: pixabay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, ia adalah sesuatu yang normal apabila bayi menangis. Meskipun anda dianugerahkan seorang bayi yang sihat, mereka akan tetap menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari.

Sebenarnya, tangisan adalah cara bayi ingin memberitahu kepada orang sekeliling tentang apa yang mereka perlukan.

Hal ini kerana mereka tidak dapat melakukan sebarang perkara untuk diri sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk mendapatkan makanan, kepanasan dan keselesaan yang diperlukan.

Sebagai insan yang baru bergelar ibu ayah buat pertama kali, mungkin anda sukar untuk mengenal pasti keperluan bayi sehingga setiap kali tangisan berlaku, anda menjadi bimbang dan panik.

Namun begitu, ia memerlukan tempoh masa tertentu untuk membolehkan anda mengenali gaya tangisan anak yang pelbagai bunyi.

#1. Tangisan bayi berusia 0-3 bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia bayi 0 hingga 3 bulan, ia lebih dikenali sebagai kemuncak tangisan bayi. Ketika ini bayi menangis hanyalah untuk menyatakan keperluan diri mereka.

Antaranya adalah lampin yang dipakai sudah penuh, berasa terlalu sejuk atau panas, kulit gatal atau bayi  ingin melelapkan mata.

#2. Tangisan bayi pada usia 4- 6 bulan

credit: edgy.app

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah lebih dari 4 bulan, bayi menangis untuk mengutarakan keinginannya atau berusaha menarik perhatian orang di sekeliling.

Misalnya, bayi meragam kerana tidak dapat bermain mainan yang di inginkan atau berasa mengantuk tetapi tidak dapat tidur dengan lena.

Bukan itu sahaja, tangisan juga adalah sebagai isyarat untuk menyatakan rasa cemas atau takut yang dialami sekiranya berada dengan orang yang tidak dikenali oleh mereka.

Sesetengah bayi juga memerlukan pelukan hangat dari ibu ayah. Jika anak sudah besar, mereka akan menjadi tenang jika melihat dan mendengar suara anda dalam bilik.

Namun bagi bayi dalam usia ini, mereka lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk mendapatkan suasana yang lebih selesa.

#3. Tangisan bayi berusia 7-12 bulan

Memasuki 6 bulan hingga 1 tahun, bayi telah melangkah ke tahap pengembangan bahasa. Mereka terus berusaha untuk menyatakan keinginan perasaan dan menarik perhatian ibu ayah.

Setelah berjaya, bayi akan perlahan-lahan menangis yang disertai dengan bahasa tubuh bagi berkomunikasi dengan anda.

Kira-kira sekitar umur 1 tahun, anda akan teruja mendengar anak memanggil nama gelaran ‘’papa’’ atau ‘’mama’’ buat pertama kali.

Dalam hal ini, mengurus bayi menangis tanpa henti sebenarnya tidak membawa kemudaratan buat dirinya. Namun, ia hanya membuatkan anda berasa cukup tertekan kerana bimbang akan risiko terhadap kesihatan anak.

Jika bayi kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha yang anda lakukan untuk menceriakannya, pastinya anda rasa kecewa kerana diri kurang cekap dalam mengendalikan perasaan anak yang membuatkan mereka sering menangis.

Tetapi pada hakikatnya, ia bukanlah disebabkan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-buat-bayi-berhenti-menangis