Malang tidak berbau. Siapa sangka kemalangan boleh berlaku meskipun ibu ayah membiarkan anak bermain di kawasan rumah. Meskipun ajal telah ditetapkan oleh Allah, namun pastinya setiap ibu merasai sakitnya kehilangan anak tercinta lebih-lebih lagi meninggal bulan Ramadhan ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Perit seorang ibu apabila anak bongsu meninggal bulan Ramadhan
Perit seorang ibu apabila anak bongsu meninggal bulan Ramadhan
Menurut laporan Sinar Harian, seseronokan seorang kanak-kanak perempuan bermain di luar rumah bertukar tragedi selepas maut dihempap tiang batu pagar rumahnya di Kampung Bangla, Bukit Nangka di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa Nur Iman Irdina Abdul Nuur berusia empat tahun dua bulan sedang bermain bersendirian, manakala ibunya pula sedang menyiapkan juadah berbuka di dapur dan abangnya berada di ruang tamu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dengan tiba-tiba tiang batu pagar rumah yang terletak di ruang beranda tumbang dan telah menghempap bahagian leher mangsa.
Ibu mangsa yang terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar rumah segera berlari ke arah mangsa dan mendapati anaknya berada dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada kepala.
Mangsa meninggal di hospital
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Tambahnya, Nur Iman Irdina merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan bedah siasat dijalankan mendapati, mangsa mati akibat kesan hentakan kuat dari objek keras.
“Hasil siasatan awal didapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Keluar Sekejap Ambil Juadah Berbuka, Masuk Rumah Terkejut Anak MAUT Jatuh Dari Tingkat 12!
Baca juga: Adik Meninggal Dunia Pagi 1 Syawal Ketika Beli Ais, Kakak Masih Simpan Tudung Terakhir Arwah
Baca juga: Anak Buat ‘Eksperimen’ Dalam Bilik Air, Menangis Tengok Kening Jadi Botak Sebelah